Rate

•EPISODE 66 MASIH MENGHANTUI

Fanfiction Completed 134973

"Aku dekat mana ni mana Maya..?" Ia beralih ke belakang.

Matanya bergerak pantas ke susuk tubuh yang lagi melambai tangan padanya dengan senyuman pahit.

"Si-siapa kau kenapa kau ada dekat sini..? Aku tak kenal kau lah." Lutfi terasa dirinya melayang sendiri kearah perempuan tadi.

Gadis itu tersenyum manis dia masih duduk di atas batu besar yang di kelilingi air terjun.

Suasana sangat nyaman jika di lihat langsung hanya Lutfi dan gadis itu saja disana.

"Hi Uncle.. Sini duduk dekat..." gadis tu tak menyebut namanya.

"Kau siapa? Kenapa bawa aku kesini.." Lutfi melutut di depan gadis itu dengan sendiri.

"Saya... awak kenal.. saya datang sini nak bawa awak balik ke rumah kita, Uncle.." Ia tersenyum malu-malu.

Lutfi terkedu sendiri.

"Uncle..?" Kepalanya mula terasa berdenyut-denyut kesakitan tadi mulai menarik urat-urat di kepalanya.

"Aku tak kenal kau! aku takk kenal kaulah perempuan!! Pergi pergi kau dari sini jangan ganggu aku lagi.." Lutfi terjatuh ke atas rumput.

Kepalanya di pegang erat dia merasakan urat nadinya mengeras.

"Hahaha... Lutfi.. Lutfi.. hahaha.. kau dah lupa kenangan kita? Kau dah lupa apa yang kita lalui selama ni.."

"Kenapa kau cepat sangat berubah Lutfi Adrian! Kenapa..?" Gadis itu duduk di atas perut Lutfi kedua tangan Lutfi di rentap kasar dan pipi Lutfi di tampar sekuat hatinya.

"Jangan.. Jangan apa-apa kan aku! Kau perempuan iblis!! jangan!!" Lutfi menjerit sekuat hatinya bila gadis tadi mengoyak mulut sendiri di depan Lutfi.

"Arghhhhhhhhhhhhhh.... Pergi pergi jangan jangan ganggu aku lagi.." Ia menolak tubuh gadis itu jauh-jauh dia hampir mati dengan apa yang di lihatnya saat ini.

"You bangun.." Maya mengoncang kedua lengan Lutfi yang menolak tubuhnya ke sisi katil dengan kejam.

"Youu bangun!!!!" Airmata mengalir laju ke pipi dia sudah biasa dengan keadaan begini.

Tanpa basa basi Maya terus melangkah ke bilik mandi air baldi di bawa keluar dan di curah atas badan Lutfi hingga basah semuanya.

"Haaa.. arghh... kenapa.." Nafasnya tercungap-cungap akibat mimpi tadi.

"Sayang, Maafkan I..." Maya menarik tubuh Lutfi dia memeluk tubuh kurus Lutfi erat-erat tangisan sendiri kuat dengan apa yang terjadi pada suaminya itu.

"Ma.. Maya.." Hanya itu mampu keluar dari mulut selepas dia sedar dari mimpi.

"Sayang, I takkan tinggalkan you lagi sendirian macam ni hisk maafkan I sekali lagi.." Ubun-ubun Lutfi di kucup lama-lama dan dia memeluk leher Lutfi.

"I... I takut Maya, Please jangan tinggalkan I macam ni.. Perempuan.."

"Perempuan tu nak bunuh I Maya. dia kejam Maya.." Suara Lutfi terketar-ketar menahan ketakutan yang masih jelas terbayang di ingatannya.

"Ya sayang I takkan tinggalkan you lagi ya.." Maya mengesat airmata di pipi Lutfi.

Dia sayangkan lelaki itu dia sudah serah jiwa raganya pada lelaki itu..

Dan tak mungkin dia akan berjauhan dengan Lutfi.

Maya membawa Lutfi ke hospital dia harus mencari tahu apa yang terjadi pada suaminya tadi. Sementara itu dia sangat berharap Lutfi takkan pernah ingat apa-apa lagi tentang masa lalunya bersama Suraya.

"Maya kita nak ke mana ni..?" Langkahnya terhenti di sebuah bilik X-ray.

"Ermmm.. I.. I.. nak bawa you ke bilik X-ray kejap. You tak apa-apa kan..?" Langkahnya betul-betul berada di depan mata Lutfi.

"Untuk apa Maya? I tak sakit.." Matanya melilau di situ.

"I know you tak sakit tapi I nak tengokkan kesihatan you saja sayang."
"Please kita ke dalam ya diorang dah tunggu tu.." Pujuk Maya dengan menarik tangan Lutfi untuk masuk ke dalam sana.

"You nak bunuh I ke Maya!! But why.. I tahu I tak kenal you langsung tapi I boleh balik ke pada keluarga I Maya."

"Im promise I takkan ganggu hidup you lagi.." Lutfi melangkah keluar dari bilik X-ray.

"Sayang! Sayang Please dengar cakap I dulu Sayang..!! I cuma nak you baik-baik saja." Kaki Maya berlari mendapatkan Lutfi yang sudah jauh pergi dari kawasan itu.

"Sayang stop'it!! I say stop'it now.." Jerit Maya tiba-tiba di belakang Lutfi.

Lutfi mengeras tubuh..

"Kenapa dengan you ni Sayang! Boleh tak you dengar cakap I sekali ni jer.."

"I sayangkan hubungan kita ni I sayangkan You, Boleh tak jangan bantah keputusan I.." Maya bercekak pinggang didepan Lutfi.

Lutfi mengecilkan matanya tajam pada anak mata Maya.

*Kenapa lain benar wajah Maya dengan perempuan yang ada dalam mimpi aku tu, Siapa mereka ni..* Hatinya mulai berkata-kata.

"Sayang! Dengar tak..?" Maya bersuara perlahan.

"Tak.. I nak pergi salin pakaian dulu, I tak nak tahu apa-apa.. Sorry." Langkahnya di percepatkan.

"I nakkan you Sayang! Lutfi Adrian.." Jerit Maya dengan lantang.

Sudah berapa lama baru dia tahu itu namanya.

"Lutfi Adrian..? Nama aku Lutfi Adrian ke..? Jadi betullah perempuan tu tahu nama aku.." Terduduk dia di kerusi panjang di depan dewan menunggu para pesakit.

Maya menghampiri Lutfi belakang tubuh lelaki itu di usap-usap untuk tenangkan diri selepas mereka bertengkar kecil tadi.

"Maya I nak rehat.." Lutfi bangkit dari kerusi dia segera masuk ke bilik Maya semula.

Entah kenapa sejak dia mengetahui namanya.

Dia sudah tak senang duduk bila wajah gadis tadi berlegar-legar di ingatannya.

"Di mana aku mesti cari perempuan tu? Dia pasti tahu semuanya tentang aku."

"Ya dia pasti tahu semuanya tentang aku.."

"A-aku mesti cari dia tak kira apapun yang terjadi nanti." Lutfi menggantikan pakaian terus dia keluar dari bilik Maya.

Kunci kereta di ambil lalu dia beredar jauh dari hospital tersebut..

"Sayang wait... wait.." Belum sempat Maya mengejar langkah Lutfi seorang nurse mendapatkan Maya di luar pintu biliknya.

"Ada apa..?" Maya beralih pada Nurse Alya.

"Maaf puan ada pesakit sedang tunggu di dalam.." Alya melangkah pergi meninggalkan Maya disitu.

"Arghh macam-macamlah korang ni! Nak mati pun menyusahkan orang lagi.." habis dia memaki hamun pada seorang pesakit yang lagi menunggu kedatangannya di dalam.

Jam tangan di kerli sudah masuk waktu solat maghrib.. Lutfi masih bersendirian di dalam kereta.

Dia buntu harus cari perempuan yang berada di dalam mimpinya sejak dia sedar dari koma.

Sepertinya gadis itu tak mahu melepaskan dirinya sama sekali.

Di carinya di dalam google di cari dalam Instagram, mahupun tiktok, miliknya. Tetapi hampa semuanya tak membantu jika dia hanya melihat rupa gadis itu dalam keadaan samar-samar saja.

Deringan telefon bimbit Lutfi berbunyi nyaring dari tadi.

Ia melihat nama Maya di kaca screen dia membiar saja panggilan itu mati sendiri.

"Perlu ke aku cari perempuan tu..? Kenapa aku masih ingat semuanya tentang mimpi tu."

"Kenapa..? Kenapa kau perlu seksa aku begini perempuan.. aku tak kenal kau langsung faham tak..?" Dahinya di hantuk pada stereng kereta kuat-kuat hingga bergegas kereta itu.

Bergegas dia keluar dari kereta hatinya tak tenang selagi dia tak bertemu dengan gadis itu, Seperti orang gila dibuatnya.

"Mana perempuan tu mana!! Arghhhhhh sial.. Aku akan bunuh kau!!"

"Argh aku akan bunuh kau perempuan.." Matanya sudah berpinar kegelapan.

Kesudahannya dia rebah di pinggir kereta.

Maya memarkir kereta di tepi jalan, Dia segera ke kereta yang di parking Lutfi.

Segera dia berlari mendapatkan Lutfi yang terbaring kaku di atas rumput.

"Sayang.. bangun sayang, I datang bawa you balik ya.." Maya cuba memapah tubuh Lutfi tetapi tubuh Lutfi terlalu berat untuk angkat.

"Maya dia okey tak..?" Salina bergegas ke tempat di mana Lutfi terbaring kaku disitu.

"Aku tak tahu aku takut apa-apa jadi dekat dia jer, Kau tolong aku papah Lutfi masuk ke dalam kereta ni ya.." Maya menarik tangan Lutfi dengan tenaganya.

"Baiklah.." Salina juga turut mengangkat tubuh Lutfi ke seat belakang kereta.

Dia sebagai rakan karib Maya ia juga mahu yang terbaik untuk Maya dan Lutfi.

Sudah sejam lebih Lutfi mendapatkan rawatan khas dari Maya dan Salina, tapi sayangnya Lutfi tak mengerakan diri dari tadi.

Jantung Maya berdetup kencang dia tak mahu fikir apa-apa buat masa ini..

Apa yang penting dia hanya mahu melihat Lutfi membuka mata dan memanggil namanya itu saja.

"Sayang bangunlah please hiks.. Please jangan tidur lama-lama I rindu suara you."

"I.. rindu jari jemari you menjalar di tubuh I.. I takkan ke mana-mana ni sampai you sedar sayang."

"You pernah janji dengan I yang you tak nak sakit lagi, you ingatkan semua tu..? And please wake up for me please.." Rayunya sepenuh hati.

Jumpa episod baru yihaaa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience