Rate

•EPISOD 06 RAMAINYA ORANG KAKAK

Fanfiction Completed 134973

Zarif keluar dari kereta dia risau kalau-kalau Lutfi buat hal di dalam sana.

"Bro apa hal ni." Zarif segera menghalang langkah Lutfi masuk ke dalam rumah Azhar.

"Kau diam lah ini antara aku dan Suraya." pantas ia menolak tubuh Zarif ke tepi.

Pintu di kuak kuat hingga beberapa maid di dalam rumah itu terkejut dengan tindakan Lutfi Adrian.

"Lisa kau pergi panggil Suraya turun sekarang." Lutfi bercekak pinggang, manakala Zarif sudah beredar dari situ.

"Baik encik Lutfi.." maid terus berjalan naik ke tingkat atas.

Lutfi Adrian bangun dari sofa. Sudah sejam lebih dia menunggu gadis itu turun dari tingkat atas tetapi jangan kata wajah.

Bayang seksi Suraya pun tak ada.

"Cik Suraya sakit perut encik Lutfi.." Bohong Maid itu.

"Hmm alasan apapun aku takkan percayakan dia lagi! Tunggu kau.." Lutfi terus naik ke bilik Suraya.

Suraya menutup semua tubuhnya hingga ke kepalanya. Dia tak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi kalau boleh sampai bila-bila.

CLIK.

pintu bilik Suraya di bukakan dari luar.

Suraya yang berada di dalam selimut terketar-ketar ia tahu siapa yang berada di dalam biliknya saat ini.

Lutfi duduk di atas tilam bersebelahan dengan Suraya, dia memerhati sekujur tubuh gadis yang berada di dalam selimut.

"Sampai bila nak macam ni huh..?"

"Sumpah, Uncle tak pernah ajar awak biadap sampai macam ni sekali, Suraya." Ia mengenggam kedua tangannya.

Suraya membalikkan badan ke arah lain.

"Kenapa ni.? Cuba awak cakap tak pun awak tulis lagi senang Uncle nak faham."

"Kalau asyik diam macam ni sampai bila benda ni nak selesai.." Amarahnya di tahan.

dia tak suka membangkitkan isu tetapi Suraya degil.

"Tunggu Papa balik.. Suraya dah cakap dengan Papa untuk pecat encik.." Wajahnya sudah masam mencuka di dalam sana.

"Oh.. baguslah saya pun tak ingin nak kerja dengan Papa awak lagi. Saya pun ada life sendiri."

"Terima kasih, Suraya.." Ia bangun dan berjalan pergi meninggalkan Suraya di situ sendirian.

"Okay sama-sama.." Suraya kembali membaringkan diri.

Lutfi membuang keluhan kasar di muka pintu sungguh dia betul-betul sakit hati dengan cara Suraya sekarang.


Anatasha memerhati kiri kanan di dalam club itu agak meriah. Suraya menarik tangan Anatasha ke tengah-tengah laman di mana ada banyak kerusi dan meja di sana.

"Ramainya orang, kakak..." Anatasha mula melayan lentok lagu yang di putarkan oleh dj di atas pentas.

"Enjoy.." Mereka berdua terus menari dengan lenggok tubuh yang mengasyikkan.

Air coke di hidangkan di atas meja, pelayan lelaki tadi beransur pergi ke tempat lain.

"Bro, aku nampak cik Suraya ada di dalam bro." Alan menunjuk club di depannya.

"Jadi kau nak aku buat apa..?"

"Kau pun tahu aku dah tak kerja dengan Papa dia lagi.." Lutfi meninggalkan tempat itu dengan segera.

"Kau tak takut dia rosak ke Lutfi. Kau tahu tak orang macam kita ni ramai kat dalam sana tu."

"Silap-silap lepas ni kau takkan berjumpa dengan Suraya lagi. Kau nak..??" Marah Alan.

"Tu bukan masalah aku Lan, suka hati dia lah paling tak pun pecah dara saja." Motor Suzuki Lutfi dipandu laju ke arah jalan raya.

"Shitttt." Alan terus masuk ke dalam sana sorang diri.

Apa yang di katakan Alan memang benar beberapa lelaki sudah mengerumi Suraya dan Anatasha di sana.

"Minum lagi sayang.." Air setan di teguk rakus oleh Suraya.

"Uncle.. I Miss you.." Suraya sudah meletak kepalanya di dada lelaki itu.

"Miss me jom kita naik tidur sayang.." Lelaki itu terus memapah Suraya berjalan ke belakang.

"Hoi..." Alan menolak tubuh lelaki itu dan Suraya jatuh terjelepuk ke lantai.

"Apahal kau nak main hoi hoi pula ni."

"Alal sial lah, alamak nak jadi hero pulak.." Lelaki itu sinting tangan baju lalu dia terus menumbuk pipi Alan.

"Tu anak majikkan aku sial!! Ke mana kau nak bawa dia pergi haaa?"

"Sini langkah mayat aku dulu." Ia terus berlari kearah lelaki itu.

Pisau lipat yang tersedia di kaki di tarik.

Alan menikam ke perut lelaki tersebut beberapa kali sebelum berlakunya kekecohan di dalam club.

"Argh lari.."

"Lari."

"Ada kes pembunuhan."

"Argh."

Darah mercik ke merata tempat.

Club malam menjadi riuh rendah dengan pukulan maut oleh orang-orang lelaki itu.

"Kurang ajar kau." Lelaki berotot terus terajang belakang Alan.

"Kakak bangun bangun.." Anatasha segera mendapat Suraya yang tak sedarkan diri.

"Sini budak." Anatasha dan Suraya di tarik ke belakang.

"Tolong!!!! Tolong!!!! Lepaskan aku lah.." Anatasha cuba melawan.

Malah pipinya di tampar kuat hingga dia juga tak sedarkan diri.

"Bawa kedua perempuan itu pergi.." Salah sorang geng mereka memberi arahan.

Alan terkulai di atas lantai. Enam orang badan berotot belasah dirinya hingga ia tak sedarkan diri lagi.

Sedangkan Suraya dan Anatasha sudah dibawa pergi.

"Hello bro korang nak ke mana ni..? Have fun dulu lah bro baru balik, Huh.?" Lelaki itu hanya bersahaja.

Malah dia duduk di atas bumper kereta depan dengan memegang sebilah parang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience