BAB 12

Romance Completed 11774

Panggilan telefon daripada Haikal itu menganggu-gugat jiwanya. Ainul Mardhiah resah sendiri. Bagaimana semua ini boleh terjadi?

“I dah buat apa yang sepatutnya….” Kata-kata Haikal itu membuatkan perasaan Ainul Mardhiah berteraburan.

“You buat apa? Kan I dah batalkan semua rancangan tu?” Suara Ainul Mardhiah agak meninggi sedikit. Entah kenapa, dia terlalu sukar untuk mengawal rasa marahnya terhadap Haikal.

“You yang batalkan.. tapi I masih teruskan.. Sekarang dia orang berdua memang tengah terkunci dalam pejabat… I pun dah telefon pejabat agama, kejap lagi mesti dia orang datang untuk menangkap Qaireen dan Batrisya…” Hatinya terlalu sakit apabila mengenangkan yang Ainul Mardhiah meninggalkan dirinya hanya semata-mata kerana agama. Dia sedikit pun tidak boleh menerima hakikat ini!

Ainul Mardhiah berlari ke arah pintu pejabatnya. Baru sahaja dia ingin membuka pintu pejabat, baru dia perasan yang pintu pejabat tidak berkunci. Hatinya diserang debar. Janganlah ada apa-apa yang berlaku?

‘Ya Allah, selamatkan mereka.’ Tidak putus-putus Ainul Mardhiah berdoa. Mengharapkan secebis ehsan daripada pemilik alam ini.

Sepantas kilat dia berlari naik menggunakan tangga. Dia perlu cepat sebelum ada perkara buruk yang berlaku. Sesampainya di tingkat tiga, terus matanya mencari kelibat Qaireen dan Batrisya! Kakinya terus menghala ke arah pejabat Qaireen yang masih lagi menyala lampunya.

“Qaireen!” Ditolak pintu bilik lelaki itu. Tersentak lelaki itu dibuatnya.

“Kenapa dengan kau ni? Macam kena kejar hantu je?” Tangannya mendarat di dadanya. Terkejut kerana disergah sebegini rupa. Dia menapak ke arah Ainul Mardhiah yang sedang tercungap-cungap itu. Kerja yang terbengkalai di biarkan di atas meja.

Ainul Mardhiah melebarkan pandangan ke arah sekelilingnya. Mencari kelibat Batrisya. Mana Batrisya?

“Sya mana?” Tanya Ainul Mardhiah kaget.

“Sya?” Qaireen terpinga-pinga sendiri. Setahunya, Batrisya telah pulang dari petang tadi.

“Sya kan dah balik….” Melopong Ainul Mardhiah mendengarnya. Hatinya mula rasa tidak enak. ‘Jadi kalau Sya dah balik, bererti hanya kami berdua di dalam pejabat ini? Adakah aku yang masuk perangkap sekarang?’ Wajah Ainul Mardhiah pucat tanpa darah.

“Apa kena dengan kau ni? Kenapa dengan Sya?” Tanya Qaireen panik. Dia tidak rela jika ada perkara buruk yang menimpa wanita kesayangannya.

“Assalamualaikum….” Belum sempat untuk Ainul Mardhiah memberi penjelasan lanjut, mereka telah diserbu dengan beberapa orang lelaki yang berkopiah. Qaireen dan Ainul Mardhiah pula berpandangan sesama sendiri. Ya Allah!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience