BAB 9

Romance Completed 11774

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah Taubatku ini…..

“Aku lelah dalam meniti rona kehidupanmu ini.. Keraa jiwa aku kering kontang tanpa bekalan menuju destinasiMu yang lebih pasti nanti. Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan kerana diri ini hilang dari jalan menuju redhaMu ya Allah…Di hamparan ini aku meminta agar taubatku diterima… Aku mohon Ya Allah…”

Disepertiga malam ini, Ainul Mardhiah menangis bersunguh-sungguh. Cuba meleraikan tali penyesalan yang tidak sudah-sudah. Hatinya terlalu hiba apabila mengenangkan dosa-dosa yang telah dia lakukan. Dia bertaubat bersunguh-sungguh. Mengharapkan keredhaan Allah dalam menerima dirinya kembali.

***

Satu pejabat bagai hendak runtuh dihimpit gossip baru. Semua orang terbeliak mata apabila melihat Ainul Mardhiah masuk ke pejabat dengan mengenakan baju kurung. Lebih mengejutkan ialah sehelai tudung yang tersarung di kepalanya. Ada yang bersyukur, namun tidak kurang juga yang mencaci.

Dia ingat lagi bagaimana tercengangnya Haji Azlan yang sedang bersarapan itu apabila melihat penampilannya. Terjatuh sudu dari pegangannya.

“Dhia minta maaf… Dhia banyak dosa dengan papa.” Dicapai tangan Haji Azlan dan dikucup dengan linangan air mata. Sesuatu yang sudah lama dia tidak lakukan. Hatinya tenang.. Seperti terlepas segala seksaan jiwanya. Betapa selama ini dirinya terlalu keras hati untuk menerima teguran.

“Kalau ada pun kesalahan Dhia, dah lama papa maafkan.. Melihat Dhia sudah kembali membuatkan papa bersyukur dengan kurniaan dariNya ini. Alhamdulilah ya Allah.. Kau telah mengembalikan permataku yang hilang.” Akhirnya mereka sama-sama berpelukan. Kembali menyemai rasa kasih yang hampir pudar ditelan masa.

Ainul Mardhiah tersenyum mengenangkan peristiwa pagi tadi. Entah kenapa, inilah hari yang paling sempurna sepanjang dia hidup. Dia mula memandang cermin yang terletak di sebelah pantry. Memang dulu dia pernah bertudung, tapi sekarang, dia kembali bertudung bukan kerana paksaaan dari sesiapa. Adakah ini dipanggil anugerah Allah?

“Saya tak percaya yang dia betul-betul dah berubah seratus peratus..” Terhenti langkah kaki Ainul Mardhiah yang ingin menuju ke pantry.

“Qai, awak kena hilangkan sikap prejudis awak tu pada dia.. Dia betul-betul dah berubah.” Susah hendak bercakap dengan Qaireen ini. Dia hanya memikirkan perkara yang negatif sahaja tentang Ainul Mardhiah.

“Pokoknya saya tetap tak percaya.. Mana ada orang boleh berubah seratus peratus macam tu?” Batrisya tidak tahu hendak mencedok kata dari mana lagi. Sudah penat ingin memahamkan Qaireen. ‘Jika dia ditakdirkan menjadi pemimpin dalam kehidupanku nanti, mampukah aku meladani rasa egonya itu?’ Batrisya mula terfikir sendiri. Sifat syak dan wasangka Qaireen adakalanya mengelisahkan dirinya.

“Itulah dinamakan hidayah Allah Qai… Dia memberikan taufik dan hidayah hanya pada hamba yang dia kehendaki.” Moga kata-katanya ini mampu membasuh rasa hati Qaireen dari tidak terus berfikir yang bukan-bukan tentang Ainul Mardhiah.

“Ya ke hidayah Allah? Entah-entah hidayah buatan sendiri!” Ainul Mardhiah sedikit tersentak mendengar kata-kata Qaireen yang memang terkandung kebenarannya. Memang pada asalnya dia merancang semua ini untuk menjahanamkan hidup Qaireen dan Batrisya. Namun lama-lama, dendam yang ingin terbalas terus musnah apabila hampir dua bulan ini dia dibasuhkan dengan kata-kata nasihat yang mendamaikan jiwa.

Dia benar-benar ingin berubah. Penhijrahan ini datang dari rasa hatinya sendiri. Tidak dipaksa-paksa oleh sesiapa pun.Tiba-tiba ingatanya tergarit pada ceramah ustaz tempoh hari.

“Sesuatu perkara yang menghala ke arah kebaikan memang akan ada ujian dan dugaannya. Ini semua untuk mencekalkan hati kita sendiri agar tidak berpaling setia dari yang satu. Makin kuat pegangan Iman kita, makin kuat cubaan yang Allah turunkan untuk kita. Ujian bukan bala dari Allah tapi salah satu jalan untuk membuka ruang agar kita mengingatiNya lebih dari segala sesuatu di dunia ini.”

Ainul Mardhiah mula tersenyum sendiri. Dia sudah mengambil keputusan untuk berubah. Jadi sebarang dugaan akan ditepis sehabis dayanya. Dia akan tetap berdiri di jalan ini. Sesunguhnya inilah jalan yang diredhai oleh Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience