BAB 17

Romance Completed 11774

Qaireen bagaikan terkaku apabila melihat Ainul Mardhiah yang sedang memuntahkan isi perut ke dalam singki. Tanpa berlengah, terus dia mendapatkan isterinya itu. Direntap kasar tangan Ainul Mardhiah supaya mengadapnya.

“Kau mengandung eh?” Soalan Qaireen membuatkan Ainul Mardhiah tercengang. Pantas laju digeleng kepalanya. Muka Ainul Mardhiah pucat tanpa darah!

“Geleng tu tanda apa? Tanda tak mengandung ke atau tanda kau tak tahu?” Gesa Qaireen lagi. Ainul Mardhiah seakan-akan tercengang! Tidak menyangka yang suaminya akan bertanya yang tidak-tidak!

“Saya tak mengandung….” Entahlah… Ainul Mardhiah mula rasa tidak pasti. Baru dia perasan yang sudah lebih dua bulan dia tidak kedatangan haid. ‘Ya Allah, aku mengandung ke?’

“Bila kali terakhir kau datang period?” Merah muka Ainul Mardhiah menyambut persoalan suaminya itu. Al-maklumlah, mereka bukan seperti pasangan suami isteri yang lain. Agak janggal membincangkan isu datang bulan ini.

“Tak ingat…” Ainul Mardhiah memilih jawapan selamat.

“Tak kan tu pun tak ingat? Apa guna Allah bagi otak kat kau ni?” Ditunjal sedikit kepala Ainul Mardhiah. Soalan semudah itu pun sukar untuk memberikan jawapan yang pasti.

‘Tak boleh jadi nih…. Entah-entah minah ni memang dah mengandung?’ Qaireen mula resah sendiri. Ainul Mardhiah tidak boleh mengandung! Nanti apa kata budak di pejabat! Keluarganya juga belum tahu tentang hal perkahwinannya ini. Ah sudah….

‘Kalau kau tak sentuh dia, tentu semua ni tak akan berlaku!’ Bisik suara hatinya.

‘Dia isteri aku yang sah! Aku berhak untuk sentuh dia!’ Bisik suara yang satu lagi.

‘Bila bercakap soal nafsu, kau mengaku yang dia adalah isteri kau! Tapi apabila kau perlu bertanggungjawab dengan perbuatan kau, kau menidakkan tanggungjawab yang perlu kau tanggung!’ Ah… serabut sungguh. Hati dan akal fikirannya bertelagah sesama sendiri.

“Kau tak boleh mengandung! Perempuan macam kau tak layak untuk mengandungkan zuriat aku!” Ainul Mardhiah terkesima. Sungguh, air matanya berat membanjiri tubir mata. Menunggu masa untuk menumpahkan diri sahaja.

“Aku rela tak ada zuriat!!! Itu lebih baik dari membenarkan anak aku menumpang di rahim kau!” Kali ini, air mata itu tidak dapat diseka lagi. Akhirna tumpah membanjiri ruang wajah.

‘Ya Allah… adakah aku ini begitu hina di pandangan matanya?’ Tidak pernah dia rasa sekecewa ini dengan Qaireen. Suaminya itu seperti meletakkan maruahnya di kaki. Malah maruah dah harga dirinya sebagai seorang wanita dipijat lumat oleh Qaireen.

“Kenapa kau menangis? Air mata kau ni langsung tak ada nilai! Kau sakit hati kan? Macam tulah aku sakit hati bila kau perangkap aku ke dalam perangkap ni! Akhirnya aku terkurung bersama-sama dengan perempuan tak guna macam kau ni!” Entah kenapa, api kemarahannya membuak-buak. Lantas dihambur kepada isterinya yang sedang menangis itu.

‘Perempuan ni memang pandai berlakon!’ Qaireen masih berfikir yang Ainul Mardhiah berlakon untuk meraih simpatinya. Huh, jangan harap yang dia akan terpedaya. Dia bukan seperti Batrisya yang mudah jatuh kasihan pada orang. Apatah lagi orang itu adalah Ainul Mardhiah!

“Jom pergi klinik…” Ditarik tangan milik isterinya. Dia perlukan jawapan!

“Err…. saya tak mengandung… saya pasti bang…” Sebenarnya dia dapat merasai keanehan sejak dua menjak ini. Dia mula rasa sesuatu namun dipendam rasa hatinya. Tidak mahu berkongsi rasa ini dengan Qaireen. Lagipun dia bimbang jika Qaireen memaksa dirinya untuk mengugurkan kandungannya nanti. Jika ditakdirkan Qaireen tidak boleh menerima dirinya, dia tetap akan melahirkan anak ini. Dia tetap akan membesarkan anaknya walaupun tanpa kehadiran Qaireen.

“Kau jangan nak sorok dari akulah!” Direntap tangan isterinya itu dengan kuat sehingga menyebabkan Ainul Mardhiah tidak dapat mengimbangi badannya lalu menyebabkan perut Ainul Mardhiah terhentak di buju meja makan.

“Arrgghhh….” Tangannya ditekap ke perut. Menahan rasa sakit yang menggunung.

Qaireen pula tercengang! Bukan melihat isterinya yang merengkok kesakitan itu tapi terpana melihat darah yang menitis dari celah kain batik yang dipakai oleh isterinya.

“Allah…” Tangan Ainul Mardhiah terketar-ketar apabila menyelak kainnya yang mula dibanjiri dengan darah! Qaireen mula rasa terkaku sendiri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience