BAB 6

Romance Completed 11774

Ainul Mardhiah mula memerhati pada susuk tubuh Batrisya yang sedang menyusun beberapa fail di kabinet di dalm biliknya. ‘Aku kena start sekarang. Makin lewat aku melangkah, makin lambat aku jumpa hasilnya.’

“Err… Sya…” Seru Ainul Mardhiah. Batrisya yang baru sahaja hendak keluar itu mula berpaling. Mencari wajah milik majikannya.

“Ada apa Cik Dhia?” Dalam hati berdoa agar Ainul Mardhiah tidak mengungkit tentang hal semalam. ‘Semalaman aku tak boleh tidur memikirkan hal ini.’

“Duduk dulu.” Tanpa banyak cakap, Batrisya menurut arahan Ainul Mardhiah yang agak serius itu.

“Firstly, saya minta maaf… Saya memang agak melampau semalam. Saya tahu, apa yang saya cakap tu, memang salah…” Riak wajah Batrisya berubah dikala mendengar luahan maaf Ainul Mardhiah itu.

“Alhamdulilah… syukurlah kalau Cik Dhia dah sedar… Tak ada apa yang perlu dimaafkan.. Semua orang pun pernah buat salah kan?” Ainul Mardhiah menyumpah seranah dalam hati. Meluat dengan sikap baik Batrisya itu.

“Err… saya banyak buat salah pada awak dan Qaireen.. Saya nak perbetulkan hubungan kita.. Saya ni hamba yang hina Sya…” Ainul Mardhiah sudah mula memulakan lakonan mantapnya. Ini sahaja cara untuk membalas dendam terhadap Qaireen. Dan nasib Batrisya pun terheret sama. Sebabnya ialah Qaireen menyintai Batrisya.

“Ish… tak baik cakap macam tu Cik Dhia… Allah tu maha pengampun.. Setiap yang berlaku di muka bumi ini walau sebesar zarah sekalipun, pasti ada hikmahnya…” Nasihat itu keluar perlahan dari mulutnya.

“Err… awak boleh tolong saya? Saya dah jauh terpesong dari agama.. Boleh awak ajar saya pasal agama?” Inilah taktiknya. Dia ingin berbuat baik dengan Batrisya dan Qaireen. Selepas itu, dia akan merubah nasib dua orang manusia ini. Bukankah orang selalu cakap, jika hendak menjatuhkan musuh, berbaik-baiklah dengan mereka. Lantaran itu, kita akan berjumpa dengan kelemahannya.

“Saya sendiri merasakan ketempangan diri ketika berjalan Cik Dhia. Tapi itu tak bermakna saya menolak permintaan Cik Dhia tu.. Sebagai khalifah di muka bumi ni, bukankah kita wajib membantu sesama kita. Saya akan tolong semampu yang terdaya Cik Dhia.. Tapi kan, saya ada joint kelas agama setiap hujung minggu. Kalau Cik Dhia tak keberatan, kita boleh pergi sama-sama.” Betapa bersyukurnya dia rasa bila mendengar kata-kata Ainul Mardhiah tadi. Syukur kerana Allah masih mengilhamkan jalan pulang terhadap Ainul Mardhiah.

‘Tak kan sampai kena pergi kelas agama ko? Ni yang aku malas ni…’ Ainul Mardhiah sudah mula ingin membantutkan niatnya.

‘Ni lah peluang kau nak kenal dia… kata nak balas dendam? Kenalah bertekad untuk lakukan apa sahaja?’ Bisik hatinya yang satu. Betul jugak tu.

“Hmm, boleh jugak.. Dekat mana?” Ainul Mardhiah melahirkan rasa teruja. Teruja untuk membalas dendam sebenarnya.

“Dekat masjid berdekatan dengan rumah saya.. Jadi, Cik Dhia nak join ke?” Tanya Batrisya dengan pandangan yang bercahaya.

“Awak ingat saya main-main ke? Okay.. nanti awak bagi alamat rumah awak ya.. Kita pergi sama-sama.” Ainul Mardhiah tersenyum penuh makna. Dendamnya pasti akan terlerai nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience