BAB 15

Romance Completed 11774

Qaireen meraut wajahnya beberapa kali. ‘Kenapa? Kenapa aku sentuh dia? Bukan ke aku tak cintakan dia?’ Qaireen mula mengelabah sendiri. Pagi tadi setelah sedar, terus dia meninggalkan ruangan kamar itu. Ainul Mardhiah juga sudah hilang entah kemana. Qaireen malas hendak mengambil tahu.

Sekarang dia mula serba salah sendiri. Bukan merasa bersalah terhadap Ainul Mardhiah kerana menodainya tanpa rela tetapi merasa serba salah kerana tidak berjaya menyelamatkan cintanya terhadap Batrisya!

Pagi itu, dia masuk pejabat seperti biasa. Dia lihat meja Batrisya masih kosong. Bilik Ainul Mardhiah pun masih tidak berpenghuni. Kusut kepalanya. Tapi dia malas hendak terus berfikir. Kerja-kerjanya yang bertambun membuatkan otaknya leka dari memikirkan kedua wanita itu.

Namun apabila matanya mula terasa kuyu apabila mengadap kertas kerja yang berselerakan, Qaireen mula melangkah ke arah pantri. Hendak membancuh nescafee untuk melegakan saraf mata.

Belum sempat sampai ke pantry, telingannya menangkap perbualan dua orang wanita yang amat dia kenali. Rasanya pejabatnya ini sudah cukup besar namun mudah benar dia hendak mendengar perbualan rahsia!

“Kenapa nak berhenti Sya?” Tergamam Qaireen mendengarnya. Batrisya hendak berhenti?

“Saya nak ubah angin..” Tipu Batrisya. Masa dia mampu untuk melihat Qaireen dan Ainul Mardhiah dihadapannya. Sedangkan keduanya itu sudah sah menjadi suami isteri.

“Sya.. jangan tipu saya.. Saya tahu awak marah pada saya..” Pujuk Ainul Mardhiah lagi. Qaireen buat muka. Muak menatap lakonan mantap milik Ainul Mardhiah!

“Saya tak marah Cik Dhia… Saya dah terima hakikat yang antara saya dan Qaireen, kami tak ada jodoh. Saya hanya ada kenangan sedangkan kalian punya masa depan untuk dirangka.”

“Sya…” Ainul Mardhiah jadi kelu seribu bahasa apabila dia dapat menangkap susuk tubuh lelaki yang sedang tekun mendengar perbualan mereka itu. Pandangan mata Batrisya juga ikut turut memanah susuk tubuh milik Qaireen.

“Awak tak boleh lari dari masalah Sya…” Ayat itu ditujukan kepada Batrisya namun matanya menjeling ke arah isterinya. Isteri tangkap muatnya semalam! Walaupun hanya tangkap muat, namun hubungan ini sudah terlangkau jauh sebenarnya. Dia tidak bermaksud untuk berlebihan semalam namun apa yang berlaku di luar jangkaannya!

Semua ini kesilapan dirinya sendiri. Bodoh kerana menyentuh Ainul Mardhiah! Namun setelah difikir-fikir semula, itulah harga bayaran yang perlu Ainul Mardhiah bayar di atas kesilapannya sehingga menyebabkan Batrisya mengorbankan cinta mereka! Biar Ainul Mardhiah terseksa secara rohani dan jasmani.

“Lagipun, walaupun saya dah berkahwin, tapi itu tak bermakna saya tak boleh berkahwin dengan awak Sya!” Kali ini, giliran kedua wanita itu melahirkan rasa terkejut.

‘Sesenang ini Qaireen mengungkapkan kata setelah puas dia menyentuh setiap inci tubuhku semalam!’ Sudah diagak. Qaireen menyentuhnya bukan dengan kasih sayang. Tapi untuk mengikat dirinya. Untuk memenjarakan emosinya di dalam ruang yang langsung tidak punya ruang untuk bernafas.

“Apa awak cakap ni Qai?”

“Saya dah bertekad, awak tetap akan jadi isteri saya!” Itulah tekadnya. Dia pasti yang tidak akan ada bantahan daripada Ainul Mardhiah. Gadis itu pasti akan melakukan apa sahaja untuk menebus rasa bersalahnya.

Terus Batrisya memandang ke arah Ainul Mardhiah yang senyap tidak berbunyi itu. Walaupun perkahwinan ini berlaku tanpa rasa cinta, tapi itu tidak bermakna kedua-dua orang manusia ini boleh mempermainkan erti sebuah perkahwinan.

“Awak baru kahwin semalam Qai dan hari ni awak boleh ajak saya kahwin? Awak ni waras ke tak?” Tekan Batrisa sedikit. Makin lama, Batrisya sedar yang dia bukanlah seorang wanita yang mampu mentafsir apa yang berada di dalam kepala otak Qaireen. Mungkin ini pertanda bahawa Qaireen bukanlah jodoh dari Allah yang ditetapkan olehNya.

“Saya masih waras Sya… Awak yang tak waras sebab paksa saya kahwin dengan perempuan ni!” Jarinya ditunding ke arah Ainul Mardhiah. Kemudian lelaki itu tersenyum sinis. “Tappi awak jangan risau Dhia… Walaupun saya dah berkahwin dengan Sya nanti, awak akan kekal sebagai isteri saya. Isteri gelap sampai bila-bila!” Batrisya mengelengkan kepalanya. Tidak percaya yang Qaireen akan menjadi sekejam ini. Mana sifat perikemanusiaannya?

Tanpa menunggu masa lagi, terus Ainul Mardhiah melangkah pergi dari situ. Kenapa hatinya menjadi terlalu sakit? Sebenarnya, apabila mendengar lafaz nikah semalam, dia sudah bertekad untuk menerima Qaireen seadanya. Sudah berjanji dengan diri sendiri untuk menjadi isteri yang sempurna untuk lelaki itu. Namun sekarang, apa sudah terjadi?

‘Mungkin semua ini adalah kifarah di atas segala kesilapan laluku… Allah ingin menguji diriku…’ Biarlah.. dia sudah pasrah untuk menyerahkan lembaran masa depannya bersama Qaireen. Terpulanglah kepada suaminya itu untuk mencoraknya. Andai ditakdirkan dia perlu hidup bermadu. Dia rela… Rela menyerah dalam terpaksa. Rupa-rupanya terlalu sukar untuk mencari cinta kelas pertama. Cinta yang bukan bersandarkan nafsu! Tetapi berdasarkan keredhaan Ilahi.

“Cik Dhia… tunggu…” Panggilan daripada Batrisya itu membuatkan langkah Ainul Mardhiah terhenti. Lambat-lambat dia berpaling.

“Semua tu tak akan berlaku…” Gadis itu agak tercungap sedikit. Mungkin diserang lelah kerana ingin mendapatkannya.

“Saya redha Sya…”

“Jangan bermain dengan perkataan redha Cik Dhia?” Mata mereka saling beradu. Mencari kasih di dalam hujan yang penuh mehna.

“Sebagaimana awak pernah redha melepaskan dia pada saya, seperti itulah saya redha melepaskan dia pada awak Sya! Walaupun hati saya tak mungkin sejernih hati awak Sya.. Kalau perkahwinan boleh menyelamatkan persahabatan kita, saya redha menyerahkan dia pada seseorang yang lebih baik dari saya. Kerana sedari dahulu, dia hanya milik awak. Seharusnya perkahwinan ini tak boleh berlaku. Saya patut lebih berkeras untuk menentang semalam… Tapi saya terasa lemah di sana sini.. Kerana sedikit sebanyak, sayalah penyebab peristiwa semalam berlaku. Saya yang terlalu mengikut emosi dan dendam dulu.. dan akhirnya dendam itu memakan diri saya sendiri. Tapi sekurang-kurangnya saya lega.. Lega kerana awak dan keluarga awak tak perlu menanggung malu yang menggunung. Jika perkara seperti itu yang berlaku, saya pasti tak akan boleh memaafkan diri saya sendiri!”

Batrisya dihurung rasa sebak! Dia percaya yang Ainul Mardhiah telah berubah seratus peratus. Ini semua bukanlah persembahan lakonan.

“Saya percaya pada takdir ketentuan Allah ini… Jodoh saya dan Qaireen tidak pernah ada… Sekarang Qaireen milik awak Dhia… dia hanya milik awak seorang..” Digengam tangan milik Ainul Mardhiah itu. Erat! Bagai tidak ingin dilepas langsung. Sungguh, Batrisya langsung tidak rasa ralat melepaskan Qaireen dalam hidupnya. Sedari dahulu lagi, Ainul Mardhiah dan Qaireen sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain!

“Dia bencikan saya Sya…” Luah Ainul Mardhiah bersama keluhan.

“Pujuklah hati dia… dia memang mudah marah.. tapi dia cepat sejuk..” Mereka sama-sama bertukar senyuman. Cuba menguraikan simpulan kasih ini. Ainul Mardhiah sudah bertekad. Dia akan mencuba sehabis daya untuk memujuk Qaireen agar dapat menerimanya dan menempatkan dirinya sebagai seorang isteri yang selayaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience