Rate

•EPISOD 36 TAK DI DUGA

Fanfiction Completed 134973

Selepas keluar dari butik Victoria Secret Suraya di bawa keluar dari Mall tersebut, dia tak mahu masa lalu berulang lagi pada Suraya.

"Uncle, Papa mane dia tak ikut sekali ker..?" Melilau mata Suraya memerhati segenak ruang Mall itu.

dia pelik tiba-tiba selepas pembayaran dirinya di bawa keluar dari mall dengan tergesa-gesa.

"Papa awak ada hal sikit dengan kawan dia.. Kita kena balik sekarang.." Syed mendapatkan kereta di parking tiba-tiba telinga Suraya terdengar sesuatu.

"Uncle wait.." Suraya berundur setapak ke belakang tiba-tiba.

BOOM

BOOM

Api sudah menjilat kereta itu puas-puas.

"Argh Uncleee!!!!!!!.." Kereta meletup di depan Suraya.

"Aya awaasss!!!!!.." Nasib menyebelahi Suraya.

Lutfi cepat-cepat menarik tubuh suraya jauh-jauh dari kereta yang sudah hangus di jilat api.

KEDEBUK

kepala Suraya terhempas kuat di lantai.

"Cik Suraya!!" Syed sempat selamatkan diri dari di boom.

Dia segera mendapatkan Suraya yang sudah terbaring kaku di bawah tubuh Lutfi.

"Ayaa.. bangun Aya.." Pipi Suraya di goncang tapi Suraya tak sedarkan diri kepalanya sudah berdarah akibat terhempas kuat di lantai.

"Cik.. cik Suraya ya allah berdarah.." Syed terduduk kaku dia terus menolak tubuh Lutfi jauh dari situ.

dia segera mendakap tubuh Suraya erat-erat.

"Kau call Tengku sekarang aku nak bawa cik Suraya ke hospital dulu.." Terus tubuh Suraya yang lemah itu di cempung dia di bawa pergi dari situ.

Lutfi kaku dengan kata-kata Syed.

Dia yang selamatkan Suraya kenapa dia di tolak begitu? dia dah cuba selamatkan Suraya dari di boom tapi apa salahnya lagi.

Fhone dikeluarkan dari poket bajunya lalu dia mendail nombor telefon Azhar.

Sesaat.

"Tengku. Aya pengsan sebab kereta di boom." Lutfi jatuh terjelepuk di atas lantai.

"Sial.." Terdampar kelima-lima mayat disitu.

Darah mereka memenuhi di kedua-dua tangan dan baju kemeja putih dia..

Seorang musuh cuba bangun dengan sekali libas pisau di tangan Azhar melekat di wajah lelaki itu dengan dalam sekali.

Azhar terduduk dia harus mematahkan janji dia dengan Suraya.

Dia mesti balas dendam atas apa yang terjadi hari ini..

Azhar masuk ke dalam rumah baju kemeja putih di buang kasar di sofa dia berlari laju naik ke bilik yang penuh dengan pekakas hospital.

Pintu di buka kasar, Suraya sudah terbaring kaku di atas katil pesakit.

"Tengku.." Syed dan Lutfi menunduk kepala tanda hormat.

"Anak aku!!! Arghhhhh tak guna sial.. macam mana kau jaga anak aku huh macam mana dia boleh terluka macam ni jawab!!!!!" Pisau di dalam laci terus dibawa keluar.

dia mendekati Syed dan Lutfi disitu.

"Aku cuba selamatkan cik Suraya tapi aku.." Lutfi terduduk di lantai..

"Aku tak tahu yang kereta kita sudah di pasang boom pemasa maafkan aku Tengku.." Syed juga terduduk dia bersalah dalam hal ni.

"Lepas ni aku nak kau orang cari orang seramai orang yang boleh aku nak buat team aku lagi.." Azhar membuang pisau di dinding dia berjalan mendekati Suraya.

Lutfi dan Syed kedua-duanya memandang serentak pada wajah masing-masing.

"Maksud Tengku..?" Lutfi memandang belakang tubuh Azhar agak lama.

"Aku nak serang diorang balik! And aku tahu siapa puak-puak sial tu.." Tubuh Suraya di mengiringkan langsung dia mencuci luka itu perlahan-lahan.

Syed meneguk airliur.

"Ni demi keselamatan anak aku!! Aku takkan biar benda ni berulang lagi kau tahu kelima-lima orang tadi sudah jadi mayat di tangan aku..?"

"Dan organ-organ mereka sudah ku ambil.." Azhar tersenyum sendiri.

Lutfi tersentak sendiri.

"Di mana organ mereka Tengku?" Lutfi dan Syed sudah berdiri.

"Dalam bonet kereta. Esok aku nak bawa organ-organ tu ke hospital.." Terang Azhar lagi kali ini dia agak mabuk dengan darah dia mulai suka dengan bauan darah.

"Aku ambilkan dan letak dalam frozen dulu biar tak busuk ya Tengku.." Syed terus keluar dari bilik itu dengan sedikit curiga dengan Azhar.

"Hmm.." Azhar hanya mengangguk.


Tiba-tiba Azhar berpaling pada Lutfi. Dia menggenggam tangan dengan kuat naik nadi hijau di pengelangan tangannya.

"Kau tahu siapa musibat yang nak celakakan naka aku tu."

"Tidak Tengku." Lutfi menggeleng kepala.

"Kau cuba sorokkan sesuatu dari aku ke sekarang ni Lutfi Adrian..?" Pisau tadi di ambil
dia berjalan kearah Lutfi dengan tenang.

"Aku tak tahu apa-apa tentang hal ni Tengku, aku cuma jalankan tanggungjawab yang kau bagi. Itu saja." Lutfi tertunduk wajah.

Azhar menepuk bahu Lutfi dengan kuat sekali lalu dia mengenggam bahu lelaki itu dengan kejam naik rahang pipi Azhar.

"Maya." Azhar menyebut nama itu satu persatu.

"Tak mungkin Tengku.." Besar mata Lutfi melihat wajah Azhar.

"Mungkin. Kau tak siasat siapa perempuan tu..? Oh lupa kau kan dah tergila gilakan si Maya tu."

"Hm mana nak ingat tentang kerja kau lagi, Bukan.." Bahu Lutfi di tumbuk kuat hingga terdorong tubuh Lutfi ke dinding.

"Aaa.. aku minta maaf sebab aku lalai jagakan cik Suraya.." Lutfi menunduk kepala.

"Sebab tu aku tak harapkan kau jagakan anak aku sejak kau jinak dengan perempuan tu.."

"Tak apalah benda dah jadi apa boleh buat lagi, bukan." Azhar membuang pisau itu ke bawah meja.

Lutfi memegang bahunya yang sudah sakit dia betul-betul lalai dengan dunia percintaan dia dengan Maya.

Rupanya Maya pergunakan dia untuk balas dendam.

Okay sudah ya untuk malam ni jumpa esok tata..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience