BAB 11

Romance Completed 11774

“Dhia… kenapa ni?” Tegur Batrisya apabila melihat Ainul Mardiah seakan-akan temenung di meja kerjanya. Sejak dari tadi, gadis itu seperti hilang focus sahaja.

“Hmm, saya agak tertanya-tanya….” Batrisya mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan ayat Ainul Mardhiah yang seakan-akan tergantung itu.

“Setiap pertanyaan akan ada jawapannya. Kalau pertanyaan itu hanya sekadar tersimpan di kotak minta, maka soalan itu akan kekal sebagai soalan.” Ainul Mardhiah mula tersenyum-senyum. Faham dengan bahasa kiasan sahabatnya itu.

“Sebenarnya apa yang ada pada ikhlas? Kadang-kadang orang sering mempersoalan keikhlasan manusia. Adakah semua orang tahu pengertian ikhlas yang sebenar?”

Batrisya berfikir sejenak. Mencari sepotong ayat yang ringkas untuk memahamkan Ainul Mardhiah yang sedikit terkeliru ini. Akhirnya dia tersenyum sedikit.

“Tanda ikhlas itu ialah apabila pujian tidak menyebabkan kita menambah amal. Dan kejian manusia tidak menyebabkan kita mengurangkannya. Di hadapan dan di belakang manusia, ibadah kita tetap sama.” Ainul Mardhiah tersenyum mendengar jawapan dari Batrisya. Sesungguhnya, dia terlalu beruntung kerana dipertemukan dengan gadis sepandai dan sebaik Batrisya.

“Terima kasih Sya… Sebab ada disamping saya.. Tika saya memerlukan satu tangan untuk berpaut, awak ada menghulurkan kekuatan.” Ucapan itu lahir ikhlas dari hatinya. Dia mula mengutuk diri sendiri apabila pernah bersangka buruk terhadap Batrisya.

“Sesiapa pun yang berada di tempat saya akan melakukan perkara yang sama Dhia.. Tapi kenapa awak tanya?” Pertanyaan Batrisya mengheret ingatan Ainul Mardhiah tentang peristiwa tengah hari tadi.

“Aku tahu kau ada plan something? Aku dapat rasa Dhia….” Bangunan pejabat ini rasanya sudah terlalu besar. Tapi entah kenapa langkah kaki mereka sering bertembung di tempat yang sama.

“Aku tak ada plan apa-apa Qai… Aku betul-betul ikhlas untuk berubah.. Bukan dari paksaan sesiapa pun.” Ainul Mardhiah melepaskan keluhan sedikit. Benar kata orang, bukan senang hendak berubah. Andai tidak kuat Iman, pasti terjerumus kembali ke lembah penghinaan. Sepatutnya orang baik sentiasa berprasangka baik terhadap orang lain. Bukan prejudis tak tentu hala.

“Jangan bercakap soal ikhlas Dhia.. Kalau kau sendiri tak mengerti apa itu makna ikhlas? Tapi apa-apa pun, lakonan kau memang kelas….!!!” Berdesing cuping telinganya menangkap setiap butiran Qaireen itu.

“Dhia!” Tepukan lembut di bahu mematikan lamunannya. Ainul Mardhiah tersenyum sahaja. Malu pula bila ditangkap sedang mengelamun.

“Saja tanya…” Benar maksud kata-kata Batrisya tadi tentang pengertian ikhlas. Kejian Qaireen tidak akan mampu untuk mengurangkan amalannya dalam meniti keredhaan Allah ini dan pujian Batrisya tetang perubahannya tidak akan membuatkan dia alpa dan terleka. Dia akan lalui hidup ini seada dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience