Bab 8

Fantasy Completed 7320

Syed Haq tergesa-gesa menghabiskan menulis ayat terakhir karangan bahasa Melayunya sebelum dia bangun dari kerusi dan terus menuju ke arah meja guru untuk meminta izin ke tandas.

"Cikgu, izinkan saya pergi ke tandas?" minta Haq.

Cikgu Kamila hanya mengangguk kepala dan Haq terus keluar daripada kelas.

Memikirkan apa pula yang orang akan kata jika melihat dia berlari tidak tentu pasal, Haq terpaksa berpura-pura berjalan dengan tenang menuju ke tandas walaupun sebenarnya dia sudah tidak tahan untuk melepaskan hajat.

Sampai sahaja di hadapan pintu tandas lelaki, Haq terus masuk ke dalam tandas tanpa menoleh ke kanan atau kiri.

Selepas 10 minit, Haq keluar dari tandas dengan wajah yang lega. Nasib baik jarak antara kelasnya dengan tandas tidaklah terlalu jauh.

Jikalau jauh, dia tidak tahu apa yang akan terjadi.

Ketika Haq sedang berjalan untuk pulang semula ke kelas, dia ditegur oleh satu suara milik pelajar perempuan.

"Syed Haq" panggil pelajar perempuan itu dari belakangnya.

Haq pantas berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggilnya.

Di hadapannya ada seorang pelajar perempuan yang pada pandangan Haq mungkin berumur sama dengannya.

Ya, Haq tidak kenal pelajar tersebut.

"Ya?" jawab Haq sambil melihat pelajar perempuan tersebut yang seperti malu-malu melihat Haq.

"Saya Sharifah Aliya. Saya dari kelas 5 Lestari. Sebenarnya sejak daripada hari pertama saya nampak aku dekat sini, saya rasa saya suka awak. But we can be friends first to know each other. Itupun kalau awak sudi"

Pengakuan tiba-tiba pelajar yang bernama Sharifah Aliya itu membekukan Haq di situ.

"Hah sudah. Apa aku nak buat ni" bisik hati Haq.

Lidahnya kelu buat sementara waktu. Bukan dia tidak pernah mengalami situasi yang seseorang meluahkan perasaan terhadapnya tetapi kebanyakan daripadanya adalah melalui dalam talian.

Tidak pernah lagi ada orang meluahkan perasaan kepadanya secara berhadapan begini.

Haq melihat Sharifah Aliya itu. Orangnya cantik dan menarik. Wajahnya yang putih bersih membuat dirinya kelihatan menawan.

Senang cerita, sejuk mata memandang lah. Tambahan pula perempuan itu berketurunan Syed dan Sharifah seperti dirinya. Orang kata, sekufu.

Dan ya! Sharifah Aliya itu juga bercakap dalam bahasa Inggeris seperti dirinya. Seseorang yang boleh dikatakan sesuai dengan dia.

Tetapi entah mengapa hatinya tidak langsung tertarik dengan semua itu. Dia tidak hiraukan tentang rupa parasnya, keturunannya dan cara percakapannya.

Di matanya Sharifah Aliya itu hanyalah sekadar perempuan biasa.

Haq melegakan tekaknya.

"Erm, Sharifah Aliya? Aku mintak maaf sebab terpaksa tolak pelawaan kau untuk berkawan. Bukan sebab kau tak cantik, kau cantik cuma kau macam terlalu sopan dan berbudi bahasa. Dan cara kau cakap pun tak macam orang yang nak bergaduh. So, i'm sorry again. Maybe there is someone else who deserve you. I gotta go" kata Haq dengan berhati-hati dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Sharifah Aliya yang terpinga-pinga mendengar alasan Haq yang baginya sangat tidak masuk akal.

"Sopan sangat? Tak macam nak bergaduh? Dia nak cari girlfriend ke nak cari musuh? Kalau nak reject sangat, tak payah lah bagi alasan yang tak munasabah. Nonsense!" Sharifah Aliya berjalan ke arah yang bertentangan dengan laluan yang dilalui oleh Haq untuk menuju ke kelasnya.

Mulutnya masih terkumat-kamit membebel kerana tidak puas hati dengan perangai Haq.

"Harap muka je handsome tapi otak gila" katanya lagi.

Tapi kebenaran yang Sharifah Aliya tidak tahu adalah Syed Haq benar-benar memaksudkan apa yang dia katakan sebentar tadi.

Apa yang Sharifah Aliya anggap sebagai alasan itu bukanlah alasan semata-mata. Itu sebenarnya ialah ciri-ciri seorang perempuan yang Haq kenali.

•

"Cikgu Hidayah tak datang" kata Affiq sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas.

Kedengaran beberapa suara yang bersorak gembira kerana dapat membuat kerja sendiri selama satu jam.

Raihana pula mengambil kesempatan itu untuk membaca semula tajuk Sejarah yang dia belajar semasa kelas sebelum ini untuk lebih memahaminya.

Peperiksaan pertengahan tahun sudah tidak lama lagi. Dia perlu mengekalkan kedudukan sebagai top 3 terbaik dalam kelas.

Jiwanya berkobar-kobar untuk memintas Zahra dalam peperiksaan yang akan datang ini. Ini kerana Zahra mendapat tempat kedua semasa ujian diagnostik tempoh hari sementara dia mendapat tempat ketiga.

Tambah pula dengan senario Zahra menuduhnya mencuri duit kelas. Dia masih tidak meminta maaf kepada Raihana kerana tersilap tuduh.

Itu yang membuatkan Raihana ingin mendahuluinya.

Raihana membaca tajuk Bab 4 tentang Sistem Persekutuan dengan teliti. Selepas dia memahami dengan baik, dia akan menulis nota ringkas untuk bacaannya di kemudian hari.

Pada awalnya semuanya berjalan lancar tetapi ia tidak bertahan untuk 30 minit selepas itu.

Telinganya disakitkan dengan nyanyian Haq yang agak sumbang di sebelahnya.

Dia tidak menghiraukan Haq bernyanyi pada mulanya tetapi lama-kelamaan dia menjadi rimas.

Sudahlah tajuk yang sedang dibacanya memerlukan pemahaman yang mendalam.

"Tiada bintang kan bersinar, tiada lagi bumi berputar jika ku tak bersamamu. Semuanya kan runtuh" Haq menikmati waktunya dengan mendengar lagu menggunakan 'earphone' sehingga tidak sedar suaranya mengganggu Raihana.

Raihana menarik nafas dalam-dalam.

"Sabar Raihana. Sabar. Anak orang tu" kata Raihana perlahan.

Dia menarik sebelah tali 'earphone' yang menutup telinga Haq. Haq yang terkejut dengan tindakan Raihana itu memandangnya.

"Dah kenapa?" tanya Haq.

"Suara kau tu menyakitkan telinga aku. Kalau sedap tak apa jugak. Dah lah sumbang lepastu asyik ulang je rangkap sama berulang kali. Aku nak baca buku la, Haq. Kau diam boleh tak?" kata Raihana dengan nada yang tegas, menunjukkan dia tidak main-main.

Haq memandang Raihana dengan wajah yang menurut Raihana seperti meminta untuk dilempang.

"I don't care" balas Haq dengan bersahaja dan memasukkan semula 'earphone' ke telinganya tanpa menghiraukan wajah Raihana yang seperti ingin membunuhnya.

Raihana sengaja menutup buku teks Sejarahnya dengan kuat dan juga buku notanya.

Dia mengemas buku teks, buku nota dan bekas pensil nya lalu bangun dari kerusi.

Haq yang melihat Raihana bangun bersama dengan buku memandang ke arah Raihana.

"Kau nak pergi mana?" tanya Haq.

"Nak duduk sebelah Wan. Sebelah dia kan kosong tak ada orang. Wan jenis yang faham bahasa, bukan macam kau" kata Raihana dan berura-ura untuk ke tempat Syazwan.

Belum pun Raihana sempat bergerak, Haq menarik buku yang dipegang oleh Raihana dan diletakkan di atas meja.

"Tak payah!" Suara Haq mengejutkan beberapa orang yang ada di situ tetapi Haq tidak kisah.

"Duduk je sini. Aku tak bising, aku tak menyanyi, aku tak bercakap, aku tak kacau kau. Buat kerja dekat sini" Haq mengambil pula bekas pensil yang Raihana pegang dan diletakkan di atas buku.

Haq melihat semula ke telefon pintarnya dan mendiamkan diri seperti yang dijanjikan.

Raihana hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai Haq yang seperti budak-budak itu.

Disebabkan Haq sudah diam, Raihana kembali duduk semula di kerusinya dan menyambung membaca buku dan membuat nota sehinggalah guru subjek seterusnya masuk ke dalam kelas.

terima kasih kerana sudi membaca dan maaf atas kekurangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience