BAB 2

Romance Completed 11774

Qaireen duduk menekur lantai. Tidak berani menentang wajah Haji Azlan itu. Usai pergaduhan mereka tadi, Haji Azlan mengarahkannya masuk ke dalam bilik.

Ainul Mardhiah! Nama je anak haji, tapi perangai… tak macam anak haji langsung. Dengan pakaian yang terededah sana-sini. Dengan sikap baran dan kurang ajarnya lagi. Budak macam ni memang layak dapat pelempang darinya.

‘Kalau aku kena buang pun, aku redha. Lagipun, rezeki aku bukan tersurat di sini sahaja. Allah lebih tahu yang terbaik buat hambanya.’

“Bila kamu kata yang Ainul kurang ajar, kata-kata tu seperti dapat menuduh yang saya tak pandai jaga anak.” Tutur kata Haji Azlan senada sahaja. Tiada riak marah. Mungkin kedengaran seperti orang kecewa.

“Tuan Haji, jangan salah faham. Saya…” Ah, dia diserang rasa kelu. Entah dari mana perlu mencedok kata. Sebenarnya, memang tak tahu nak cakap apa-apa.

‘Tak akan nak cakap, aku puas kerana dapat melempang anak Tuan Haji. Kalau boleh nak lempang lagi.’ Itu namanya nak mampus!

“Saya faham.. saya tak salahkan awak.. saya pun dah puas tegur cara dia berpakaian… cara pergaulan dia.. Tapi dia tetap dengan keras kepalanya. Mungkin kerana saya selalu ambil remeh tentang dia.” Ujar Haji Azlan perlahan.

Membenarkan Ainul Mardhiah melanjutkan pelajar di luar negara dahulu, dirasakan seperti keputusan yang paling dia kesali. Bagaimana dia boleh melepaskan Ainul Mardhiah. Sedangkan anak gadisnya itu berkeras tidak mahu pergi.

Masa itu, dia hanya fikir yang Ainul Mardhiah akan berlajar berdikari. Berdikari tanpa menyusahkan sesiapa. Memang diakui yang Ainul Mardhiah dahulu keras kepala. Namun masih ada batasnya.

Kini, yang dia dapat lihat adalah keras kepala Ainul Mardhiah. Tidak akan pernah beralah dengan sesiapa sahaja. Kejayaan Ainul Mardhiah dalam pelajaran tidak dapat diimbangi dengan akhlak yang terpuji.

Pergi Australia dengan tudung. Balik pula tanpa tudung. Dulu memang anak perempuannya itu liat untuk memakai baju kurung, namun sopannya tetap masih ada. Kini, kalau boleh, semua nak terdedah. Semua nak seksi.

Inilah semua salahnya. Kalaulah dia tidak berkeras dahulu. Pasti Ainul Mardhiah tidak akan berubah sedrastik ini. Gara-gara kerana terlalu sibuk mengerja harta duniawi, dia tegar melepaskan anaknya ke luar negara.

‘Nama sahaja anak Haji, tapi perangai MasyaAllah…’ Itulah kata-kata yang sering hadir di gegendang telinganya. Namun, menyesal sekarang, sudah tiada ertinya. Berkecil hati dengan dugaan Allah ini, akan membuatkan manusia itu tidak redha dengan ketentuan Ilahi.

Allah pasti lebih mengetahui yang terbaik buat hambanya.

“Haji… mungkin Haji perlu kahwin kan dia dengan sesiapa yang boleh Haji percaya. Untuk bimbing akhlak dia.” Usul Qaireen. ‘Memang nasib kaulah Dhia.. padan muka kau sebab dipaksa kahwin dengan orang yang kau tak suka.’

“Betul jugak idea awak tu.. Tapi dengan siapa? Dengan Haiqal… budak yang dia rapat tu. Itu pun saya tak berkenan. Perangai dua kali lima sahaja. Kalau dia orang bersatu, memang selamatlah gayanya…”

Haji Azlan mula mengeluh perlahan. Badannya disandarkan ke kerusi. Matanya dipejamkan seketika. Tapi, ada satu wajah yang menjelma…

“Apa kata kalau awak kahwin dengan Dhia? Saya rasa, awak je orang yang paling layak membimbingnya.” Gulp! Air liur Qaireen tersekat di celah kerongkong.

Lain yang ingin dirancang. Lain pula yang menjadi. ‘Masalah ni, kau sendiri yang bawak Qai. BODOH!’

“Maaf Haji… saya dah orang yang saya sayang.” Tanpa ragu-ragu, dia melahirkan perasaan. Dia tidak boleh main angguk sahaja. Itu tempah MAUT namanya. Tinggal sepejabat pun diserang garuda, kalau tinggal sebilik… aishh.. tak boleh nak bayang.. Dasyat!

“Saya terkam je tadi.. Saya tahu yang awak tak akan terima Dhia..” Haji Azlan mengeluh sedikit. Sudah hilang punca. Tapi rancangan Qaireen itu akan disimpan kemas dalam pelusuk fikirannya. Ada benarnya juga. Mungkin sudah sampai masanya Ainul Mardhiah berkahwin.

“Terima kasih atas cadangan awak tu. Awak boleh sambung kerja balik.” Haji Azlan sudah mula terfikir sendiri.

Qaireen hanya tersenyum kelegaan. Lega kerana akhirnya dia tidak kehilangan pekerjaan yang dia sangat sukai ini. Yang mencacatkan rasa suka itu adalah dengan kedatangan Ainul Mardhiah. Sejak anak Haji itu bekerja di syarikat ini, semuanya lingkup serta merta.

Namun ada juga hikmahnya. Disebabkan Ainul Mardhiahlah, Haji Azlan mengambil Batrisya sebagai setiausaha anaknya itu. Bagi Qaireen, Batrisya umpama bidadari yang diutuskan untuk berada di dalam sangkar maut. Sangkar kemarahan Ainul Mardhiah.

Namun kerana sifat sabar yang masih menebal, Batrisya masih bertahan sehingga kini. Kesabaran gadis itulah yang mencuit tangkai jiwanya. Membasuh segala kelukaan yang dia pernah alami dahulu. Dalam diam, dia mula menyanyangi gadis hitam manis itu. Mungkin dia tidak secantik Ainul Mardhiah. Namun Batrisya tetap nampak cantik di matanya. Kekal terbaik dihatinya.

Kalau Ainul Mardhiah dikenali sebagai bidadari di Syurga. Batrisya pula adalah bidadari di dalam hatinya. Semua itu sudah cukup buatnya.

“Err.. Qai…” Panggilan Haji Azlan mematahkan langkah Qairen.

“Ada apa-apa lagi ke Haji?” Dia mula merapati meja Haji Azlan.

“Kalau awak berubah fikiran, awak beritahu saya ya?” Errkk… Mata Qaireen mula membuntang. Terkejut tahap king kong!

“Saya bergurau jelah… Hmm, awak ada kenalan yang baik? Maksud saya, mungkin awak ada kawan-kawan yang mungkin boleh membimbing Dhia tu.”

‘Boleh pulak Haji bergurau hal seserius ini. Hati aku dah macam lintang pukang dah.’ Qaireen mula mengarukan kepalanya.

“Hmm, saya tak berapa pastilah. Kawan-kawan saya ramai yang dah kahwin. Tapi saya cubalah bantu mana yang termampu.” Sengaja Qaireen menyedapkan hati Haji Azlan sendiri.

Dia sebenarnya takut juga jika Haji benar-benar berkenan untuk menjadikan dia menantunya. Dia tak payah fikir pun, dia sudah terlalu tahu yang dia bukanlah lelaki yang mampu untuk membimbing keras kepala milik Ainul Mardhiah. Semua itu diluar dayanya.

“Kalau dah jumpa, jangan lupa bagi tahu ya?” Nampak bersungguh benar. Qaireen mula dilanda rasa serba salah kerana menabur janji yang tidak-tidak. Tapi dia akan cuba sedaya upaya untuk membantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience