BAB 4

Romance Completed 11774

Sedang Batrisya mengemas meja pejabatnya, tiba-tiba Qaireen datang menghampiri. Senyuman manis mengiringi wajahnya tika menyambut ketibaan lelaki itu.

“Awak dah nak balik?”

Qaireen sebenarnya kelu seribu bahasa. Tidak tahu konsep soalan yang bagaimana yang mahu ditanya terhadap Batrisya. Dia terlalu sedar yang Batrisya sentiasa menjaga tata tertibnya. Bimbang jika keterlaluan, akan mengundang rasa tidak selesa dalam diri Batrisya.

“Hmm, belum lagi. Kejap lagi baliklah.” Lembut sahaja nada suara itu. Menampan gegendang Qaireen. Hingga boleh mengilukan hati lelakinya.

“Err.. awak balik dengan siapa?” Sebelum ini, mereka hanya sekadar bertukar senyum sahaja. Jarang hendak bersikap ramah. Namun Qaireen sudah bersedia untuk lebih serius bersama Batrisya.

Gadis yang baik, pasti akan cepat disambar orang. Jadi sebelum mula mengigit jari, sepatutnya dia mula mengambil langkah pertama. Itu tekadnya kini. Lagipula, emaknya sudah mula bising-bising melihat keadaan dirinya yang masih belum berumah tangga.

“Biasanya tumpang officemate. Tapi kebetulan pulak dia outstation. Jadi, balik nak bas atau teksilah kot.” Batrisya tetap menjawab walau dalam keadaan segan yang teramat.

Berdepan dengan Qaireen ini, mampu membuatkan jantungnya berdetik melebihi hadnya. Bimbang jika terus berlama-lama, ada pihak ketiga pula yang menerajui hatinya. Godaan syaitan datang tidak kira masa.

“Kalau awak tak keberatan, awak boleh tumpang saya.” Ajak Qaireen takut-takut sahaja. Bukan senang hendak berinteraksi dengan wanita ini. Sopan santunya tinggi seperti seorang muslimah.

“Eh, tak apalah.. Saya tak nak menyusahkan awak.” Tolak Batrisya lembut.

“Dah nak maghrib ni.. Lebih baik saya tumpangkan awak.. Lagipun, banyak risiko naik mengangkutan awam time macam ni.” Bersungguh Qaireen hendak meyakinkan Batrisya.

“Jangan risau Sya, saya tak akan apa-apakan awak.” Qaireen tersenyum kacak. Cuba melenturkan kerisauan milik sang gadis.

“Saya tak fikir macam tu pun…” Batrisya sudah mula tersenyum-senyum.

“Saya tahu awak fikir pasal saya…” Tiba-tiba Qaireen rasa macam hendak mengusik gadis ini. Terasa janggal jika mereka perlu serius memanjang. Usik mengusik itu perlu untuk mewarnai sebuah perhubungan.

“Errkk….” Muka Batrisya disapa kemerahan. ‘Macam tahu pulak si Qaireen ni? Kenapa dia banyak cakap sangat hari ni? Ya Allah, letakkanlah hatiku di depan duduk yang sebenar…’

“Saya bergurau je.. Hmm, boleh kita gerak sekarang?” Muka Qaireen bersinar dengan harapan.

Ainul Mardhiah yang sedang menyorok di sebalik partition itu mula tersenyum-senyum. ‘Konon macam alim.. Padahal nak menunjuk dengan Batrisya. Sekarang aku dah tahu cara yang terbaik untuk kenakan kau Qai! Walaupun tempias akan terkena pada Sya, aku tak hairan. Yang penting aku boleh tengok kau tewas!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience