BAB 1

Romance Completed 11774

Ainul Mardhiah menghempaskan pintu pejabatnya sekuat hati. Bengang pastinya dengan lelaki itu. Suka mendatangkan kemarahannya!

“Kau ingat kau bagus sangat ke hah?” Jeritnya bengang. Habis segala dokumen yang berada di atas meja ditepis. Hingga berkecai segalanya. Mejanya tidak ubah seperti kapal pecah yang diterbalikkan dek tsunami.

“Cik Dhia…” Batrisya yang mendengar kekecohan dari luar terus menerpa masuk tanpa kebenaran. Tidak betah membiarkan Ainul Mardhiah terus mengamuk.

“Bawa istighfar Cik Dhia…” Pujuk Batrisya lembut.

“Senyaplah! Kau pun sama dengan mamat tu kan? Bersekongkol dan kenakan aku!” Bila hati diamuk marah, senang benar mulut menghambur bicara. Pertimbangan sudah hilang dimamah nafsu amarah.

“Cik Dhia, saya rasa Encik Qaireen tak memaknakan kata-kata dia.” Pujuk Batrisya lagi. Satu ketika dahulu, dia merasa lega bila mengetahui yang dia akan menjadi setiausaha untuk seorang bos perempuan.

Namun kelegaan itu hilang apabila setiap hari diherdik dan sering dihambur oleh Ainul Mardhiah. Sikap dan perwatakannya tidak seiring dengan nama yang dipikul. Jauh umpama planet marikh dan pluto. Aish…

“Ah, tak ada maknanya!” Tempik bos Batrisya itu lagi. Ainul Mardiah masih lagi disengat rasa marah.

Dia mengeluh kasar. Nafasnya kuat menahan sabar. Hatinya sudah lama dipalit dendam. Tunggu mencari masa untuk dihamburkan sahaja kepada tuan empunya badan.

‘Kau tunggulah.. kau akan dapat malu.. sama macam yang kau buat pada aku..’ Itulah matlamat hatinya kini. Dia tidak akan beralah. Dia akan plan habis-habis untuk mengenakan Qaireen.

“Cik Dhia tengah marah sekarang.. Lebih baik Cik Dhia duduk.. Bila kita duduk, kemarahan tu akan beransur surut.” Nasihat Batrisya tidak jemu.

Dia memang sering dikenali dengan perangai sifat sabarnya. Jika diherdik dan ditengking seteruk mana sekalipun oleh Ainul Mardhiah, dia masih lagi boleh menghadiahkan sebuah senyuman.

Bukan senyuman hambar, tapi senyuman yang sangat manis. Air gula pun mungkin boleh kalah.

Pekara ini memang ditabik oleh semua staf Mega Holdings. Ramai orang yang berhenti kerja kerana melayan sikap dan karenah Ainul Mardhiah yang berbagai itu. Namun Batrisya masih setia tidak berganjak.

“Stop! Kau boleh keluar. Aku tak perlukan nasihat dari orang macam kau. Aku akui aku bukan manusia yang baik, tapi seteruk-teruk aku, aku tak pernah jatuhkan maruah orang lain.” Kata-kata ini pastilah dituju kepada Qaireen.

Namun Ainul Mardhiah mungkin terlupa. Qaireen tidak berada di samping mereka sekarang. Yang ada hanyalah Batrisya.

Tiba-tiba ingatannya tergarit kembali. Mengingati peristiwa yang menaikkan darahnya. Huh, pagi-pagi dah cari pasal.

“Sampai bila kau nak suruh aku tanggung dosa hah? Kau tak reti nak berubah ke Dhia?” Ainul Mardhiah yang baru mencapai gelas di pantri, terus berpaling ke arah suara sumbang itu.

“Apa masalah kau lagi ni? Kalau kau tak cari pasal tak boleh ke hah?” Balas Ainul Mardhiah tidak berpuas hati. Batrisya yang baru masuk itu mula terpinga-pinga sambil silih berganti memandang keduanya.

“Masalahnya sekarang ialah kau! Kau tahu tak, bila aku tengok aurat milik kau, aku pun akan menangung dosa sekali. Elok-elok aku boleh masuk Syurga, tak pasal-pasal kau pulak heret aku sama ke neraka. Kalau nak masuk neraka, masuk sorang-sorang sudahlah!”

Batrisya mula mengaru kepala yang tiba-tiba terasa gatal. Kalau dua makhluk ini sudah ketemu. Pasti puting beliung akan berlaku. Pantang jumpa. Pantang berselisih. Pantang salah. Pantang bersalin je bukan…. Aish…

“Eh, aurat aku, suka hati akulah nak tunjuk ke atau nak tutup.. Aku tak suruh pun kau tengok, kalau aku ada, kau tutup jelah mata kau tu. Tapi lainlah kalau kau memang nak tengok kan..” Sinis kata-kata Ainul Mardhiah.

Qaireen sudah mula menghentak meja. Terpecik minuman yang keluar dari cawannya. Batrisya mengurut dada. Mujur sahaja tidak pecah.

“Eh, aku lebih rela dibutakan oleh Allah.. Itu lebih baik dari pandang orang macam kau.” Jari telunjuknya dihalakan pada Ainul Mardhiah.

Batrisya sudah kelu sendiri. Bagaimana hendak melunturkan kemarahan keduanya yang sedang membara itu. Baginya, cara Qaireen agak keras jika hendak menegur bosnya yang sudah sedia keras.

Dia bukan ingin memenangkan cara Ainul Mardhiah berpakaian. Itu bukan bermakna dia bersetuju dengan cara pemakaian Ainul Mardhiah yang seksi itu. Tapi jika hendak menegur pun, ada adab-adab tertentu juga. Tak bolehlah main taram je.

Sedangkan nabi pun menggunakan kaedah lemah lembut apabila berhadapan dengan kaum yahudi. Jadilah semua itu sebagai tauladan dan perkara yang baik itu perlulah kita ikuti.

“Err..” Dia ingin menyampuk, tapi tiba-tiba Ainul Mardhiah menyerang.

“Eh, kau ingat kau bagus sangat ke hah?” Ditolak bahu Qaireen kasar. Qaireen memandang dengan mata yang mencerlung.

Walaupun mungkin beralas, dia tetap tidak suka. Malah naik menyampah dengan karenah Ainul Mardhiah. Semudah rasa menyetuh bahunya.

“Jangan kau berani sentuh aku. Kau bukan muhrim aku. Dan sampai bila-bila pun, kau bukan muhrim aku! Jijik aku dengan kau ni.” Keras amaran dari Qaireen.

Ainul Mardhiah sudah tersengih sumbing. Dia terlalu teringin menguji keimanan milik Qaireen. Hebat sangatkah? Tebal sangatkah?

“Kalau aku nak sentuh jugak, kau nak buat apa?” Terus ditarik tangan Qaireen. Dia pun tidak teringin memegangnya, namun kerana melayan dek rasa hati, dia melakukan sesuatu yang memang dilarang oleh Islam. Pantas Qaireen menepis.

“Kurang ajar!” Tanpa berfikir panjang, terus dilempang wajah Ainul Mardhiah.

“Jangan kau berani sentuh tangan aku. Perempuan macam kau tak akan layak untuk menyentuh aku. Dasar SUNDAL!!!” Qaireen menjerit. Ainul Mardhiah terkaku. Manakala Batrisya terpana.

Ruang pantri mereka ini sudah pun dipenuhi dengan staf-staf Mega Holdings. Semuanya sudah mula memuntahkan gosip. Seminggu pun gosip ni tak habis lagi.

“Seumur hidup aku, tak pernah ada orang pun yang berani lempang aku atau hina aku macam ni sekali!” Jangan harap dia akan mendiamkan diri.

“Sebab tak ada orang ajarlah, kau jadi kurang ajar macam ni. Orang macam kau ni….” Qaireen terpaku seketika apabila melihat Haji Azlan sedang ralit memandangnya tajam.

Batrisya pun ikut turut menghalakan pandangan ke arah pandangan Qaireen. ‘Mak, bila pulak Haji Azlan dah berdiri sebelah aku ni?’ Entah kenapa, Batrisya pula yang gelabah.

Tanpa menunggu lama, terus Ainul Mardhiah angkat kaki. Nanti tak pasal-pasal dileteri oleh papanya pula. ‘Malang sungguh nasib. Ada bapak pun, sibuk duk bela orang luar.’

Itulah perkara yang paling dia menyampah sekali dengan papanya. Sudah acap kali dia menyuruh papanya memberhentikan Qaireen dari terus bekerja di situ. Namun sikit pun papanya tidak peduli.

“Dia tu arkitek terbaik… Tak kan papa nak lepaskan seseorang yang boleh menguntungkan papa..” Kata-kata itu masih terngiang di pendengarannya.

“Kau tengoklah.. bila aku dah jadi peganti papa nanti, kau orang pertama yang aku halau dari syarikat ni..” Kata-kata itu penuh bernada dendam.

“Cik Dhia cakap apa tadi?” Sapaan Batrisya itu menyedarkan Ainul Mardhiah dari angan yang panjang. Baru dia tersedar yang dia sudah berada di dalam pejabatnya sendiri. Pejabat yang bagai diserang garuda.

“Kan aku suruh kau keluar?” Dia bertambah menyampah melihat Batrisya. Entahlah kenapa? Mungkin kerana gadis itu terlalu tenang.

“Kejap je lagi… Saya nak kemas bilik Cik Dhia dulu.. Err.. Cik Dhia, meeting petang ni tetap proceed macam biasa kan?” Dulu dia memang takut. Jika Ainul Mardhiah mengamuk sahaja. Perutnya yang mula terasa ngilu. Rasa macam tak cukup tanah nak lari.

Namun kini, dia sudah faham dengan perangai Ainul Mardhiah. Keras di luarannya. Namun sifat sensitifnya masih ada. Masih ada kebaikan gadis itu kepadanya. Kita haruslah berfikir secara positif. Kalau fikir negatif, negatiflah jadinya.

“Kalau budak BERDEBAH tu ada, saya tak nak masuk.” Ayat berdebah itu ditekan dengan kuat. Tanda betul-betul tidak ingin.

“Oh, Encik Qaireen tak ada. Dia pergi melawat site.” Mujur sahaja memang kebetulan Qaireen perlu melawat tapak projek. Jika tidak, pejabat ini dilanda puting beliung lagilah.

Kalau genap setahun dia bekerja nanti, tak pelik kalau dirinya mula diserang penyakit jantung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience