BAB 13

Romance Completed 11774

“Aku tahu ni semua plan kau kan?” Pekik Qaireen kuat. Sengaja dia menjerit seperti ini. Dia mahu semua orang di pejabat kadi ini tahu yang dirinya tidak bersalah. Dia diperangkap oleh Ainul Mardhiah ini.

“Tak… jangan salah faham Qai…” Sungguh, air matanya sudah menemani di wajahnya. Bagaimana ingin memahamkan orang di sekelilingnya sekarang bahawa bukan dia yang menrancang semua ini.

Memang dia mengaku yang satu ketika dahulu, dia merancang agar Batrisya dan Qaireen ditangkap basah. Namun setelah dia berubah, telah dihapuskan niat tersebut sehinggalah mendapat panggilan daripada Haikal. Dia pergi ke pejabat itu untuk menyelamatkan keadaan tapi tidak pernah disangka yang semua ini hanyalah perangkap!

Ainul Mardhiah kembali merenung wajah papanya. Mengharapkan secebis belas kasihan. Namun Haji Azlan hanya menekur ke bawah. Tidak langsung memandang anak gadisnya.

“Papa… papa percayakan Dhia kan?” Haji Azlan sedikit pun tidak memandang anak gadisnya itu. Betapa dia terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pejabat agama. Bagaimana dia hendak menerima semua ini? Dirinya sendiri serba salah sama ada ingin menyebelahi anaknya ataupun ingin menyebelahi Qaireen. Mungkin boleh jadi yang semua ini hanya salah faham. Namun siapa yang akan percaya?

Paling menyedihkan Ainul Mardhiah ialah apabila melihat Batrisya yang sedang menangis itu. Sungguh, tidak sedikit pun dia sanggup untuk melihat air mata bermaharajalela di ruangan wajah Batrisya.

“Sya… kami tak bersalah.. Semua ni hanyalah satu perangkap….” Ainul Mardhiah bagai hendak gila apabila ingin memahamkan orang di sekelilingnya. Bahunya terasa bebanan yang amat berat. Menangung kesalahan yang bukan salahnya.

“Perangkap yang kau cipta kan?” Berdesing telingannya mendengar suara Qaireen yang lantang itu. Tergeleng-geleng kepala Ainul Mardhiah dibuatnya.

“Entah-entah kau dah mengandung kan? Sebab tu kau perangkap aku untuk jadi pak sanggup?” Terbeliak semua mata yang mendengar.

“Sumpah, aku tak perangkap kau Qai. Untuk apa aku perangkap kau?” Tanya Ainul Mardhiah dengan deraian air mata yang menyelaputi ruang wajah.

“Sebab memang dari dulu lagi kau berdendam dengan aku!….” Mata Qaireen penuh dengan kemarahan. Dia berpaling ke arah Batrisya. Mula menyambung kata yang terhenti… “Dari dulu lagi saya dah kata Sya… yang perempuan ni buat baik sebab ada makna. Dia nak tengok kita hancur Sya….”Tidak tegar melihat Batrisya menangis tanpa berkata apa-apa.

“Sekarang…. semuanya pun dah berlaku… Awak kena bertanggungjawab Qaireen…” Setelah dari tadi berdiam diri, Batrisya mula mengatur bicara.

“Kenapa saya pulak yang kena tanggung kesalahan orang lain?” Jerkah Qaireen. Tidak langsung dapat menahan rasa marah yang sudah mula menjalar di ruangan minda. Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dibunuh manusia yang bernama Ainul Mardhiah ini.

“Ini sahaja cara untuk menyelamatkan maruah korang berdua… Sebelum hal ini diketahui orang lain, lebih baik korang berdua berkahwin.” Batrisya mula beristighfar di dalam hati. Susah untuk dia tafsirkan perasaannya tika ini. Namun dia percaya yang setiap yang Allah rencanakan buat setiap hamba, akan ada hikmahnya.

“Aku tak akan kahwin dengan perempuan ni! Tak akan!” Qaireen menjerit seperti orang yang hilang kewarasan.

“Qaireen!” Suara Haji Azlan mematikan perbalahan mereka.

“Saya nak awak bertanggungjawab ke atas Ainul Mardhiah! Ini sahaja cara yang paling senang untuk menutup kes dengan pihak Jabatan Agama Islam. Kalau tidak, semua pihak akan menanggung malu.” Semua yang mendengar kembali melopong. Qaireen dengan dengusan tidak berpuas hati. Batrisya dengan tangisannya dan Ainul Mardhiah terjelepuk menahan rasa serba salah yang menggunung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience