Rate

•EPISOD 35 DI HENDAP MUSUH

Fanfiction Completed 134973

Azhar membawa anaknya ke mall untuk membeli belah untuk si anak dia yang tak lama lagi akan menamatkan zaman pelajaran di Privite school.

Lutfi dan Syed mengikut di belakang Azhar dan Suraya saja.

"Papa kite nak ke mana ni..?"

"Hampir separuh Mall di Shah alam ni kita jelajah tapi Papa tak beli apa-apa pun.." Suraya menghentikan langkahnya.

"Entahlah sayang, Papa pun baru nak tengok-tengok ni yelah banyak butik baju, sama saja tak ada pun yang bagus." Dagu sendiri di garu kejap.

Padahal dia sudah tahu sesuatu.

"Papa, Aya nak konvoi je pun bukan nak buat shooting adeh, papa beli je lah yang mana-mana pun."

"Aya dah lenguh kaki ni asyik jalan dari tadi." Bebel Suraya dengan memeluk lengan Azhar dari tadi.

"Eh Konvoi lah kena cantik-cantik baru anak Papa.." Mereka kembali berjalan entah ke mana pula.

Syed tersengeh sendiri ada saja Azhar nak menjawab soalan dari Suraya.

Maya dan Diana berada di belakang mereka berempat. Ia tersenyum puas melihat kuncu-kuncunya musuh berada di hadapannya sekarang.

"Lutfi.. hi.." Maya berlari anak mendapatkan Lutfi di tepi dinding.

Lutfi beralih arah di belakang tubuhnya.

"M-maya..." Terbutang matanya melihat Maya yang sudah mendekati dirinya di situ.

"Awak teman boss awak ke dekat sini..?" Maya masih tersenyum lebar.

"Hm. ya awak pula buat apa dekat sini?" Suara Lutfi Tergagap-gagap.

Pagi kelmarin dia baru berbaik dengan Suraya, dia dah janji takkan sakiti hati gadis itu lagi tapi.

"Saye datang sini sebab nak cari barang untuk adik saye ni, lagi tiga bulan dia dah nak bertunang jadi saye bawa lah dia ke sini jalan-jalan kejap." Maya terus memerhati ke tiga-tiga sosok di belakang Lutfi.

"Hi.." Suraya tersenyum nipis dan melambai tangan pada Maya.

"Cantiknya cik Suraya patutlah encik Syed asyik ikut.." Maya tergelak kecil.

"Hi cik Suraya.." Maya pun turut melambai tangan pada Suraya.

Lutfi beralih wajah pada Suraya dia tak mengerti apa yang ada di sebalik senyuman sang gadis itu.

"Awak baru sampai ke Maya..? Atau dah nak balik ni.." Nampaknya Lutfi ingin menghalau Maya jauh darinya.

"Saya baru sampai ni, tak balik lagi." Maya tersenyum manis.

"Papa jom nanti lewat pula.." Suraya menarik tangan Papanya menjauh pergi.

"Baru sahaja sampai ni awak teman kitorang jalan-jalan boleh tak..?" Maya memerhati pada mata Coklat Lutfi.

"Saya tak boleh nak teman awak, sebab saya perlu ikut diorang."

"Ini saya masih dalam kawalan bekerja ni maaf tau.." Lutfi cuba menolak.

"Tapi sekarang awak dah free, Look.." Maya menunjuk ke arah belakang Lutfi.

"Apa..?" Terus Lutfi pantas beralih ke belakang dia kaku kejap.

Majikannya sudah tiada di situ termasuklah Syed sekali.

"Awak free kan sekarang ni?" Maya terus memaut lengan Lutfi mereka bertiga terus berjalan ke satu satu butik yang berada di situ.

Tangan Syed dan Azhar digenggam dan mereka bertiga terus berjalan masuk ke sana.

"Kita cari fitting konvoi dekat sini, okay tak.?"

"Cantiknya Cik Suraya."

EHEM.

Azhar menyiku perut Azhar.

"Eh maksudnya Uncle puji baju-baju ni, memang padan dengan awak nak ke konvoi nanti.." Malah Syed terlebih teruja dengan pakaian yang ada di dalam butik itu..

Nasib dia lelaki

Ahaks.

"Papa pun rasa kedai ni okey untuk kita membeli belah pada waktu sekarang.." Ubun-ubun Suraya di usap lembut.

Terus jari jemari Syed di genggaman kemas dia membawa Syed jalan-jalan di dalam butik itu.

Dia harus kelihatan cantik nanti hari.

Azhar tersenyum langsung dia duduk di sofa berdekatan dengan cermin besar di dalam butik.

Dia tak marah jika Suraya lebih memilih Syed berbanding dengan Lutfi, lelaki itu tak setia semua nak di kebas.

"Uncle macam mana dengan gaun Primadona ni cantik tak..?" Suraya meletak gaun di depan Syed dengan menjongket kening.

"Okaylah 'tetapi' tak grand.." Komen Syed dengan memek wajah tak suka.

"Elek pulak dah.." Suraya memberi gaun itu kepada pelayan kembali.

"Jadii nak pilih yang mana? Semue ni cantik-cantik tau.." Wajahnya di dekat dengan Syed.

tapi lelaki itu sungguh tinggi dia pula hanya separa bahu Syed so bukan dia rendah tapi Syed yang hantu galah.

Uhuks.

"Tu cuba try gaun Victoria Secret, Uncle rasa gaun tu lebih sesuai jadi eloklah dengan ketinggian awak yang sedang-sedang saja ni ops.." Syed menekup mulut sendiri.

Azhar sudah tergelak kecil melihat wajah Suraya yang sudah pun monyok macam tempe basi.

Jarang Suraya menunjuk esprasi wajah begitu Syed sudah pun pecahkan dinding kukuh Suraya selama ini.

"Uncle memanglah.. Semua tak sesuai tapi bila Aya pakai Uncle puji juga eeeei geram betul.." Suraya sudah pun bercekak tubuh dia memalingkan muka ke arah lain.

"Hihihi alah anak angkat Uncle ni merajuk pula tauk dalam kandang buaya baru tau!."

"Cepat pilih kita dah lama tau dekat sini, Papa awak pun dah letih tu nampak.." Syed menunjuk kearah Azhar yang masih tersenyum dari tadi.

"Sayang, Pilih cepat dah lewat ni.." Azhar menongkat pipi sebelah dengan tangan sasanya.

"Okayyy.. okayy.. Aya ambil gaun Victoria Secret yang warna pupple ni.." Pantas dia menunjuk pada gaun tersebut.

Syed mengangguk perlahan.

Setelah Suraya mengenakan gaun itu dia berjalan kearah Azhar dan Syed dengan gaya catwalk.

"Amacam adakah anda berdua berpuas hati..?" Dia bercekak pinggang sebelah.

persis model tak menjadi..

"Cantik sayang, Beli gaun tu Papa suka.." Azhar mengangguk perlahan.

"Uncleeeeeeee you the best.." Terus Suraya kembali ke ruang tukar pakaian.

"Hehe yo lah.." Syed mengaru bibir sendiri.

Azhar sudah pun bangun dari duduk.

"Tengku.." Syed mendekati diri kepada Azhar.

"Hm.." Azhar tak pandang Syed tapi matanya tertumpu pada patung di sebelah Syed.

"Ada musuh follow kita dari tadi.." Syed masih dalam mood bersahaja dia tak mahu kecohkan keadaan.

"Okey, aku tahu kau bawa Suraya balik dulu biar aku pancing diorang supaya ikut aku naik ke bangunan paling atas sekali.." Azhar terus keluar dari butik itu dengar bersiul.

dia ingin menarik perhatian musuh-musuh disitu.

"Baik Tengku.." Syed terus melangkah ke kaunter untuk membuat pembayaran gaun tadi.

More reading lagi..? komen....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience