Rate

•EPISOD 51 BERDAMAI DENGAN HATI

Fanfiction Completed 134973

Agak lama Suraya berjalan di sekitar kawasan rumah besar itu dia menghirup udara segar yang datang dari pokok hutan di belakang rumah.

Baru dia perasan yang rumah sekarang di atas bukit.

"Dulu Aya pernah panjat pagar sini semata-mata nak mengelak dari bertembung dengan Papa."

"Aya jatuh atas Uncle dekat sini.." Lutfi tergelak kecil dia mengamit memori dulu.

Suraya tak mengendahkan langsung tentang kata-kata Lutfi yang masih di belakang dia.

"Lepas tu Aya cakap Aya sayangkan Uncle, Uncle pun sayangkan Aya macam adik Uncle sendiri.."

"Aya nak tahu tak urmm sebenarnya Uncle dah ada kekasih tau cantik sangat.." Lutfi tergelak lagi.

Suraya melirik senyuman di bibir.

"Uncle harap Aya tak marahkan Uncle lagi tentang apa yang terjadi sebelum ni.."

"Uncle minta maaf sesangat sebab dah tolak cinta Aya sebelum Aya terlalu sempurna di mata Uncle."

"Uncle tak layak untuk Aya.." Lutfi mendekati dirinya pada Suraya dia masih tersenyum nipis.

"Mungkin kite tak di takdirkan untuk bersama. Saya mungkin lupa segala-galanya tapi saya takkan pernah lupa jasa encik pada saya selama ni."

"J-jadi boleh tak kalau encik panggil Uncle tadi, saya rasa saya macam kenal dengan dia."

"Mungkin saya rapat dengan dia kan.." Suraya tersenyum lagi.

"Uncle ni awak tak nak kenal ke..? Uncle jaga awak dari kecik Aya! Dia tu cuma jaga Aya dalam beberapa bulan lepas jer."

"Dia tu tak ada kena mengena dalam hidup kita pun!! Tolonglah jangan jumpa dengan dia atau nak rapat dengan dia."

"Uncle tak suka faham tak..!!" Lutfi melepaskan semua amarahnya yang terpendam selama ni pada Suraya.

Suraya berundur setapak ke belakang Lutfi melangkah dua tapak ke depan.

Dia mahu Suraya hanya fikirkan dia bukan fikirkan Syed! Dia-lah yang jagakan Suraya selama ni kenapa Suraya lebih memilih lelaki lain.

"Encik stop'it !!" Dada Lutfi ditolak dengan tapak tangan.

"Encik..? Uncle ni nama Lutfi Adrian bukan encik!! Pekak ke."

"Perempuan jenis apa awak ni Aya.." Lutfi menarik tubuh Suraya ke dalam dakapannya.

Suraya tergamam, ia dapat rasakan jantung lelaki itu berdegup kencang. Ia hanya membiarkan saja keadaan berdamai seketika.

"Uncle minta maaf sekali lagi sebab terkasar bahasa dengan Aya.." Lutfi menolak tubuh gadis itu menjauhi dirinya.

"Saya tak kenal sesiapa pun dekat sini saya tak kisah pun kalau Uncle nak buat apa-apa."

"Saya cuma menumpang kasih encik yang ada dalam rumah ni saja, kalau saya ingat saya akan kembali pada keluarga saya semula.." Suraya melangkah pergi meninggalkan Lutfi disitu sendirian.

"Tapi Tengku memang keluarga awak Aya.. awak anak dia, saya pengasuh awak dari kecik sampai sekarang."

"Cuma sekarang ni Aya dah besar Aya dah jarang perlukan Uncle lagi.." Lutfi mendapatkan Suraya tangan suraya di genggaman erat.

"Saya tidak nak susahkan sesiapa pun termasuk Uncle."

"Uncle tak perlu risau apa-apa saya boleh uruskan sendiri terima kasih..." Suraya segera masuk ke dalam rumah.

Sebulan kemudian.

"Mulai hari ni kau duduk dengan adik aku ya dekat Belanda sana."

"Aku akan pastikan hidup kau selamat dekat sana, Aya. Jangan bimbang minggu depan aku akan menyusul ke sana untuk menguruskan pelajaran kau ok.." Terang Azhar lagi.

Suraya hanya mendiamkan diri.

dia langsung tak ingat apa-apa cukuplah dia hanya kenal lelaki didepannya saat ini sebagai ayahnya.

"Terima kasih Papa.." Ia menundukkan wajah langsung dia meninggalkan Azhar disitu.

empat bagasi di tarik serentak sempat dia mencari tempat duduk.

Lutfi dan Syed termasuk Azhar cuma menghantar pemergian Suraya di luar pintu airport saja.

"Kau rasa dia boleh duduk dekat sana ke Tengku? Aku risau dia akan dapat tekanan besar nanti."

"Sekarang ni dia langsung tak ingat apa-apa pun tentang keluarga dia apatah lagi dunia luar.." Syed yang masih di belakang Azhar hanya di pandang sekilas.

"Biar saja dia hidup dengan keadaan sekarang aku akan pastikan dia baik-baik saja.." Azhar terus membawa diri keluar dari tempat itu.

Lutfi mengikuti langkah Azhar dari belakang.

Tak pula Syed, dia mendapatkan Suraya di dalam sana dia harus menunggu gadis itu masuk ke dalam tempat pengawasan dengan selamat.

"Hi..." Syed terus duduk di sebelah Suraya.

"Uncle..? Erm kenapa datang sini tadi bukan ke awak dah balik.." Suraya hanya senyum nipis pada wajah Syed.

"Siapa cakap saya balik..? Ni saya ada belikan coklat untuk awak makan masa di atas kapal nanti.." Coklat kitkat dan coklat Cadbury dairy juga turut dibeli.

"Terima kasih awak sebab belikan coklat ni.." Ia mengambil sebungkus plastik merah lalu di letak dalam handbag dengan senyuman.

"Sama-sama.. Memang awak suka makan coklat pun tak sah kalau sehari awak tak makan coklat, nasib baik tak luruh gigi tu ahaha.." Sempat Syed membuat lawak.

Dalam lawak dia sedih. Mahu saja dia memeluk Suraya erat-erat biar hilang rasa rindu di hati.

Tapi dia masih ada iman..

Suraya turut tergelak kecil.

"Nanti sampai saja sana terus ikut orang yang ada dalam gambar tu."

"Ingat jangan pergi mana-mana selagi awak tak jumpa orang yang ada dalam gambar tu faham.."

"Ingat pesan saya ni ya, Suraya." Pertama kali dia memanggil tanpa ada Cik.

"Ya saya tahu.. rasanya hampir sepuluh kali awak ingatkan saya dari tadi."

"Saya cuma hilang ingatan bukan tak nampak aduhai hahaha, tapi saya masih nak terima kasih lagi hihi.." Dia hanya gelak untuk menutup rasa debar dihati.

"Kepada para penumpang Mh138 ketibaan kapal terbang anda akan mendarat dalam sepuluh minit dari sekarang, sila sediakan tiket dan bagasi anda secukupnya terima kasih."

"Tu kapal terbang dah mendarat terima kasih sebab temankan saya disini."

"Bye.. bye.. jumpa lagi empat tahun depan hihihi." Terus Suraya memeluk tubuh lelaki itu.

Ya walaupun dia tak mengenali lelaki itu tepi hatinya sudah cukup tenang begitu.

"Baiklah jumpa empat tahun depan lagi Suraya, Saya tunggu kepulangan awak kelak."

"Ingat jangan nakal-nakal.. jangan kuat membuli.. kalau ada orang ikut awak dari belakang awak mesti kena menjerit sekuat hati tau.." Mata Syed sudah merah menahan sebak di dada.

"Baiklah.. bye.." Suraya membawa empat bagasi ke pintu pengawas dia memberi tiket dengan tenang dia masuk ke sana dengan melambai tangan pada Syed.

"Uncle akan selalu tunggu awak Suraya, Jaga diri jaga pemakanan di sana.." Syed turut melambai tangan pada Suraya yang sudah menjauh dari kawasan itu.

Yeayy Suraya dah terbang ke Belanda

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience