Rate

•EPISOD 50 HILANG INGATAN

Fanfiction Completed 134973

Sudah dua hari Suraya tak keluar dari bilik, dia hanya makan bila Maid membawa makanan naik ke bilik saja.

Ia masih belum ingat apa-apa walaupun sesaat tentang masa lalunya.

"Suraya tak keluar juga.?" Tanya Azhar bercekak pinggang didepan pintu bilik anaknya.

"Belum lagi Tengku. Cik Suraya masih di dalam..." Maid Zetty menundukkan kepala.

Azhar melepaskan keluhan kasar dia pun buntu akal nak percayakan Suraya yang dia bapa kepada anaknya.

"Buka pintu aku nak ke dalam.." Pinta Azhar dengan memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

"Baik.." Maid Zetty dan Maid Maria membuka pintu bilik Suraya dengan luas.

Azhar melihat kearah Suraya yang masih termenung di jendela yang separuh terbuka dia langsung tidak tahu yang Azhar sudah berjalan mendekati dirinya.

"Sampai bila nak kurung diri dalam bilik ni, kau tak nak tengok suasana di luar langsung ke..?" Azhar sudah memerhati rambut panjang Suraya.

Suraya menunduk kepala dia menggeleng perlahan.

"Pakcik Lutfi kau ada kat bawah dia nak sembang dengan kau katanya, keluar sekarang pergi sapa dia." Datar saja suara Azhar.

Suraya hanya memerhati wajah Azhar dia pun bingung kemana suaranya.

Tersekat di kerongkong gamaknya.

"Jom.." Terpaksa Azhar menarik tangan Suraya keluar dari bilik itu.

dia tak mahu Suraya berkurung di dalam bilik saja dia benci dengan keadaan begini.

"Saya nak mandi dulu.." Suraya terus berlari laju masuk ke dalam bilik air, nafasnya tersekat-sekat bila lelaki itu menarik tangannya pergi.

Azhar kaku disitu selama sepuluh saat.

Azhar turun semula ke bawah dia mendapati Syed pun ada di sana dia harus bercakap dengan Lutfi dan Syed terus terang.

"Bila kau sampai duduk lah.." Azhar menjemput Syed untuk duduk tetapi Syed hanya berdiri saja dia tak ikut kata-kata Azhar.

"Tak apalah aku kesini cuma nak tengokkan keadaan Cik Suraya saja dia dah sihat ke..?"

"Aku minta maaf baru sempat datang melawat Cik Suraya hari ni.." Syed memerhati di anak tangga paling atas.

"Suraya dah sihat tapi dia tak mahu turun k ebawah dah dua hari asyik berkurung dalam bilik sampai makan apa pun Maid hantarkan.."Azhar tergelak sendiri.

Syed hanya mampu mengangguk kepala saja.

"Nanti pelan-pelan Cik Suraya ingatlah balik siapa dia sebelum ni."

"Kau kena banyak-banyak bersabar dengan karenah cik Suraya tu.." Syed tersenyum nipis dia tak mahu ikut campur tangan lagi.

Lutfi mengenggam tangan dia ketawa kecil.

"Aku tahu kenapa kau datang sini lagi.. Kau bukan nak melawat cik Suraya.."

"Tapi kau nak tengok Tengku hancur bukan..?" Lutfi menggeleng kepala.

Syed hanya tersenyum.

"Siapa yang buat hal dulu sebelum cik Suraya jadi macam ni..?"

"Enkau atau aku Lutfi.. Aku tahu salah aku sebab tinggalkan Cik Suraya harit6u tapi aku dah cakap dengan Tengku yang aku dah resign."

"So salah aku lagi ke Lutfi Adrian.." Syed menepuk tangan dengan gembira.

Lutfi terus mendiamkan diri.

"Baguslah Tengku masih bela anjing kurap ni walaupun dia tahu apa yang jadi dekat anak dia." Kini kata-kata Syed menusuk ke hati Azhar.

"Kau.." Azhar menekan rahang dengan kuat.

"Jaga-jaga Tengku, cik Suraya pernah panjat tangga tau dulu sebab dia nak masuk ke rumah ni and aku cuma nak pesan saja."

"Kau tengokkanlah anak kau selalu takut dia panjat tangga keluar dari rumah ni pula hehe.." Syed terus beredar dari situ dengan amarah dihati biar dia saja tahu keadaan diri.

Azhar menjeling tajam pada Lutfi.

Lutfi menunduk wajah dia betul-betul terkesan dengan kata-kata Syed.

"Tengku.." Lutfi memandang Azhar dengan perasaan cuak.

"Cari orang untuk cover di luar rumah ni. Aku tak nak apa-apa jadi dekat anak aku nanti."

"Aku nak kau harus sediakan orang seramai mungkin mulai sekarang faham.." Azhar terus keluar dari rumah itu.

"Baik Tengku.." Lutfi terus mengambil fhone dari poket tergesa-gesa.

"Encik.." Suraya mendekat.

"Aya.. err Aya sihat ke..? nak makan apa-apa tak uncle boleh ambilkan.." Lutfi meletak panggilan.

"Uncle tadi dah balik ke..?" Suraya terus duduk di sofa dengan sopan.

"Hm ya dia dah balik kenapa Aya nak jumpa dengan lelaki tadi ke..?" Terbit rasa cemburu dihati.

"Takdelah.. cuma saya rasa saya macam pernah nampak dia sebelum ni tapi tak tahu lah dekat mana hurm.." Suraya bangun dia berjalan perlahan-lahan ke pintu rumah.

Lutfi memejam mata rapat.

"Dia pernah kerja dengan Papa awak sebelum ni tapi sekarang dia dah berhenti."

"Kata nya dia nak berkahwin." Lutfi mengikuti langkah Suraya keluar dari rumah itu.

"Oh yeke..? Ermm encik pula.."

"Encik pun kerja di sini ke saya tak tahu apa-apa pun maafkan saya ye." Suraya menunduk kepala kejap dengan senyuman nipis.

Lutfi membuang keluhan kecil.

"Uncle Lutfi minta maaf Aya sebab dah buat Aya jadi macam ni, sebenarnya ni semua salah Uncle disebabkan Uncle jugalah Aya hilang ingatan."

"Uncle betul-betul tak sengaja Aya.." Bahu Suraya disentuh lembut.

"Aa urmm.." Mata Suraya terkebil-kebil dia lebih terkejut dengan berita yang disampaikan oleh orang asing itu.

Tapi hatinya tak pula merasa takut langsung mungkin dia masih ada semangat positif di dalam diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience