Rate

•EPISODE 72 KEBAHAGIAAN MILIK KITA

Fanfiction Completed 134973

Sebulan kemudian.

Suraya mengesek perutnya di belakang Lutfi yang lagi menyiram pokok bunga yang di taman beberapa minggu lepas.

Sejak-sejak jadi tauke pokok bunga dia lebih gemar menanam pokok bunga di sekeliling rumah mereka.

"Husband.. tengok lah perut sayang ni.." Belakang tubuh Lutfi yang tak berbaju.

di cuit cuit dia minta perhatian dari Lutfi.

"Ya sayang, tangan husband kotor ni.." Lutfi masih ralit dengan pokok orkid yang baru di bawa balik dari kedai.

"Husband.." Bibirnya sudah memanjang ke depan.

"Sayang! Pergi masuk ke dalam, sejuk duduk luar ni.." Dia menyiku perut Suraya sedikit.

Suraya menganggu kerjanya di situ.

"Sakit lah.. Bongok punye husband." Belakang kepala Lutfi di ketuk dengan remote tv.

"Aduh sayang!! Benjol kepala husband nanti bayar zakat ni tau tak.." Lutfi segera bangun dari kerusi rendah wajahnya sudah masam.

"Ehhhhhhh sejak bila sayang bawa remote ni? Sorry husband sorry.."

"S-sakit eh.."

Lutfi mengecilkan mata dia sudah tahu tu alasan untuk isterinya mengelak dari kena denda.

"Err sayang masuk dulu lah bye.." Langkahnya di panjang masuk ke rumah.

"Haish sabar jelah dengan mak boyot ni.." Lutfi kembali duduk dan menanam pokok tadi.

Suraya membaling remote tv ke kaca tv, dia terus berlari naik ke bilik.

Harapannya punah nak manja-manja dengan suami di petang hari terbantut.

CRAK.

Lutfi mendengar suara itu dari dalam rumah dia berlari terus masuk ke dalam.

Terbeliak biji mata Lutfi kaca Tv LCD 40 inci berkecai.

"SAYANG!!! YA ALLAH BUDAK NI..." Naik turun darahnya dengan perangai mereng si Suraya.

"Ya tuhan rosak tv ni dah lah baru sangat beli ni..." Mengalir air mata jantannya.

Suraya yang berada di bilik bercekak pinggang dia puas hati Lutfi melaung namanya di bawah.

Dia pun ada hati ada perasaan setakat pokok bunga tu dia boleh beli dua pasu lah.

Lutfi naik ke bilik dia membuka pintu.

Lutfi berjalan kearah Suraya..

"Kenapa pecahkan tv tu hurmmm..? Kenapa cakaplah." Kini dia juga bercekak pinggang didepan Suraya.

"Suraya tak sengaja.." Dia beralih ke jendela.

"WHAT..? Hmm tv tu tak bersalah sayang kenapa pecahkan kita baru beli tv tu minggu lepas."

"Memang cash tapi tak kanlah nak tukar lagi?" Lutfi masih menanti jawapan dari Suraya.

"Buat apa ade tv besar-besar kalau orang tak ada di rumah ni."

"Cukuplah husband jadi tokey pokok bunga dekat kedai tu.."

"Hey boleh tak jangan bawa balik perangai tu ke rumah. Sayang perlukan husband tau tak..?" Suraya mengesat tulang hidung asyik gatal pula sejak tadi.

Lutfi terdiam dengan kata-kata Suraya..

"Sayang marah..?" Lutfi mencuit pinggang Suraya berkali-kali.

dia tahu isterinya mulai merajuk..

"Tak.. Suraya tak marah pun, Biasalah perempuan boyot memang menyusahkan orang."

"Husband boleh turun pergilah siapkan pokok-pokok tu nanti mati pula.." Ia segera berjalan ke bilik air.

malas dia nak bertekak dengan pakcik-pakcik ni.

"Sayang.. Lah mengamuk? Dia yang mula dulu dia pulak yang merajuk.." Lutfi terus duduk diatas katil.

"Diam lah bising.." Suraya keluar dari bilik air dia terus melangkah ke turun ke bawah semula.

"Uish mak boyot merajuk, hahaha.." Ia segera berlari pantas mendapatkan Suraya di bawah.

"Sayang.." rotan bulu ayam di kibas di tepi pinggang Suraya.

"WHAT..? Pergi lah dekat pokok-pokok awak tu, pencinta tanaman konon huh.." Sempat ia memberi jelingan tajam pada Lutfi.

"Hahaha.. alahai merajuk pun santik.."

"Husband tak buat dah pokok-pokok tu esok juga husband hantar balik ke kedai okay..?" bulu ayam tadi di gosok pada hidung Suraya.

Seronok main-main dengan mak boyot ni dia punya monyok tu boleh pergi sedepa lebih bibirnya.

"Esok.? Are you serious..? Habis tu nak buat ape pokok banyak-banyak tu dekat rumah ni."

"Husband nak tayang dekat orang ke..?" senduk di angkat dari dalam periuk.

Tertelan airliur Lutfi dengan kata-kata Suraya.

"Yelah husband bawa esok jelah hari ni dah nak malam mana sempat nak hantar.."

"Sayang pun macam nak halau Husband jer merajuk baru tau." Perut Suraya di gosok.

Kini Suraya pula terkedu, Mana boleh lelaki merajuk buruk nau.

"Husband tak boleh merajuk nanti baby dalam perut ni gelak jer.."

"Jangan buat malu ok!" Suraya terus memeluk pinggang Lutfi kuat-kuat.

dia rindu bauan maskulin dari tubuh Lutfi.

Lutfi membalas dengan gelak mengekek.

Ting tong..

Suraya dan Lutfi memandang sesama sendiri.

"Husband ada ajak kawan-kawan datang ke?" Suraya mula melepaskan pinggang Lutfi.

"Tak ada pulak jom pergi tengok.." Bahu Suraya di genggaman kemas mereka berdua berjalan keluar dari rumah.

"Papa.." Bersinar matanya melihat samar-samar nombor plat kereta di luar pagar.

"Hi.." Azhar melambai tangan pada Suraya dan Lutfi yang sudah membuka pintu pagar.

"Bila sampai tak call dulu nasib baik aku ada di rumah.." Lutfi dan suraya menyalami tangan Azhar.

"Jemput masuk Pa.." Suraya tersenyum lebar.

"Jom.. masuk.." Ajak Lutfi juga.

"Kejap aku ada beli barang sikit Zarif tengah keluarkan.." Azhar tergelak kecil.

"Alah masuk jelah nanti biar dia bawa masuk sendiri.." Bahu Azhar di heret masuk ke dalam rumah mereka.

Beberapa hidangan di beli Azhar mereka makan di meja makan. Mereka makan dengan bersuka ria.

"Ermm boleh aku tanya sesuatu..?" Azhar menyudahi makan malam disitu.

Lutfi dan Suraya memandang sesama sendiri lagi.

"Tanyalah kalau boleh jawab kitorang jawablah.." Lutfi memeluk bahu Suraya.

Suraya tersenyum lebar dari tadi.

"Aku nak kahwin lagi.." Azhar mengigit pipi.

dia segan sebenarnya tetapi Syed yang memaksa untuk dia mengata begitu pada Lutfi dan Suraya.

Suraya melopong mulut.

"Kau ni biar betul pak! Kau dah nak dapat cucu tau hahaha.." Tergelak dia disitu.

Suraya cepat-cepat mencubit perut suaminya di sebelah.

"Auch sakit sayang, dua kali dah kena dengan sayang hari ni aduh.." Tempat yang dicubit Suraya di gosok kasar.

"Macam mana..? Kau orang setuju tak.." Azhar masih menunggu jawapan dari anak menantu.

"Aya setuju jer asalkan dia lebih tua dari Aya hehe.." Suraya menjongket kening dengan sengih kerang di tayangkan.

"Sayang tu baru berapa dah ugut Papa macam tu haish, kalau Syed yang carikan memang baya-baya Papa sayang lah.." Lutfi menongkat dagu.

"Papa sayang pun dah tua."

"Cantik tak dia tu..?" Lutfi terus bangun dari duduk dia tak mahu di cubit lagi.

"HUSBAND!! GATAL.." Naik turun darahnya melihat pada Lutfi.

Azhar mengeleng kepala dengan anak menantunya yang lagi bercakar di depannya.

Gamaknya duda sampai ke tualah jawabnya..

"Cop.. cop.. tengok Papa sayang dah mengelamun jauh tu, Mengenang nasib gamaknya hehehe.." Lutfi kembali duduk di sebelah Suraya.

"Aku setuju asalkan dia lagi tua dari aku Az.." Kedua tangan Suraya digepal dia risau kalau-kalau ada ketam di bawah meja lagi.

"Haa tu Aya lagii setuju ehehe lagi tua lagi romantik tau Papa.."

"So bila nak nikah?" Suraya cuba melonggarkan tangan Lutfi yang lagi mengenggam tangannya.

"Dua bulan lagi kalau tak ada masalah apa-apalah.." Azhar menegakkan tubuh dia masih belum fikir masak-masak dengan apa yang dia lakukan itu.

"Yeke alhamdulillah.. Aya doakan Papa dan Mama berkekalan hingga ke Jannah abadi aminn.." Suraya tersenyum lagi.

Lutfi mengangguk kepala dia setuju dengan Suraya.

Asal bergaduh kena pujuk itulah perempuan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience