BAB 5

Romance Completed 11774

Batrisya menampalkan sesuatu di papan tanda pejabat. Ainul Mardhiah yang kebetulan lalu itu mula menjeling.

“Tak ada benda lain ke yang awak boleh tampal dekat partition ni?” Perli Ainul Mardiah selamba. Batrisya sedikit teragak-agak.

“Err… saya letak iklan untuk kelas agama cik Dhia.. Manalah tahu kalau-kalau ada staf nak join. Lagipun, kelas agama ni percuma.” Agak-agak berani sahaja dia menjawab. Ainul Mardhiah mula mencebik. Meluat dengan gadis yang konon-konon berlagak alim itu!!!

“Aik, sampai ke tua pergi kelas agama? Masa kecil-kecil dulu tak mahu belajar sungguh-sungguh.” Berubah sedikit riak wajah Batrisya apabila menyambut kata-kata anak majikannya yang seperti belati tajam membelah jiwa. Namun seketika, dia kembali bertenang.

“Ilmu ni, tak akan pernah habis Cik Dhia.. Jika ingin ditulis melalui mata pena, dakwat yang seluas lautan pun tidak mampu untuk menceritakan tentang ilmu. Boleh kering kontang laut jadinya. Lagipun, jika kita tak mendengar tazkirah lebih daripada tiga hari, satu bintik hitam akan tumbuh di hati kita. Bayangkan jika kita memang tak pernah mendengar tazkirah langsung… Nauzubillah….”

Kali ini, air muka Ainul Mardhiah pula yang berubah. Merah menahan rasa marah yang mengunung. ‘Suka hati kau cakap aku macam-macam.. kau tunggu jelah.. kau akan terima nasib kau.. sama dengan jantan tak berguna tuh!’

“Sudahlah… Saya tak ada masa dengan semua ni..” Ainul Mardhiah mula membuka langkah. Namun suara Batrisya mematikan langkah panjang Ainul.

“Jika kita memperuntukkan masa kita untuk bersama-sama dengan Allah, InsyaAllah, Dia sentiasa akan melebihkan masaNya dan perhatianNya untuk bersama-sama dengan kita. Bukan itu sahaja, malah kita akan rasa kelapangan hati menempuh hari-hari yang Dia tentukan buat kita.”

Ainul Mardhiah mengetap bibir. Terasa terpukul dengan kata-kata Batrisya. Lambat-lambat dia berpaling. Mencari seraut wajah itu. Rasa hendak dilempang sahaja mulut yang melontarkan kata-kata manis tadi.

“Kalau bercita-cita nak jadi ustazah, bukan di sini tempatnya. Saya tak suka awak buat ceramah free ataupun ceramah berbayar di sini. Kalau awak rasa awak dah tak nak jadi secretary……” Sengaja Ainul Mardhiah berjeda seketika. Kakinya dibawa melangkah dekat ke arah Batrisya.

“… awak boleh berambus!” Tajam panahan anak mata Ainul Mardhiah tika mata mereka saling beradu. Muka Batrisya ternyata kelat. Ainul Mardhiah tersenyum sinis sambil memeluk tubuh.

“Maaf kalau kata-kata saya tak menyenangkan Cik Dhia… Saya Cuma menyampaikan sepotong ayat.. Saya bukan nak mencari salah sesiapa. Saya pun bukannya nak menegur dosa sesiapa. Saya hanya ingin sekadar berkongsi sesuatu dengan Cik Dhia. Sekali lagi saya minta maaf…” Batrisya berdiri sambil menekur ke bawah. Ainul Mardhiah tersenyum puas.

“Bagus kalau awak sedar yang awak buat salah… Tapi saya…. memang… tak suka.. orang yang buat salah…..berulang kali…..” Lambat-lambat dia membalas kata sambil tersenyum sinis. Nadanya ditekankan. Dia mahu Batrisya menyemat di dalam kotak ingatan. Batrisya bukanlah sesiapa di dalam office ini. Jangan nak memandai nak perbetulkan salah orang!

“Maaf itu bukan milik awak Dhia… Sebab sepatutnya awak yang patut meminta maaf pada Sya..” Entah dari mana muncul, datang-datang terus menyakitkan hati Ainul Mardiah.

“Wow, sekarang dah ada tukang back up!” Mencerlung mata Ainul Mardiah yang sedang memandang Batrisya.

Batrisya mula serba salah sendiri. Bagaimana Qaireen boleh muncul di antara meraka. ‘Aduh, makin parah jadinya… Lain yang dirancang, lain jadinya… Apa yang terjadi,, makin menjadi-jadi pula.’

“Cik Dhia jangan salah faham…” Baru sahaja Batrisya ingin buka mulut, Qaireen sudah kembali menyampuk.

“Dia memang salah Sya.. Sebab dia tak faham…” Nafas Ainul Mardhiah sudah mula turun naik. Aras kemarahannya sudah sampai ke kemuncak apabila mendengar kata-kata Qaireen.

“Apa yang saya tak faham hah?” Tengking Ainul Mardiah kuat. Berdesing rasanya telinga ini. Rata-rata pekerja sudah mula menyemak. Ingin ikut campur bertempuran hebat ini.

“Awak tak faham sebab Islam yang awak rasa, tak bergerak seiringan dengan Iman. Menjadikan awak manusia yang kontang dengan pahala dan basah dengan dosa!” Bukan sahaja Ainul Mardhiah yang melopong, yang lain-lain pun ikut turut terkejut dengan penyataan berani Qaireen itu.

Staf Mega Holdings mula bercakap sesama sendiri. Ainul Mardhiah sudah terasa malu yang teramat. Jika benar Qaireen ingin membetulkan langkahnya untuk mencari jalan pulang, beginikah caranya?

‘Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni… Aku yang mulakan.. Aku yang harus perbetulkan semua ini.. Bantu aku Ya Allah…’ Mohon Batrisya berkali-kali di dalam hati. Tidak tegar rasanya melihat mereka bergaduh lagi.

“Cik Dhia, Cik ada meeting dengan Tan Sri Rashdan di Hotel Sunway berkenaan dengan tender baru tu.” Hanya ini sahaja yang terlintas di fikirannya.

Tidak lepas Ainul Mardhiah memandang Qaireen. Bibirnya bergetar menahan rasa marah yang membuak-buak. Menunggu masa sahaja untuk mengalirkan larvanya.

‘Kau tunggu… kau tunggu jelah serangan balas dari aku!’ Kali ini dia mengalah. Tapi ada satu waktu nanti, dia pasti akan menjatuhkan air muka Qaireen itu. ‘Dia ingat dia bagus sangat! Kau dengan rasa bagus kau tu, boleh pergi mampus!’

Matanya beralih pula pada pekerja-pekerja yang berhimpun itu. Masing-masing mula berpandangan sesama sendiri.

“Korang tengok apa hah? Dah tak ada kerja ke? Kalau tak ada kerja, boleh hantar surat resign sekarang!” Tengking Ainul Mardhiah kuat. Tersentak Batrisya dibuatnya. Terkocoh-kocoh staf Mega Holding berlari. Bergelimpangan pejabat ini dibuatnya. Mujur sahaja Haji Azlan tidak turut masuk campur. Kalau tidak, cerita ini akan menjadi lebih panjang.

Tanpa menunggu lagi, terus Ainul Mardhiah angkat kaki. Kini hanya tinggal Batrisya dan Qaireen sahaja.

“Awak tak patut cakap macam tu.” Ingin ditahan ayat itu. Namun entah kenapa, bibirnya mudah menyambung kata.

“Dia yang tak patut cakap macam tu pada awak.” Balas Qaireen lagi.

“Sepatutnya…” Batrisya ingin memulakan ayat namun segera dipintas oleh Qaireen.

“Tak patut…. tak patut…” Di saat serius seperti ini pun, Qaireen masih mampu bergurau. Aishh..

“Okay.. okay.. awak boleh teruskan.” Qaireen angkat kedua belah tangannya. Mula beralah bila Batrisya buat muka tak puas hati.

“Kalau dia api.. Awak kena jadi air.. Awak tak boleh jadi angin.. Kalau tak, api dia makin merebaklah…” Qaireen sambut kata-kata Batrisya dengan senyuman.

“Hmm, habis tu awak dalam kategori mana pulak?” Tanya Qaireen sambil terus tersenyum-senyum. Menyerlahkan ketampanan wajahnya.

“Mungkin air kot…” Batrisya mengangak sendiri.

“Kalau saya angin, awak air… hmm, menjadi sangatlah tuh…Perhubungan yang sejuk je..kan..” Usik Qaireen selamba sedangkan wajah Batrisya pucat lesi dimamah rasa malu.

“Erk….” Serius mengelabah kot.

“Mungkin awak boleh fikirkan dulu…” Serentak dengan itu Qaireen meninggalkan Batrisya yang sedikit terpana itu. Dia berlalu dengan senyuman. Sedangkan Ainul Mardhiah yang sekali lagi dapat mencuri perbualan mereka itu mula tersenyum. Dia sudah punya agenda untuk mengenakan kedua-duanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience