Rate

•EPISOD 43 KEHILANGAN

Fanfiction Completed 134973

Azhar membawa Suraya ke pahang tempat asal dia di lahirkan di sana, Dalam waktu sekarang Suraya harus di kurung di sana hingga dia habis belajar.

"Ni rumah aku dengan Mama kau dulu.. Keluar." Lengan Suraya di tarik keluar dari kereta.

dia menolak tubuh Suraya berjalan masuk ke dalam rumah itu dengan kasar.

"Papa.. Rumah ni.." Ia membuka kasut dan beberapa Maid sudah membawa keluar empat bagasi Suraya.

Kata-kata Azhar tak main-main.

"Kau duduk sini sampai tamat belajar lepas tu nanti aku hantar kau ke Belanda terus.." Azhar terus meninggalkan Suraya di rumah itu tanpa seorang bapa ataupun ibu.

Suraya hanya mampu tersenyum nipis bila di tinggal begitu.

Salahnya juga kerana mengikut nafsu sendiri.

Dia menurut segalanya.

"Bye bye Papa.." Ia menunduk kepala.

dia menangis sendiri kereta bapaknya sudah keluar dari perkarangan rumah itu.

"Cik Suraya ayuh kite masuk.." Maid Indonesia itu memapah bahu Suraya untuk masuk ke dalam rumah itu..

"Ini rumah Mama dengan Papa ke.? Huaa.." Tergamam Suraya kejap di dalam rumah itu.

ada kolam renang yang besar dan cukup luas dan ada pula tempat karaoke yang mewah cukup lengkap, dan ada juga tempat istirehat yang selesa lagi.

"Tak jadi sedih lah hihihi.." Hilang terus sedih dan airmata tadi.

"Untung lah Mama duduk sini macam-macam ade dekat sini hihihi kalau macam ni memang aku tak bosan lah.. Tq Papa.." Ia kegirangan disitu.

Maid di situ tersenyum sendiri.

"Ayuh kita ke dewan beradap Cik Suraya." Maid tadi masih tersenyum sendiri.

"Jom.. jom.. hihi.." Suraya bagai terpukau dengan rumah itu.

dia bagaikan seorang puteri di dalam rumah sendiri.

"Jemput duduk Cik Suraya.." Maid tadi mengeluarkan sedikit kerusi mewah itu dia menunggu Suraya untuk duduk di situ.

"Waaaaaaaaaaaaah mewah gila.. Biar betul ni rumah ke ape adui takkan aku duduk sorang-sorang kot.." Dia terus duduk langsung lauk pauk di hidang dengan bauan berselera sekali.

"Mau apa Cik Suraya.." Maid tadi sudah menunggu di sebelah Suraya.

"Huh..? Erk waaaahhhh bertuah betul aku ni gila makanan sedap-sedap belaka." Suraya tergelak gedik.

"Mau tuh miangpla dengan sos.." Ia menyilang kaki dengan menunjuk pada pinggan besar di depan mata.

"Baik cik Suraya.." Dia memotong kepingan ikan siakap dan beberapa sayuran di letak pinggan Suraya.

"Bau wangi gile tambah sos lagi bik.." Suraya menepuk tangan dengan gembira.

Eh macam terencat akal pula.

"Sudahlah tu I nak makan dulu apa-apa I panggil okey dah shuh.. shuh.." Suraya menghalau Maid itu pergi dari situ.

"Mama I coming hihihi.." Ia terus membaca doa makan sebelum dia menjamah makanan di dalam pinggan sendiri.

Empat Maid di situ tergelak kecil melihat wajah comel Suraya semasa makan di situ.

"Hurmmm sedap giler makanan dekat sini siap ada orang main piano lagi."

"Ya allah syurga dunia ni.." Ia terus menjamah makanan tanpa melihat sekeliling lagi.

janji perut dia kenyang nanti boleh tidur dengan selesa.

Azhar menghembus nafas lega bila Maid memberitahu segala-galanya tentang Suraya padanya.

"Kau kena pastikan dia baik-baik saja di sana apa-apa terus info dekat aku kau faham.." Azhar mengherot bibir.

"Baik Tengku.." Maid itu terus menutup panggilan telefon dari Azhar.

Dia kembali ke KL kerjanya masih belambak di hospital, dia perlu bedah empat pesakit harini walaupun dirinya masih ramai musuh yang menanti di luar sana.

Dia harus utamakan pesakit kronik dahulu.

Sampai saja di hospital, Azhar terus menukar baju di dalam kereta dengan segera. Penggera talefon sudah berbunyi waktu kerjanya semakin hampir.

"Tengku, Selepas ni aku kena tunggu dekat sini atau ke mana pula..?" Zahim memerhati dari cermin depan saja.

"Kau pergi ke gudang kita. Aku dengar orang-orang 'Corp' dah ada dalam tahanan kita.." Azhar terus keluar dari kereta.

"Baik Tengku.." Zahim terus memandu keluar dari hospital besar Empuan Suhana.

Syed bercekak pinggang di belakang Lutfi. Ia tersenyum sinis bila melihat Lutfi hanya mendiamkan diri sejak tadi.

"Tunggu apa lagi takek lah kepala dia, Dasar pengecut." Syed meludah ke tanah.

"Suka hati aku lah kau sebok apahal.." Lutfi hanya bersahaja dia langsung tak perdulikan Syed yang berada di belakang.

"Dasar penakut!! Tuiiihhhh bodoh.." Syed terus beredar dari situ dengan Leo dan Rusli Azli dan Syah.

Lutfi hanya menjeling pada tubuh Syed yang sudah keluar dari gudang itu.

Kayu besbol di ambil langsung rahang ke lima- lelaki di depannya di bedal secukupnya hingga dia berpuas hati.

"Aaaaaaa... maafkan aku..." Seorang lelaki bernama Nasir cuba bercakap walaupun suaranya tersekat-sekat.

"Siapa suruh korang rosak plan ketua aku huh cakap..?" Rahang Naair di cekak kuat.

"Aaaaaa ku tak boleh cakap.. biar pecah di perut jangan pecah di mulut..! haha.." Nasir tergelak kecil ia hanya menunggu maut menjemput saja.

"Kurang ajar!!!" Kayu besbol di hayun terus ke rahang Nasir dengan kuat hingga pecah bibir lelaki itu darah mulai meleleh turun ke dagu.

Ke empat-empat lelaki tadi sudah ketakutan yang maksimum.

"Turn kau pula..!!" Lutfi gelak besar dia sudah mabuk dengan darah.

"Tolong... jangan jangan.."

"Tolongggggggggggggggggg...."

"Arghhhhhhhhhhhh!!!"

"Maafkan aku!! Aku bagitahu sekarang...!!"

Terdengar suara mereka di dera oleh Lutfi dari dalam. Syed tergelak sinis dengar suara mereka yang lagi ketakutan di sana.

"Cakap sekarang atau kau mati.. Cakap.!!!!" Tempik Lutfi dengan kuat.

"Matilah diorang di kerja Lutfi nanti.." Leo bercekak pinggang.

"Kau tengokkan dia di dalam mati pulak diorang nanti sebelum Tengku."

"Nanti nak datang mana lagi bukti-bukti tu.." Syed membuat isyarat wajah saja pada Leo.

Leo mengangguk perlahan dia berjalan masuk ke dalam kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience