Rate

•EPISOD 46 BERJUMPA JUGA

Fanfiction Completed 134973

Sejam perjalanan akhirnya mereka sampai di depan rumah Azhar yang berada di pahang.

Rusli membawa kereta kalah pelesit memang cepatlah sampainya.

Pintu pagar besar di buka luas dari dalam, Syed sudah mengagak Azhar sampai dulu di rumahnya.

Dia hanya mampu tersenyum sinis.

"Kau tengok tu apa yang aku tengok sekarang.." Syed menunjuk Azhar sudah bercekak pinggang di depan laman rumah sendiri.

"Dia lagi laju wei.." Rusli tergelak kecil.

"Jom keluar.." Syed segera membuka pintu.

dia melangkah kaki kearah Azhar.

Jika Azhar nak pecat dirinya sekalipun dia rela asalkan Suraya selamat.

"Lama betul korang datang sini.. Langgan pelacur dulu ke apa?" Terus bahu Syed di tepuk kuat langsung di genggaman erat.

"Aku datang sini nak tengo..."

"Aaaaaaargh Uncleee yuuhuu.. !!!!" Suraya berlari laju keluar dari rumah.

dia terus mendapatkan Syed di luar rumah.

Syed menepa tangan.

Pop

Suraya terus memeluk tubuh Syed.

Azhar hanya bercekak pinggang didepan Syed dan Suraya..

Suka benar anaknya dengan lelaki itu.

"Uncle.. wah handsomenye dari mane ni huh ingatkan tak ingat Aya lagi. hihi.." Suraya terus mengedik sambil mengenyit mata pada Syed.

"Gila Uncle Syed tak ingat awak, ya allah lupa Uncle nak belikan coklat tadi.. nanti balik KL uncle beli banyak-banyak untuk awak ya.." Ubun-ubun Suraya di usap-usap lembut.

"Hihi cukuplah ade Uncle.. coklat tauk tepi dulu pun tak ape hihi."

" Jom masuk Maid ade buat makanan sedap-sedap tau kat dalam jom jom.." Lengan Syed ditarik ke dalam dengan senyuman bahagia di bibir.

*Fuh syukurlah dia baik-baik saja..* Syed sempat berkata dalam hati dia sudah boleh bernafas dengan lega bila Suraya semakin sehat dan berseri-seri pula.

"Ahemm.. hemm..." Panas hatinya bila Suraya tak menyambut dirinya seperti sekarang dia bapak kandung Suraya kot.

"Eh.. hihi sorry excited I.." terus suraya menjarakkan diri dari Syed.

"Suka lah tu.. Papa yang suruh Syed datang sini kalau tak dia dah pergi dating tadi.." Dagu Suraya di congkel sedikit sebelum dia beransur masuk ke dalam rumah itu.

"Biarlah asalkan Uncle Aya punye, hihihi jom lah Uncle.." Terus Suraya mengheret Syed ke dalam rumah itu dengan senyuman paling bahagia yang dia pernah tunjukkan.

"Yaya jom masuk Uncle nak sembang banyak-banyak dengan awak lagi ni.." Syed melangkah kaki ke dalam jua.

sedangkan Rusli hanya berdiri di luar bangunan itu saja..

"Yeayyyy..." Keluar kanak-kanak riang Suraya.

Rusli menggeleng kepala budak mentah macam tu pun Syed terlalu hiraukan.. Kalau dah sayang budak OKU pun orang sayang tau jangan main-main.

Sudah banyak.venda I mengongsi cerita dengan Syed. Ia amat gembira kerana lelaki itu tak pernah lupakan dia walaupun seminit.

"Tadi Papa cakap ade orang nak datang tapi Papa tak sebut nama, Aya ingatkan Mama tiri Aya tadi.."

"Eh rupanya Uncle Syed yang datang.."

"Hati ni lega sangat tau hihi nasib Uncle kalau perempuan lain tadi memang kena karate dah dengan Aya tau..." Lengan Syed di peluk kejap.

Syed tergelak sendiri bila Suraya berkata begitu.

Padahal Azhar yang cegah dirinya untuk mencari Suraya tadi..

"Uncle saja jer tak bagi Papa awak bagitahu yang Uncle nak datang yelah nak surprise kan Aya lah.." Sinis saja kata-kata Syed.

"Ahemm.. Aya macam mana kau duduk sini semua okey kan..?"

"Bibik ada apa-apa kan kau atau buli ke ada tak..?" Azhar melencong percakapan kearah lain.

"Okey jer cuma itulah bosan juge habis suara Aya ni asik memekak sesorang diri tak habis-habis semuanya lagu dibedal nya hihi.." Suraya mengenyit mata pada Syed.

Syed tergelak kecil dia.

"Hey Papa kat sini bukan sana!" Kecil mata Azhar bila anaknya langsung tak hiraukan dia di situ.

Suraya hanya mampu sengeh sendiri bila Papanya berkata begitu.

"Makanlah buat macam rumah sendiri eh.." Jemput Suraya sambil menongkat dagu dan matanya tak henti-henti menjamah wajah Syed.

"Cik Suraya pun kena makan juga.. Mau tercekik Uncle macam ni kalau selalu cik Suraya pandang Uncle dari tadi.." Ia tergelak sendiri.

"Laaa biarlah Aya nak tengok Uncle bukan rugi pun.." Suraya memuncungkan bibir.

"Ha yelah pandanglah Uncle ni sampai juling mata tu ya.." Hidung Suraya di cuit sedikit.

"Yes... yes... orang cakap kalau kite selalu tengok permandangan indah-indah ia mampu merangsang sistem imun dan otak tau."

"Hm tambah-tambah handsome macam Uncle ni aduhai cair hatiku.." Suraya sudah tersipu malu.

Ahukkk..

ahukkk...

"Allah hilang nyawa aku macam ni." Azhar meneguk air putih tanpa bantuan Suraya pun.

"Anak sapelah ni ya allah!! Ni Clone Suraya ni Maid nanti hantar balik kilang repair otak dia ni.." Marah Azhar.

Terkedu Syed di situ bila Azhar cakap Suraya Clone, Maid di situ tergelak dalam diam.

"Hantar.. hantar.. bagi jadi manual balik seram pula aku dengan budak ni.." Azhar menggeleng kepala dengan Suraya.

Suraya dan Syed gelak mengekek sama-sama jarang Azhar buat lawak orang gelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience