Rate

•EPISOD 23 UMPAN

Fanfiction Completed 134973

Seminggu kemudian.

(Empat orang di temui maut di dalam tong drum bersalut simen lalu di buang ke dasar laut.. Mayat mangsa masih belum di ketahui..)

Wartawan TV3 mengatakan sambil menunjuk ke arah laut.

Suraya tergamam seketika dia blurr.

"Eh kejap macam mana orang-orang itu boleh di sumbat ke dalam tong."

"And di simen malah di buangnya ke dasar laut dalam siapa pelakunya.?"

"Hi sayang.." Azhar yang lagi membawa laptop duduk di sofa single dia hanya tersenyum nipis.

"Hi too.. Papa sibuk lagi ke..?" Suraya terus duduk di carpet.

"Siapa saja tak sibuk sayang." Azhar mengusap Ubun-ubun Suraya dengan senyuman.

Suraya tergelak kecil.

"Tengku.." Lutfi berdiri tegak di belakang sofa Azhar.

"Hmm kenapa?" Ia kembali dengan laptop.

"Diorang dah jumpa benda tu."

"Apa plan Tengku lepas ni..?" Lutfi hanya pandang Suraya.

"Jumpa apa ni..?" Suraya terus bangun dari duduk.

"Sayang pergi naik dulu Papa nak cakap dengan Uncle Lutfi kejap.." Entah bila masa Azhar sudah berada dibelakang tubuh anaknya pun entahlah.

"NO... Papa please ada apa ni..? Jangan nak berahsia macam ni.." Lengan Azhar di goncang kuat.

Azhar membuat isyarat mata kepada Lutfi untuk pergi dari situ dulu.

"Paa.. Uncle!! Jangan pergi dulu cakap sekarang." Langkah Lutfi di halang oleh Suraya.

"Uncle hanya ikut kata-kata Tengku."

"Jadi Uncle minta diri dulu ya cik Suraya.." Langkahnya sudah jauh dari Suraya.

"I SAY STOP'IT Uncle Lutfi Adrian.. !!!!" Suraya bercekak pinggang di belakang Lutfi.

Azhar menggeleng kepala susah dia nak ramal tentang anaknya sendiri.

Lutfi mengeluh pelahan dia beralih wajah kearah Suraya yang lagi bercekak pinggang.

"Ada apa Cik Suraya..?" Kedua tangannya di genggaman erat.

"Terus terang now apa dah jadi?"

"And dalam berita tadi ada kena mengena dengan Uncle ke..?"

"I say cakap sekarang !!" Suraya mendekati diri.

Azhar pula sudah melarikan diri naik ke bilik.

Sumpah dia tak mahu terlibat dalam soal siasat oleh Suraya.

Kini anak-nya semakin aneh.

"Jawablah jangan jadi bisu boleh tak Uncle..? aAmboi sejak bila jadi kayu ni.." Suraya mengoncang kedua bahu Lutfi.

"Okay.. okey fine Uncle cakap sekarang.." Lutfi mengangkat kedua tangan ke awang awangan.

"Jawab now.." Suraya bercekak pinggang.

"Itu kerja Uncle.. and Papa awak tak terlibat pun dalam hal ni.."

"Uncle yang buat macam tu dan diorang tu yang culik awak haritu Aya.." Terang Lutfi.

"What.?!! T-tidak." Suraya berundur setapak ke belakang.

"Tengok bila Uncle cakap jujur Aya tak nak percaya pula.." Lutfi pula bercekak pinggang di depan Suraya.

"Memang kerja Uncle pun.."

"Uncle minta diri dulu.." Lutfi beredar dari situ dia malas nak layan budak-budak mentah seperti Suraya.

Suraya terkedu sendiri.

Alan mundar mandir di depan Lutfi. Kayu golf sedia di tangan. Mereka hanya menunggu waktu untuk bertindak jika ada apa-apa berlaku di dalam misi nanti.

"Hoi kau dah kenapa. Terpusing-pusing gila ke.?" Lutfi mengambil batu.

lantang di baling pada Alan.

"Memang aku dah gila bro, macam mana kalau polis jumpa bukti."

"Bukti kita bunuh diorang dengan kejam. Cerita abang kacak." Alan memerli.

"Kau ni jangan nak peningkan kepala kau tu boleh tak..? aku buat aku tahu apa nak buat."

"Apa yang kau dah buat huh. Cakap sikit."

"Kau tahu, polis tak dapat cam lagi wajah mamat berok tu sebab aku dah hancurkan dengan asid." Lutfi memain dengan kayu besbol.

Lutfi memang kejam dia seperti Azhar masa muda dulu buat jika buat kerja memang sampai clear.

"Aku risau ni polis dah temui mayat tu.." Alan duduk di depan Lutfi.

"Hahaha... Alan.. Alan.. kau ni kadang-kadang tu memang tak cerdik."

"Kau dah lupa apa kita buat dekat diorang malam tu..?" bahu Alan di tepuk kasar.

"Dah lah malas fikir macam kau. Pening aku."

Tiba-tiba dia merindui Suraya.

"Haish time ni kau nak rindu budak tu pun.." Ia menepuk dahi sendiri.

"Kau asal ni tetiba diam pula tadi bukan main gelojoh kutuk aku.." Alan kembali berdiri.

"Aku nak ke toilet kejap.." Lutfi terus meninggalkan Alan di dalam gudang tu.

dia pula ke kereta fhone di ambil dari poket.

Clik

pintu kereta di buka dari luar.

Dia terus masuk ke dalam, langsung pintu di tutup kembali nombor telefon seseorang di dail.

TUT

TUT

TUT

TUT

"Hello. Assalamualaikum.." Suaranya di kecilkan seperti biasa.

Padahal ia lagi membaiki kulit tubuh Nash di sebuah gudang lama.

"Waalaikumussalam. Awak sihat.?" Lutfi tersenyum lebar.

"Hi awak kenape malam-malam call ni rindu ke..?"

"Rindulah juga.. awak dah nak tidur ke..?"

"Um tadi kerja macam mana semua okey ker.." Otaknya masih ligat teringatkan Suraya.

"Kerja baik-baik saja awak, biasalah kerja dengan orang atasan selalu kena bebel jer memanjang.

"Ya walaupun takde salah hihi.."

*Kenapa lah semakin hari semakin aku tak dapat lupakan Suraya ni. Argh tolong lah otak kau fikiran Maya saja please.*

Ia menundukkan kepala.

Otaknya ligat membayangkan wajah bersih comel Suraya.

"Awak sihat ke Lutfi..? Dah dua hari saye tak dengar kabar awak."

"Saye rindu tau..." Suara Maya persis seperti suara Suraya.

Lutfi makin tak boleh lupakan Suraya.

"Saya sihat alhamdulillah cuba penat kerja jagakan anak majikan."

"Cik Suraya tu banyak peelnya sekarang ni."

"Yeke.? Kesian awak. Hihi."

"Hm itu lah macam-macam dia mahu kalau boleh dalam tidur pun dia nak susahkan saya lagi.." Dia memburukkan Suraya pada Maya semata-mata dia mahu lupakan gadis itu.

"Kalau macam tu awak berhenti jelah kerja." Maya mencebik bibir.

Ia paling benci dengar nama Suraya.

"Meh kerja dengan saye, Dekat hospital ni banyak kerja kosong tau. Hihi.."

Ehem.

"Tak boleh nanti Tengku bising." Lutfi mengigit bibir.

"Hm pula. Itu macam mana kite nak mendirikan rumah tangge, kalau awak takut Tengku bising."

"Erm.. Itu lain cerita hahaha."

Maya hanya mengangguk kepala.

Kini dia tahu Lutfi memang lemah bila menyebut nama Suraya, jadi dia akan ambil kesempatan bila-bila masa saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience