BAB 19

Romance Completed 11774

Qaireen menapak perlahan ke arah isterinya yang sedang membelakanginya itu. Dia tahu yang Ainul Mardhiah sedang menangis. Demi Allah, sungguh dia terasa bebanannya. Terbeban dengan rasa bersalah yang bukan sedikit.

“Dhia…” Ainul Mardhiah memejamkan matanya rapat-rapat. Pertama kali dalam hidupnya Qaireen memanggilnya dengan nada yang terlalu syahdu.

“Allah dah makbulkan doa abang….” Bukan niatnya untuk memerli suaminya. Tapi itulah hakikatnya. ‘Bukankah abang pernah menyatakan yang abang tidak mahu zuriat abang ditumpangkan di dalam rahim milik Dhia.! Sekarang, Allah dah makbulkan doa abang…. Malah, rahim ini juga telah dirampas olehNya..’

“Dhia…” Sungguh, Qaireen kehilangan kata-kata. Namun tangannya ringan menarik bahu isterinya. Dalam diam, dia mengarahkan agar isterinya itu berkalih memandangnya. Dan apabila melihat mata sembab milik Ainul Mardhiah, dia sudah mengakui kesalahannya!

‘Akulah yang bersalah dalam hal ini! Layakkah aku dimaafkan?’

“Maafkan abang….” Tangan kasarnya jatuh ke pipi milik isterinya. Memang dia berjaya menepis air mata yang tumpah. Namun mampukah dirinya membasuh kelukaan milik Ainul Mardhiah!

Ainul Mardhiah memejamkan matanya rapat-rapat. Hatinya tersentuh mendengar kata ganti nama yang digunakan oleh suaminya itu. Tiada lagi bahasa kasar. Tiada lagi tengkingan lantang. Suara pujukan Qaireen ini dapat membasuh segala kesakitannya. Terasa mudah benar kan? Kerana dia terlalu menyintai Qaireen.. Terlalu….cinta ini hadir selepas lafaz nikah mengikat hubungan mereka. Mungkin inilah cinta kelas pertama yang sering perlu dicari oleh manusia. Cinta sepasang kekasih yang halal di sisi Allah.

“Dhia dah tak ada gunanya pada abang lagi…” Suara Ainul Mardhiah tersekat-sekat. Sebak menahan rasa.

“Ish…. Dhia… Jangan cakap macam tu.. abang yang bersalah dalam hal ini.. Hukuman ini adalah kepada abang! ” Qaireen agak kebingungan. Tidak tahu cara macam mana untuk memujuk isterinya itu.

Ainul Mardhiah menangis. Dia sudah tidak punya apa-apa yang mampu dibanggakan oleh seorang wanita. Apalah gunanya dirnya di sisi suaminya ini. Dia tidak mahu Qaireen menerima dirinya hanya semata-mata kerana bebanan rasa bersalahnya. Ini semua adalah kifarah atas dosa yang pernah dia lakukan pada semua orang! Ainul Mardhiah redha!

“Abang…. tolong Dhia…” Pintanya dengan tersedu-sedu.

“Tolong apa Dhia?”

“Tolong lepaskan Dhia….” Sekali lagi Qaireen terpana! Tidak pasti hendak memberi reaksi bagaimana lagi. Bukankah ini yang dia mahukan selama ini? Menyeksa hati milik Ainul Mardhiah. Namun kenapa hatinya yang lebih terseksa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience