BAB 21

Romance Completed 11774

3 tahun berlalu…..

“Jaga diri….” Itulah ayat keramat yang terakhir yang Qaireen titipkan kepadanya selepas mereka keluar dari bilik perbicaraan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Sudah tiga tahun berlalu. Namun secebis ingatannya masih tidak pernah jemu merindui bekas suaminya. Sejak daripada hari itu, dia memohon keizinan dari Haji Azlan untuk memulakan hidup di tempat lain. Jauh dari masa silam yang perit untuk dikenang. Seluruh sahamnya juga sudah dijual.. Dia tidak lagi menyandang jawatan pengarah syarikat. Sesiapa yang mengantikan dirinya pun, dia sudah tidak ambik peduli.

Hampir tiga tahun juga dia terpisah hubungan dengan Batrisya! Telah diberitahu pada papanya agar merahsiakan tempat tinggalnya. Dia telah pun melepaskan kebahagiaannya di sana semata-mata untuk kebahagian orang di sekelilingnya. Jika mereka masih berhubung, dia bimbang jika Qaireen mula berpatah arang dari menikahi Batrisya!

Lagipula sekarang dia punya kerja baru! Dia menemui kebahagian yang hakiki di tempat ini.

“Umi…” Panggil satu suara.

“Iya sayang..”

“Jomlah makan sama-sama…” Ajak si kecil. Ainul Mardhiah tersenyum lalu beriringan dengan si kecil menuju ke ruang makan. Dengan bantuan dana daripada Haji Azlan, Ainul Mardhiah mula mengusahakan sebuah pusat jagaan anak yatim. Di rumah kebajikan inilah dia menumpang kasih anak-anak yang sudah kematian ibu bapa. Mereka berkongsi segalanya di rumah ini.

Bila berada di sini, dia tidak lagi merasakan ketempangan diri. Tidak merasa kekurangan kerana tidak dapat memilik zuriat sendiri. Di sini, dia punya lebih ramai anak! Semuanya telah dianggap sebagai anak sendiri. Semuanya diberi perhatian sama rata. Inilah hikmah yang Allah sembunyikan daripadanya.

“Kak Umi, esok Rita ada nak beli barang sikit dekat mall… boleh kak Umi teman Rita?” Tanya Rita. Penjaga di rumah anak yatim ini. Rita sudah lama berkhidmat di sini. Membantu meringankan tanggungjawab Ainul Mardhiah. Di rumah kebajikan yang dipanggil Teratak Umi ini, semua orang memanggil Ainul Mardhiah dengan panggilan Umi… Jadi, tidaklah Ainul Mardhiah terkilan untuk menjadi seorang ibu.

“Boleh… budak-budak suruh Mak cik Besah tengokkan.” Ujar Ainul Mardhiah sambil menyuapkan makanan terhadap anak kecil yang ingin menumpang bermanja. Rita tersenyum melihat tingkah Ainul Mardhiah yang sentiasa optimis dalam melayan karenah budak-budak! Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa Kak Umi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience