BAB 8

Romance Completed 11774

“Ramai orang yang punya akal tetapi malangnya ‘tidak berakal’. Maksudnya, mereka tidak menggunakan akal untuk berfikir. Padahal fikir itu ialah pelita bagi hati. Justeru di dalam Al Quran Allah sering mengingatkan manusia agar selalu berfikir, menggunakan akal untuk tadabbur akan ayat-ayatNya dan mengambil ibrah daripada segala kisah yang daripada Al Quran.

Malangnya, sedikit sekali ‘orang yang berakal’ walaupun ramai yang mempunyai akal. Hingga dengan itu ramai manusia yang tidak terasa kebesaran Allah, terlindung oleh keegoaan dirinya. Tidak mahu bersyukur kepada Allah kerana terhijab oleh kudrat dirinya.”

Kata-kata ustaz tempoh hari bermain-main di cuping telinganya. Ainul Mardhiah mula rasa gelisah sendiri. Bibirnya bergetar menahan rasa.

“Hei.. kenapa ni? You look so scared?” Teguran Haikal itu langsung tidak mendatangkan sebarang ketenangan dalam diri Ainul Mardhiah. Wajah Ainul Mardhiah pucat lesi. Ainul Mardhiah menggeleng sahaja. Tidak pasti hendak memberi respon yang bagaimana lagi.

“So, macam mana dengan plan you tu? I akan buat part I… Bila you bagi arahan je, kita lancarkan plan tu..” Entah kenapa, dia tidak jadi hendak seronok mendengar kata-kata Haikal. Sedangkan satu ketika dahulu, saat inilah yang dia paling tunggu.

Sudah hampir dua bulan dia mengikuti kelas agama daripada Ustaz Umar. Setiap kata-kata dan tazkirah daripada ustaz itu mendapat tempat di hatinya.

“I nak baliklah.. I rasa macam nak demam…” Haikal hanya memandang Ainul Marhdiah tidak berkelip. Sebenarnya dia sudah dapat mengesan sikap Ainul Mardhiah yang terlalu banyak mengelak dari berjumpa dengannya. Bagai ada sesuatu yang tidak kena sahaja.

“You pasti you boleh drive?” Tanya Haikal prihatin. Dia sangat prihatin jika perkara itu melibatkan Ainul Mardhiah kerana dia memang sayangkan gadis itu seikhlasnya.

“Sure… Sorry sebab tak dapat temankan you petang ni..” Dia tidak mahu Haikal mengesan perkara yang tidak-tidak. Memang dia juga ikut turut menyayangi lelaki itu. Dia sayangkan Haikal dengan segenap rasa hatinya.

“It’s okay dear… You tu kena rehat sikit.. Jangan banyak sangat buat kerja. Kalau tak you akan jadi cepat stress..” Ainul Mardhiah hanya tersenyum mendengar nasihat daripada Haikal itu. Lelaki ini memang tersangat prihatin.

Baru sahaja kaki Ainul Mardhiah menapak beberapa langkah, matanya terpandangkan pada beberapa aneka tudung yang tergantung di sebuah kedai tidak jauh dari kedai makan yang dia masuki tadi.

“Nak beli tudung cik?” Tanya si penjual ramah. Ainul Mardhiah hanya tersenyum sedikit. Tangannya merasa pada kain tudung yang bergantungan di sana sini. Kemudian tapak tangannya jatuh pula di atas kepalanya yang tidak ditutupi oleh seurat benang sekalipun. Kenapa hatinya merasa tidak tenteram? Seolah-olah seluruh semesta Alam sedang menyalahkan dirinya?

“Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.”

Wajah Ainul Mardhiah basah dengan peluh. Kedua belah tangannya di bawa ke tapak cuping telinga. Kata-kata Ustaz tempoh hari bermain di telingnya. Hatinya menanggung debar yang tidak terhingga rasanya. Lantas terus dia berlari keluar dari kedai itu. Tidak mempedulikan pertanyaan dari penjual itu. Terkocoh-kocoh dia masuk ke dalam perut kereta.

Tangannya dibawa memegang kepalanya. Kenapa dia terasa begitu takut dan gerun sekali apabila lelaki yang bukan muhrim memandang dirinya. Seolah-olah mereka sedang meratah rambutnya dengan penuh lahap.

Ainul Mardhiah menangis teresak-esak. Adakah ini petunjuk Allah atau rasa perasaan yang singgah seketika Cuma?

‘Ya Allah… tidak terhitung dosaku kepadaMu.. Tegarkah Kau menerima diriku yang penuh hina ini?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience