BAB 22

Romance Completed 11774

Batrisya asyik masyuk melihat susuk tubuh seorang wanita yang berjubah hitam serta memakai purdah itu. Entah kenapa, dia membayangkan yang wanita itu teramat cantik. Ketika hendak mengambil wuduk, wanita itu mula menanggalkan purdahnya. Dan apabila purdahnya dibuka, dia mula tercengang sendiri!

“Dhia….” Panggilan satu suara itu membuatkan Ainul Mardhiah sedikit terkaku. Takut-takut rasanya hendak berpaling.

“Dhia kan…” Batrisya mula melangkah merapat. Dibawa tangannya di pipi milik Ainul Mardhiah. Terus diheret Ainul ke dalam pelukan erat! Akhirnya, kedua-duanya bertukar tangis. Rita yang melihat, hanya tercengang sendiri.

“Kita solat dulu ya…” Ujar Ainul Mardhiah. Sungguh, dia teramat merindui Batrisya. Batrisya pula kagum dengan perubahan Ainul Mardhiah! Wanita itu telah melindungi kecantikkannya daripada lelaki lain! Ya Allah… hebat sungguh wanita yang bernama Ainul Mardhiah ini. Patutlah sukar dicari jejaknya, rupa-rupanya wanita itu telah berpurdah!

Ainul Mardhiah bukan sahaja menunaikan solat zohor malah dia ikut turut menunaikan sujud syukur. Bersyukur kerana Allah mendekatkan jodoh pertemuan mereka. Mereka bertemu di rumah Allah! Besar sungguh keagungan Allah..

Baru sahaja dia ingin mendekati Batrisya namun dia mula menghentikan langkah apabila melihat Batrisya sedang bercakap menggunakan telefon bimbit. Entah kenapa, dia terkenangkan Qaireen. Pasti lelaki itu yang ditelefon oleh Batrisya. Bukankah mereka sudah menjadi pasangan suami isteri?

Lantas dia mula menapak pergi. “Kak Umi… tak mahu jumpa kawan akak dulu ke?” Tanya Rita meminta kepastian apabila Ainul Mardhiah terus mengajak mereka ke kereta. ‘Bukankah Kak Umi terlalu gembira apabila berjumpa dengan sahabatnya tadi? Kenapa sekarang, kak Umiseperti hendak melarikan diri pula?’

“Tak apalah…. kita nak cepat ni..” Tergesa-gesa Ainul Mardhiah keluar dari masjid. Dia tidak bersedia untuk berjumpa dengan Qaireen. Dia tidak mahu cemburu melihat kemesraan mereka nanti kerana hakikatnya, cintanya pada Qaireen masih bersisa. Malah tidak terluak sedikit pun.

Namun apabila dia keluar sahaja dari pintu masjid untuk mendapatkan keretanya, kakinya terkaku apabila melihat Qaireen yang sedang berjalan menghampirinya. Lelaki itu melangkah penuh karisma. Ya… bekas suaminya itu masih kacak seperti dahulu. Tak ada apa yang berubah sekalipun. ‘Pasti Sya menjaganya lebih baik daripada aku menjaganya!’

Kemudian matanya terpandangkan pada si kecil yang sedang dipimpin oleh Qaireen. Kanak-kanak lelaki itu sungguh comel. Wajahnya persis Batrisya! Sekurang-kurangnya dia tahu Batrisya mampu memberikan kebahagian kepada Qaireen. Batrisya mampu untuk memberikan zurita kepada Qaireen.

Apabil langkah kaki Qaireen mula mendekat menghampiri mereka, terus Ainul Mardhiah memalingkan wajah. Mana mungkin Qaireen dapat mengenalinya kerana dia sudah menutup wajahnya dengan menggunakan purdah! Semenjak mereka berpisah, Ainul Mardhiah mengajar diri untuk menyimpan segala pinjaman Allah ini! Biarlah wajahnya ini disimpan daripada pandangan lelaki-lelaki di luar sana. Tidak kiralah kecantikan mahupun sifat tercelanya, biarlah hanya pernah menjadi milik Qaireen sahaja. Dia tidak pernah terfikir hendak berkahwin lagi.

“Cik…” Panggilan Qaireen itu membuatkan darah Ainul Mardhiah berderu-deru. Rita mula berpaling apabila melihat Kak Umi hanya terkaku sendiri.

“Ya bang… kenapa?”

“Errr…. ada barang tercicir ni..” Rita menyambut huluran beg plastik itu. Tanpa terus menunggu, terus Ainul Mardhiah berjalan menghampiri kereta. Tidak betah lagi berlama-lama. Aura Qaireen cukup kuat untuk merantai hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience