Mata Syed Haq terasa tersangat berat dan menunggu masa sahaja untuk tertutup.
Latihan matematik yang sedang dilakukannya seperti tidak mampu untuk dia teruskan. Rasa mengantuk telah menguasai diri dia.
"Ya Allah, mengantuknya" katanya perlahan.
Dia melihat Raihana di sebelah sudah tewas. Seperti biasa Raihana lena diulit mimpi sambil kepalanya di atas meja.
Muka Raihana dihalakan ke arah bertentangan dengan Haq.
Haq juga mengambil keputusan untuk melelapkan matanya buat seketika. Dia sudah tidak sanggup untuk menahan mengantuk.
Lalu dia meletakkan kepalanya di atas meja dan mukanya dihalakan ke arah yang sama seperti Raihana.
Selama 20 minit Haq tidur, dia dikejutkan dengan suara pelajar lelaki yang lain ketawa beramai-ramai.
Dalam hatinya menyumpah nyumpah mereka kerana ketawa secara kuat sehingga mengejutkan dia.
Haq membuka kelopak matanya sedikit. Saat matanya terbuka sikit, jantungnya seperti berhenti berdegup.
Dia merasakan seperti tubuhnya kejang buat sementara waktu.
Matanya tertumpu kepada wajah Raihana yang masih lagi sedang tidur menghadap ke arahnya.
Nampaknya semasa Haq sedang tidur, Raihana menukar posisi tidurnya dan menghadap ke arah Haq.
Haq tidak pernah rasakan jantungnya berdegup laju seperti waktu itu melainkan dia sedang takut ataupun baru habis berlari.
Entah mengapa dia melihat Raihana lain ketika itu. Wajahnya lebih manis ketika dia sedang tidur berbanding semasa dia berjaga.
"Kau ni sebenarnya cantik je. Cuma baran tak tentu pasal" bisik hati Haq sambil matanya tidak lepas daripada melihat Raihana.
Untuk pertama kalinya, Haq berharap masa dapat dihentikan untuk seketika.
ā¢
"Eh, Pepero lah. Kau punya ke?" tanya Haq yang baru sahaja masuk kelas selepas menghantar buku ke bilik guru.
Dia melihat di atas meja Raihana ada sekotak Pepero yang kotaknya berwarna jingga.
Baginya, Pepero jenis itu agak sukar ditemui kerana yang selalu terjual di pasar raya adalah Pepero yang kotaknya berwarna hijau.
"Ya, aku punya. Dah atas meja aku kan? Tak kan cikgu punya pulak" jawab Raihana yang sedang mengemas mejanya untuk bersedia bagi subjek seterusnya.
Haq tidak menghiraukan sindiran Raihana itu kerana dia sudah lali mendengarnya sejak daripada hari pertama dia duduk di situ lagi.
Jadi dia menganggap sindiran daripada Raihana itu hanyalah sekadar kata-kata kosong sahaja.
"Mana kau dapat? Pagi tadi tak ada pun atas meja kau" tanya Haq. Dia melabuhkan punggung di atas kerusinya.
"Wan bagi" jawab Raihana, ringkas tanpa memandang Haq.
Mata Haq terbeliak saat mendengar nama Syazwan. Apatah lagi dia lah yang memberi Raihana Pepero itu. Tanpa berfikir panjang, Haq terus mencapai kotak Pepero itu dengan rasa yang tidak bersalah.
"Woi! Kau apahal? Itu aku punya lah" Raihana cuba untuk merampas kotak Pepero itu dari tangan Haq tetapi tidak berjaya kerana Haq pandai mengelak.
"Aku sebenarnya dah lama teringin nak makan Pepero yang jenis ni. Dah alang-alang kau ada, aku nak rasa lah" kata Haq sambil membuka kotak itu dan mengeluarkan bungkusan yang berisi Pepero.
Dia melihat ke tempat duduk Syazwan untuk menunjukkan tindakannya itu tetapi malangnya Syazwan tiada di dalam kelas ketika itu.
"Kepala hotak kau nak rasa. Beli sendiri lah" Raihana berdiri untuk mengambil semula Pepero miliknya apabila Haq juga turut berdiri.
Di tangannya dia sudah membuka bungkusan yang mengandungi Pepero.
Raihana tidak sempat untuk menyelamatkan Peperonya, Haq sudah terlebih dahulu merasmikannya. Dia sudah makan sebatang Pepero di hadapan Raihana.
Raihana melihat Haq dengan hati yang membara. Jikalau Haq itu adik atau abangnya, sudah lama dia menendang Haq itu.
"Aku cakap elok-elok, kau bagi sekarang" Raihana meminta sekali lagi dengan nada yang keras.
Haq mengeluarkan kesemua batang Pepero dari dalam bungkusan itu dan hanya meninggalkan satu batang sahaja untuk diberikan kepada Raihana.
"Nah, ada lagi sebatang. Kira baik lah aku tinggalkan kau sebatang" Haq menghulurkan bungkusan itu kepada Raihana.
"Hotak kau lah baik. Benda tu aku punya bongok" Raihana merentap bungkusan itu daripada tangan Haq dan duduk semula di kerusinya.
Dia meletakkan bungkusan itu di bawah meja dan dia membuka buku.
Sakit hatinya melayan perangai Haq yang tak semengah itu. Perangai adiknya yang 10 tahun itu lebih matang dari perangai Haq yang sudah 17 tahun.
Rupanya Syazwan sudah nampak apa yang terjadi antara Raihana dan Haq sewaktu dia masuk ke dalam kelas.
Raihana dan Haq tidak perasan Syazwan masuk kerana mereka duduk di belakang sekali.
Semasa Haq ingin keluar dari kelas mengikut pintu belakang, matanya bertembung dengan mata Syazwan yang masih berada di hadapan.
Dia hanya menjeling Syazwan dan kemudian melangkah keluar dari kelas.
Dia tidak faham mengapa dan apa tujuannya dia berbuat kepada Raihana sebegitu tetapi apa yang dia tahu dia tidak suka apabila Syazwan memberi apa-apa kepada Raihana.
ā¢
"Belanja prabayar ni pelarasan. Dia dalam kumpulan aset semasa jadi bila aset dia duduk dekat debit. Kan aku ada cakap pasal BAHEL tu. B tu belanja, A tu aset. Dua tu duduk dekat debit. H tu hasil, E tu ekuiti pemilik and L tu liabiliti. Tiga tu duduk dekat kredit. Faham?"
Raihana memandang Haq selepas dia selesai menerangkan tentang sesuatu yang Haq tidak berapa faham.
Selepas sehari mereka tidak bercakap sesama sendiri kerana Raihana memilih untuk memulau Haq dek kerana masalah Pepero tempoh hari, mereka berdua sudah berada dalam keadaan yang seperti biasa.
Itu pun kerana Haq beria-ria meminta maaf atas kesalahannya dan berjanji tidak akan melakukan seperti itu sekali lagi.
Haq hanya mengangguk perlahan kepalanya kerana dia masih lagi samar-samar dengan penjelasan Raihana. Dia amat lemah dengan pelarasan.
Tiba-tiba tanpa diundang, Syazwan yang entah dari mana datang ke arah Raihana.
"Hana, aku nak tanya kau soalan-" tanya Syazwan. Dia sempat melihat Haq secara sekilas sebelum memandang Raihana.
Haq merenung tajam ke arah Syazwan kerana sesuka hati ke meja mereka walaupun hakikatnya sesiapa sahaja boleh datang ke meja mereka.
"Dah tak ada manusia lain ke da lam kelas ni kau nak tanya sampai manusia yang duduk belakang kelas ni yang kau cari?" Haq menyampuk kata-kata Syazwan dengan nada yang sedikit menyampah.
Dia tidak cuba untuk menyembunyikan rasa tidak senangnya dengan kehadiran Syazwan.
Pandangan Haq dialihkan ke arah buku di atas mejanya. Raihana yang mendengar kata-kata Haq memandang Haq dengan mata yang terbuntang luas.
Dia tidak percaya Haq mengeluarkan kata-kata seperti itu.
"Apa kena dengan mamat tak betul ni?" bisik hati Raihana.
Dia tidak menghiraukan Haq sebaliknya memandang Syazwan semula.
"Wan, kau nak tanya apa tadi? Tak apa, abaikan makhluk ni. Otak dia tak betul sikit hari ni" Raihana cuba untuk menenangkan situasi itu.
Syazwan memandang Haq dengan lama sebelum dia membalas kata-kata Raihana.
"Tak apa lah Hana. Aku tanya kau lain kali je lah. Nampak macam ada orang tak puas hati dengan aku. Entah apa masalah dia" Syazwan memandang Raihana dan kemudian berlalu pergi menuju semula ke tempat duduknya.
Selepas melihat Syazwan meninggalkan mereka, Raihana terus menoleh ke arah Haq yang wajahnya seperti tiada apa.
"Haq, kau dah gila ke cakap macam tu dekat Wan? Dia datang tanya elok-elok kan? Eee! Kau ni!" Raihana mengetap kuat giginya.
"I just say what i want to say. Is that a problem to you?" kata Haq sambil tersenyum.
"Cakap omputih lagi! Kan aku cakap aku tak suka!" Raihana menepuk mejanya. Panas hatinya mendengar Haq bercakap dengan tenang.
"Habis tu, aku pun tak suka bila kau cakap dengan Syazwan!" Haq memandang tepat ke wajah Raihana.
"Kau kenapa?! Suka hati aku lah nak bercakap dengan Syazwan ke, Affiq ke, pak guard ke, mak cik kantin ke, Cikgu Mustakim ke. Ini hidup aku" kata Raihana sambil menjegilkan matanya.
Haq mendiamkan diri dan menarik dalam nafasnya.
"You know what, just forget it. I'll not stop from speaking in English if you not stop talking to Syazwan" Haq melihat semula ke bukunya dan membiarkan Raihana.
Turun naik nafas Raihana kerana menahan geram. Sehari kalau Haq tidak mencari pasal dengan dia memang tidak sah!
"Shibal" kata Raihana perlahan.
Haq memandang ke arah Raihana sedikit.
"Aku faham apa maksud perkataan tu, Raihana"
Mendengar kata-kata Haq membuatkan Raihana terkejut memandangnya.
terima kasih sebab sudi baca dan maaf atas kekurangan.
Share this novel