Rate

•EPISODE 73 KELAHIRAN PERTAMA [AKHIR]

Fanfiction Completed 134973

Selepas menghantar pemergian Azhar ke luar pintu pagar Lutfi kembali menutup pintu rumah.

"Husband rasa Papa okey tak dengan Mama baru tu?" Suraya mengikuti langkah Lutfi ke dapur.

"Entahlah sayang, Husband tak rasa Papa okey dengan bakal bini baru tu."

"Hm yelah lagipun Papa sayang tu masih sayangkan arwah Mama.." Pinggan mangkuk di kutip langsung di bawa ke singki.

"Betul tu.. sayang pun tak tahu siapa dia."

"Risau juga kadang-kadang dengan Papa tu.." Suraya mengemam bibir sendiri.

"Sayang takut Mama sekarang tak boleh jaga Papa ke..?" Wajah isterinya di pandang lama.

Suraya mengangguk perlahan.

"Sayang kena percaya bahawa tak semua perempuan tak baik hatinya, Jika dia apa-apakan Papa."

"Dia kena hadap mak buyung ni dulu."

"Dia tak tahu lagi bertapa garangnya sayang dulu, kini dan selama-lamanya.." Lutfi tergelak sendiri.

"Sedap nampak kutuk isteri sendiri.. !!" Suraya bercekak pinggang.

"Haha mampus aku.." Ia pura-pura tidak dengar suara Suraya tadi.

Dua bulan kemudian.

Para pengunjung sudah menghadiri majlis nikah Azhar dan Izzati di dewan hotel yang di tempah sendiri oleh kedua belah pihak mempelai itu.

"Cantik juga eh Mama baru kite tu kan Husband.." Puji Suraya dengan menganggam perut sendiri.

"Hm tak ada lah cantik pun, Baya umur Papa sayang juga lah tu.." Lutfi masih melekat dengan Suraya.

Suraya menahan perit semakin lama semakin sakit pula dibawah perutnya itu.

"Husband.." Tangan Lutfi digenggam kemas.

"Sayang kenapa ni? sakit perut ke.." Lutfi terus mengelus perut isterinya.

"Auch.. sakit husband.." Suraya terus memeluk pinggang Lutfi yang masih duduk di sebelah.

"Kenapa ni..?" Azhar mendekat pada Suraya.

"Perut Aya sakit ni Pa tak apalah biar saya bawa dia ke hospital dulu.." Lutfi sudah sediakan semuanya untuk si isteri jika tiba-tiba terberanak semua dah siap.

"Tapi majlis ni nak mula dah aku nak anak aku ada sekali ni Lut.." Tangan Suraya di genggaman erat.

"Arghh sakit husband.." Perutnya di pegang kuat merah wajahnya menahan kesakitan itu.

"Tak boleh ni kau teruskan sajalah biar saya bawa Suraya ke hospital dulu." Lutfi terus mendukung tubuh Suraya keluar dari dewan.

dia dapat rasakan kain satin yang dipakai Suraya sudah basah.

"Lut.. Lut ya Allah.." Songkok di kepala di angkat dia buntu akal.

"Auchh Husband cepat sikit sayang rasa nak terberanak dah ni.."

"Sayang tak tahan sakit ni.." Suraya menekan perutnya berkali-kali tetapi rasa sakit itu tetap terasa.

"Ya sayang tahan sikit ya.. Hospital tu tak jauh dah.." Dengan tenaga lelaki Lutfi berlari pantas kereta yang yang parking berdekatan hotel saja.

Syed menduduk Azhar di depan tok imam. Ia tahu saat ini paling genting buat ahli keluarga itu.

"Sabar dulu kau kena settle semua ni dulu Tengku, lepastu kita terus ke hospital tengokkan Suraya ok.."

"Tapi anak aku perlukan aku Syed.." Azhar tak duduk senang hati nya merisaukan keselamatan Suraya.

"Aku janji lepas ni kita ke sana terus, Kesian Puan tengah tunggu tu.." Syed menepuk bahu Azhar.

"Hmm.. yelah.." Azhar mengangguk perlahan.

Sejam kemudian.

Suraya menangis tak henti-henti. Hampir sejam di dalam sana ia dan Lutfi bersama-sama berjuang kan untuk selamatkan kedua-dua anak mereka bersama.

"Humm husband." Ia sudah tersedar dari lena.

"Alhamdulillah syukur pada Allah, Saya selamat melahirkan anak kembar husband.." Ubun-ubun Suraya di kucup bertalu-talu.

Suraya menarik nafas lega, first time dia melahirkan anak-anak dalam keadaan normal.

"Anak-anak kite mana Husband? Sayang nak susukan mereka ni.." Suraya cuba bergerak sedikit.

tetapi badannya kebas dan berterusan rasa sakit di bawah sana.

"Diorang tengah tidur sayang, Kejap lagi husband ambilkan mereka ya.." Pipi gebu isterinya di kucup lama.

Baru melahirkan pun pipi isterinya tetap berbau wangi.

"Sayang tak larat tau jangan macam-macam eh.." Hidung Lutfi di tolak ke tepi.

"Haha ops sorry.. sorry.. husband keluar kejap pergi tengok anak-anak kita."

"Husband panggil Papa masuk ya.." Rambut Suraya di rapi semula.

"Sayang terima kasih melahirkan anak-anak husband dengan susah payah."

"Husband takkan sia-sia sayang lagi.. I love you sayang Suraya." Ubun-ubun isterinya dikucup lagi.

"Sama-sama husband."

"Sayang janji sayang tak nak susahkan husband lagi semuanya sudah cukup sekarang ni."

"Keluarga kite dah berkembang hihi.." Tangan Lutfi di genggaman erat.

"Ya sayang.. Lepas ni jangan segan-segan nak manja-manja dengan husband lagi walaupun sudah ada anak-anak ni, ya sayang.." Lutfi mengenyit mata pada Suraya.

Suraya mengangguk perlahan.

Ia tersenyum sendiri bila mengingatkan memori sebelum melahirkan anak-anak Lutfi.

Lelaki itu sedaya upaya menguatkan semangatnya untuk meneran anak pertama dan ke dua dalam masa setengah jam.

Hampir tercekik halkumnya bila di paksa begitu. Sudahnya sakit selepas bersalin boleh pula Lutfi mengomol wajahnya hingga nurse di situ menepuk bahu suaminya berkali-kali.

"Dah jadi Papa dah awak my love uncle Lutfi Adrian hihihi.."

"Tak cukup bulan anak-anak Mama Papa dah nak tengok dunia ye, Terima kasih.." Ia tersenyum lagi.

"Husband pergi ambil anak-anak kejap." Ia segera berjalan ke pintu wad.

"Assalamualaikum.." Azhar, Izzati dan Syed masuk serentak ke dalam wad Suraya.

"Waalaikumussalam.. Papa, Mama.." Ia ingin bangun tetapi di cegah Azhar terlebih dahulu.

"Berehat lah Papa dengan Mama boleh duduk sini.." Izzati tersenyum lebar.

dia syukur kerana anak tirinya melahir cucu kembar.

"Tahniah anak Papa.. Dalam diam tak bagitahu pun tarikh due huemm.." Azhar mencium ubun-ubun kepala Suraya dengan senyuman bahagia.

"Aya pun tak tahu cucu-cucu Papa nak keluar awal baru jer berapa ni hihi.." Suraya tersenyum lagi.

Clik..

pintu bilik rawatan di buka luas.

Suraya menanti dengan penuh debar tak sabar dia nak melihat anak kembarnya itu.

"Sayang.. anak-anak kita.." Lutfi membangunkan Suraya lalu di dukung untuk bersandar di kepala katil.

"Ya tuhan handsomenye anak-anak Mama ni.." Suraya mengambil salah seorang dari mereka dia mencium pipi anaknya bauan itu dihidu sepuas-puasnya.

Merengek anak kecil itu bila di kucup oleh si ibu.

"Marah tu Mama kucup pipi dia.." Izzati tersenyum lebar.

"Hihi itulah, Mungkin Mama dia bucuk kot.." Suraya memberi semula anak kecil itu kepada Lutfi.

"Sorang lagi pula.." Lutfi mengambil perlahan-lahan lalu di letak atas tangan Suraya.

Azhar terdiam dia masih terkejut dengan anaknya yang sudah mempunyai anak-anak.

Dia pula sudah menjadi atok..

"Tahniah sekali lagi Lutfi.. aku percaya kau mampu jaga anak dan cucu-cucu aku."

"Lepas Suraya lepas pantang nanti korang boleh pergi honeymoon sekali lagi. Hm aku belanja.." Azhar tergelak kecil sambil menggeleng kepala.

Suraya meneguk air liur payah.

"Takde hal asalkan Suraya on aku pun on.." Lutfi mencuit hidung Suraya dengan menjongket kening dengan lirikkan senyuman nakal.

Mereka yang berada disitu tergelak dengan kata-kata Lutfi.


TAMAT

Untuk kali kedua novel "MY LOVE UNCLE LUTFI ADRIAN" Sudah tamat untuk hari ini. Terima kasih yang menyokong dan komen tak henti-henti. Tanpa pembaca sekalian siapa lah CINDERELLALOTUS, di sini terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience