BAB 23

Romance Completed 11774

“Rita… barang Rita tercicir kat akak ni…” Ainul Mardhiah menyerahkan bungkusan itu kepada Rita.

“Eh, tu bukan Rita punyalah!”

“Habis tu kalau bukan Rita punya, siapa punya barang ni?” Ainul Mardhiah mula terpinga sendiri.

“Abang tadi bagi… dia kata barang kita tercicir.. Rita ingatkan akak punya. Jadi Rita ambillah.. Bukan akak punya ke?” Kata-kata Rita membuatkan otaknya sesak. Lelaki yang memberi barang ini bukan Qaireen ke?

“Bukan…”

“Alamak.. kiranya dan tersalah ambil ke? Hmm, cuba akak tengok apa yang ada dalam sampul tu.. Untung-untung kalau boleh pulang pada tuan punya badan semula ke?” Sejurus kemudian, Rita hilang menuju ke ruang dapur. Meninggalkan dia termanggu sendiri di ruang tamu ini.

Perlahan-lahan dia mengeluarkan barang yang menghuni beg plastik itu. Apabila dibuka kotak tersebut, matanya terbuntang apabila melihat sebentuk cincin yang pernah tersarung di jari manisnya dahulu. Cincin tersebut telah dipulangkan balik kepada Qaireen di hari perceraian mereka dahulu.

Ada air yang bertakung di birai mata! ‘Apa yang berlaku sebenarnya?’ Deringan telefon bimbitnya membuatkan Ainul Mardhiah sedikit tersentak. Dia memandang nombor yang tidak dikenalinya itu.

Perlahan-lahan, disuakan telefon bimbit itu di cuping telinganya.

“Assalamualaikum…..” Tersentak Ainul Mardhiah mendengar suara yang terlalu dia rindu itu. ‘Ya Allah.. aku tidak sanggup merampas suami orang!’

“Waalaikummusalam….” Lambat-lambat dijawab salam yang menyapa.

“Abang ni….” Ainul Mardhiah memejamkan matanya. Cuba memadamkan rasa rindu yang mampir.

“Dhia dah tengok cincin tu?” Tanya Qaireen apabila Ainul Mardhiah tidak memberi sebarang respon.

“Untuk apa semua ni bang… Antara kita, semuanya dah berakhir..” Dia tidak suka jika Qaireen terus memujuk hati dan perasaannya. Cinta itu masih ada tapi jodoh bukan milik mereka. Hatinya bimbang jika rasa hati ini akan terhasut dek ikutan nafsu semata-mata.

“Antara kita tak pernah berakhir Dhia… Cuma waktu yang menghentikannya seketika..”

“Sya perlukan abang… anak abang perlukan abang…” Tegas Ainul Mardhiah melontarkan suara.

“Saya tak perlukan dia….” Pelik kerana suara Qaireen terasa begitu dekat di corong telingannya namun terasa jauh dari telefon bimbintnya. Bulu romanya terasa semacam. Lantas dia menoleh. Terkejut melihat Qaireen yang sedang tekun memandangnya.

“Dhia… jadi isteri abang balik… teman abang sampai bila-bila…” Pohon Qaireen perlahan.

“Dhia wanita yang tak sempurna bang… Lagipun abang dah ada Sya.. Abang tak sayangkan dia ke?”

“Ehem-ehem.. Qai memang sayangkan saya.. tapi suami saya lebih sayangkan saya..?” Kali ini bukan suara Qaireen tetapi suara Batrisya. Ainul Mardhiah mula rasa pening! Bagaimana semua orang boleh berada di rumah kebajikan ini?

“Kalau awak tak kahwin dengan abang? Awak kahwin dengan siapa?” Terpinga-pinga Ainul Mardhiah dibuatnya.

“Sya kahwin dengan I….” Kali ini, Ainul Mardhiah bertambah-tambah terkejut apabila melihat Haiqal memaut mesra bahu Batrisya. Apa yang sudah berlaku ini?

“Macam mana korang boleh….” Muka Ainul Mardhiah jelas terpinga-pinga!

“Panjang ceritanya.. kalau cerita sekarang, memang tak akan habsi. Abang akan terangkan nanti.. tapi dengan syarat, kena kahwin dengan abang dulu!” Yang lain-lain sudah tergelak-gelak menyambut kata-kata Qaireen! Anak di rumah kebajikan ini pun sedang mengintai di pelbagai sudut!

“Tapi Dhia….”

“Abang tak nak terima sebarang alasan dah… Abang dah bagi tempoh tiga tahun untuk Dhia cari penganti abang tapi Dhia tetap single lagi. Jadi Dhia wajib kahwin dengan abang! No more excuse..!” Rasa hendak tergelak ada, rasa terharu ada… rasa nak menangis pun ada! Tapi rasa nak melompat tu paling banyak. Kalau betul-betul dia melompat, pasti anak di rumah kebajikan ini akan pengsan melihat Umi mereka yang berpurdah sakan melompat! Kesyukuran yang tidak berbelah bagi diucapkan ke hadrat Ilahi kerana masih meminjamkan kebahagian ini kepada dirinya yang penuh dengan cacat celanya ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience