Rate

•EPISODE 65 MILIK KU

Fanfiction Completed 134973

Maya berjalan kaki ke arah Lutfi yang masih berada diluar rumah.

Jika ikutkan hati mahu saja dia membunuh Lutfi sebelum mereka mendirikan rumah tangga bersama..

Tapi, Sejak Lutfi di buang oleh orang-orang Azhar di tepi tong sampah dalam keadaan remuk tubuhnya.

Maya mengubah haluannya untuk membantu Lutfi dan mereka berdua berkahwin dengan cara sederhana saja.

"Hi sayang.." Langkahnya sudah berada di belakang Lutfi.

Kini wajah Lutfi berubah seratus peratus, Maya membedah tubuh suaminya hingga tiada siapa pun mengenali Lutfi.

"Hi.. Kenapa tak tidur lagi, Esok you nak bangun pagi bukan.." Pipi Maya di sentuh lembut.

"Yes I know, But I nak ajak you masuk ke dalam lah ni.. Tidur sekali dengan I.." Wajah lelaki itu di tatap penuh kasih sayang.

Dulu penuh kebencian tapi sekarang hatinya penuh bait-bait sayang pada lelaki itu.

"I tak mengantuk lagi you masuk tidur dulu, Jaga kesihatan jaga diri baik-baik jangan sakit-sakit ok.." Lutfi menayang barisan giginya pada Maya.

"Tapi I cuma nak tidur dengan you jer sayang bukan dengan bantal peluk tu, please masuk sekali.." Rengek Maya di depan Lutfi.

Lutfi tersenyum sendiri jari jemarinya bermain-main di pipi Maya, sesekali dia teringatkan seseorang yang bermain di fikirannya.

"Baiklah, Kita masuk tidur sejuk ni.." Lutfi menarik pinggang Maya.

Mereka berdua masuk ke dalam rumah kembali.

Tidak ak lupa juga pintu di tutup rapat agar angin luar tak menjengah masuk ke dalam.

"Sayang, You ok tak? I risau kalau-kalau you sakit lagi.. Maybe you perlukan ubat tambahan ke you bagitahulah I okey.." Maya memeluk pinggang Lutfi juga ke dalam rumah.

"You rasa I sakit ke Maya..?" Pelukkan di pinggang Maya di lepaskan usai mereka masuk ke dalam rumah.

Lutfi berjalan ke sofa di henyak punggung di situ.

Maya menelan air liur kerana lidahnya berani bertanya begitu pada Lutfi.

"Sayang.. You tak sakit, I doktor.. I tahu apa yang you perlu dan apa yang you tak perlu.."

"I cuma tanya saje bukan nak you fikirkan bukan-bukan sayang.." Peha Lutfi di tampar dengan senyuman dibibir.

"Tahu you doktor.. I ni pula..?" Lutfi menggeleng kepala.

"You permata hati I, Jiwa I.. so biarlah jelah I rawat kesihatan you sayang."

"Ingat eh jangan tanya kenapa dan mengapa ok.." Raut wajah Lutfi di pandang lama.

"Ok Maya, I bersyukur sangat you perihatin dengan I.. tapi boleh tak I nak tahu."

"K-kenapa kita kena berkahwin lepas I sedar dari koma..?" Wajah Maya di sentuh lagi.

Entah kenapa dia rasa ada yang tak kena dengan isterinya, Sepertinya ia sedang sembunyikan sesuatu..

"Sebab you milik I.." Maya tersenyum lebar.

"Sebab tu saja ke? Tapi serius I tak ingat apa-apa pun tentang kita."

"Betul ke you ikhlas nak berkahwin dengan lelaki macam I ni.."

"I tak bekerja tau Maya.." Dahinya di urut kejap.

"I bekerja sayang, Cukuplah jangan cakap apa-apa lagi I tak nak you pusing kepala lagi ok.."

"Jom kita naik tidur sayang." tangan Lutfi di tarik.

Dia mahu Lutfi untuknya saja dia tak sanggup untuk berbagi lelaki itu kepada orang lain.

Lutfi hanya mengikuti langkah Maya naik ke bilik.

"Dah naik ke bilik ke..?" Sapa Amalina mama tiri Maya.

"Mama, Ke-kenapa tak masuk ke bilik lagi..?" Maya mengecilkan matanya pada Amalina.

"Mama dengar perbualan korang tadi, Sebab tu Mama datang kesini ingat nak berbual sama."

"Eh tup-tup korang dah naik ke bilik. Awal lagi Maya.." Amalina mendekati anak perempuan tirinya.

Maya langsung tak suka Amalina ikut campur tangan dalam urusan dia merawat kesihatan Lutfi ada saja yang tak kena di mata Amalina.

"Mama dah makan malam ke..?" Lutfi cuba mengawal keadaan Maya dan wanita di depannya saat itu.

Amalina memandang wajah Lutfi, Dia mendengus berat.

"Dah tadi! Kau pula awal nak naik ke bilik nak buat anak ke..?"

"Dalam sakit pun ada masa lagi nak buat semua tu. Jangan terlalu cepat buat anak Lutfi."

"Kau masih tak kenal siapa diri kau yang sebenar, huh.." Sinis saja kata-kata Amalina.

"Mama! Lutfi tanya baik-baik kan tadi.."

"Kenapa Mama nak kena cakap macam tu.? Tolonglah cakap baik-baik dengan suami Maya ni.." Tajam matanya melihat pada wajah Amalina.

"Salahkah Mama tanya macam tu? Kalau ni perangai kau Maya."

"Sampai bila-bila pun dia ni takkan ingat siapa dirinya sebenarnya." Jari telunjuk tepat kearah Lutfi.

"MAMA!! Jangan biadap.." Suaranya sudah meninggi.

"Siapa biadap sekarang ni? Mama ataupun kau Maya.. Kau cakap sekarang atau Mama sendiri cakap dengan dia.." Ugut Amalina.

"Mama, Maya.. cukuplah tu jangan bergaduh lagi tak baik.." Lutfi cuba mengawal suaranya dari meninggi.

"KAU DIAM! Kau tak layak cakap dengan aku Lutfi.."

"Sedar diri sikit kau tu tak ada apa-apa hidup pun cuma merempat."

"Kau tak layak bersuara dengan aku Lutfi.." Hambur Amalina lagi.

"MAMA!! Kau memang dasar emak tiri.."

"Enkau pun cuma penumpang !!! BIADAP.." Maya menarik tangan Lutfi terus naik ke bilik mereka.

ika lama-lama begini boleh naik gila dibuatnya.

Maya menundukkan kepala dia risaukan kesihatan Lutfi.. Dia mahukan lelaki itu cukuplah Lutfi saja yang tahu kisah hidupnya.

Hanya lelaki itu dapat tenangkan fikiran dan jiwanya takkala hatinya meronta kesakitan.

"You, I tak apa-apa pun jangan marah Mama macam tu tak baik.."

"Dia tetap Mama you sama macam Mama kandungan you juga Maya.." Lutfi cuba menenangkan hati Maya.

"Dia memang tak guna sayang! You tahu tak dia cuba nak halau I dari rumah ni."

"Eh dia fikir dengan gunakan Papa.. I takut.?? Huh memang tak lah.." Maya bercekak tubuh di tepi tirai kamarnya.

"Maya, Please jangan macam ni apapun dia Mama you Maya.. so jangan berkeras hati dengan dia ya.."

"Hm sampai bila nak bergaduh ni.." Lutfi mencium bahu Maya dengan senyuman.

Maya mengangguk faham dia turut tersenyum dengan kelakuan Lutfi padanya.

"Jom tidur dah lewat ni.." Lutfi menarik tangan Maya ke katil mereka dia merebahkan diri di atas katil dengan tenang.

Sesekali kepalanya agak sakit seperti di cubit dari dalam. Apapun dia hanya mampu membiarkan saja kesakitan itu hilang sendiri.

"Sayang, I nak baby.." Maya terus naik ke atas badan Lutfi.

"Untuk you, I sentiasa bersedia Maya.." Wajahnya berseri-seri takkala Maya mengucupi pipi dan bibirnya Lutfi..

Awal pagi Lutfi sudah tercongok di dalam toilet. Kepalanya tersangatlah sakit.

Dia tak habis-habis mengingati kejadian semalam bersama Maya dan selang seli bayangan seorang gadis turut bermain di mindanya.

Sehinggakan dia terlanjur menyebut nama wanita lain selain Maya.

Walaupun dia sudah pulih daripada kesakitan yang di tanggung badannya selama ini, tetapi kesan jahitan di kepalanya masih kelihatan.

"Siapa aku sebenarnya.." Kepalanya kembali berdenyut kesakitan yang tiada ganti.

Kepalanya di hantuk ke dinding dengan kuat biar rasa sakit itu sedikit membaik pulih.

"SAYANGGGG!!! Kenapa ni.?" Maya meluru mendapatkan Lutfi yang sudah terduduk di tepi singki.

Darah keluar dari dahi Lutfi dengan banyak.

"Maya, Kepala I sa-sakit sangat.. Perempuan tu tak nak lepaskan I Maya.. !!" Lutfi menunduk di dinding kosong di depannya.

"Sayang.. Wake up please I akan bagi you ubat tahan sakit sekarang jom." Dia sudah menangis semahu-mahunya dengan tenaga perempuan.

Dia memapah tubuh Lutfi ke bilik semula.

Gedebuk..

Tubuh Lutfi terbaring kaku matanya kembali terpejam rapat,

"Sayang.. sayang.. bangun please.." Airmatanya sudah berjurai dengan laju.

Sungguh dia sudah tersayangkan lelaki itu.

"I akan rawat you sayang you jangan risau ok.." Terus dia mengambil kit first.

ubat-ubatan di bawa keluar berselerakan di atas tilam.

Isian vaksin dan jarum suntikan dibawa keluar, Perlahan dia suntik vaksin itu ke dalam jarum sekali tekan vaksin itu keluar dengan lancar.

"I sayangkan you Lutfi, apapun terjadi I takkan pernah berfikir untuk berjauhan dengan you sayang.." Terus dia menyuntik vaksin itu ke lengan Lutfi.

"You rehat ya, Hisk.. I akan pastikan you baik-baik saja disini.." Airmata di sisip ke tepi bibir dengan senyuman dibibir.

"I pergi mandi dulu ya sayang, You rehat baik-baik ok.." Segera dia ke kamar mandi untuk bersihkan diri sebelum dia keluar bekerja seperti biasa.

Lutfi telah berjumpa dengan seseorang di dalam mimpinya.

Yeay baru ada masa nak type, bila nak type jer asyik teringat nak makan.. Bila nak siap satu episod ni ahahaha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience