BAB 16

Romance Completed 11774

Hampir dua bulan mereka menjadi suami isteri yang sah. Sungguh, bermacam perkara yang Ainul Mardhiah lakukan untuk mencuri perhatian dari suaminya itu. Namun herdikan sahaja yang menyambut huluran kasihnya.

“Weh, kau ni reti gosok baju ke tak?” Bagai hendak luruh jantung Ainul Mardhiah mendengar tengkingan daripada suaminya itu.

“Eer… dah bang…” Dia bukan takut dengan suaminya itu. Tapi dia memilih untuk menghormati suami. Andai ditakdirkan nafasnya terhenti, biarlah dia pergi dalam keadaan redha si suami walaupun dia sedar yang Qaireen langsung tidak boleh menerima dirinya. Malah Qaireen masih lagi mengejar Batrisya walaupun sudah berjuta kali Batrisya menolak kasih Qaireen.

“Eh, dah berapa kali aku cakap, jangan panggil aku abang! Jijik aku dengar!” Entah kenapa, dia sedar yang semakin lama, isterinya itu makin menunjukkan rasa sabar dalam melayan karenahnya. Serius hatinya terusik! Namun dia tidak boleh terus menerus melayan perasaan.

‘Perempuan ni pandai berlakon! Mesti dia ada agenda nak kenakan aku lagi. Entah-entah dia buat baik dengan aku sebab dia nak rampas balik saham yang bapak dia bagi kat aku!’ Qaireen mula berfikiran buruk lagi.

“Abang suami Dhia… panggilan itu adalah salah satu cara untuk Dhia naikkan martabat abang sebagai seorang suami. Walaupun Dhia tak pernah ada tempat di hati abang, tapi abang tetap suami Dhia!” Entah kenapa, kali ini dia terpanggil untuk bertegas. Jika terus berlembut, Qaireen tetap tidak makan kata juga!

“Oh… kau ingat kau bagus lah kalau cakap macam tu?” Marah Qaireen lagi.

“Saya tak pernah rasa bagus bang… Sebab saya sedar yang saya tak sebagus Sya untuk mengantikan dia dalam hati abang!” Walaupun dia menjawab, namun nada suarana masih kekal perlahan dan lembut. Tidak langsung menunjukkan riak kemarahan.

“Kau memang tak akan mampu untuk mengalahkan Sya! Kau perempuan jijik yang tak ada maruah!” Berdesing telinga Ainul Mardhiah mendengarnya. Air matanya bertakung. Menunggu masa untuk terlerai di ruang wajah.

Ainul Mardhiah berpaling. Tidak mahu suaminya itu mengesan riak sedih yang bermaharajalela di birai wajah. Baru sahaja dia ingin melangkah ke dalam biliknya namun jeritan Qaireen membantutkan pergerakannya.

“Weh orang kaya! Kau ni masak kari ke atau kari air… Tak sedap langsung!” Tipu jika Ainul Mardhiah tidak terasa dengan kata-kata suaminya itu. Dia dibesarkan dalam keluarga yang serba sempurna. Bangun awal pagi sahaja, orang gaji telah menyempurnakan segalanya.

Tapi semenjak menjadi isteri Qaireen, dia telah berlajar semuanya untuk memikat hati Qaireen. Semuanya dilakukan sendiri kerana dia sudah bertekad untuk melakukan semuanya sendiri. Tidak pernah sekalipun dia mengeluh atau merungut apabila melakukan kerja-kerja rumah.

Dahulu, tidak pernah sekalipun dia pernah membasuh baju menggunakan tangan. Namun dia sanggup berpenat lelah untuk membasuh kemeja kerja milik Qaireen. Dia ingin suaminya itu merasai kasih sayangnya setiap kali suaminya itu memakai baju ke tempat kerja. Setiap keperluan suaminya itu cuba dipenuhi sebaik mungkin. Namun Ainul Mardhiah mengaku yang masih banyak cacat celanya. Ialah, dia masih belajar menguruskan rumah tangga ini. Jika benar dia salah, tidak bolehkan menegur secara lembut?

Namun setelah difikir-fikir semula, semua ini pasti balasan daripada Allah untuknya. Dahulu, orang gaji dirumahnya melakukan kesalahan, tanpa berfikir panjang, terus dihambur orang gajinya itu. Jika dia terlalu sakit hati, pasti orang gaji itu dipecat serta merta. Staf di Mega Holdings juga ramai yang terkena dengan perangainya. Jadi wajarlah jika sekarang dia mengalaminya. Bukankah hidup ini ada hukum karma! Setiap perlakuan kita pasti akan dibalas kembali.

Jadi Ainul Mardhiah sedaya upaya menyabarkan rasa hatinya sendiri. Menerima hukuman Allah ini dengan seadanya. Tanpa rungutan! Tanpa banyak songeh!

Hatinya meraung saat melihat suaminya itu mencurahkan ayam masak kari itu ke dalam singki! Penat lelahnya ketika memasak belum hilang lagi. Sekarang terpaksa lelah dihurung rasa sedih melihat perbuatan suaminya itu.

‘Ya Allah… aku terima seadanya semua ujianMu ini..’ Dibajai hatinya dengan lafaz istighfar yang tak sudah-sudah. Moga bekalan kesabarannya bakal bertambah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience