BAB 24

Romance Completed 11774

Dari balik cermin, Qaireen ralit melihat Ainul Mardhiah yang sedang menyikat rambut panjangnya! Hatinya terlalu bangga apabila Ainul Mardhiah menyimpan kecantikkan untuk dirinya seorang sahaja!

“Kenapa pandang Dhia macam tu?” Walaupun mereka pernah menjadi suami isteri, namun keadaan sekarang sangat berbeza berbanding dahulu. Renungan mata Qaireen penuh dengan rasa cinta yang bagai tidak ketemu kesudahan.

“Tiga tahun tau tak pandang Dhia… mestilah abang nak melepaskan rindu!” Qaireen mula mendekat. Membuatkan Ainul Mardhiah diserang rasa gemuruh!

Rupa-rupanya selama ini, suaminya itu tahu tentang tempat tinggalnya. Semua perkara yang berlaku di rumah kebajikan itu berada di dalam pengetahuan Qaireen. Kerana menyimpan rasa bersalah, Qaireen sudah bertekad untuk membiarkan isterinya itu sendiri selama tiga tahun. Jika ditakdirkan jodoh ini masih kuat, dia akan terus melamar Ainul Mardhiah semula. Dalam masa tiga tahun itu juga, Qaireen mahu isterinya itu lupa pada segala perkara buruk yang pernah menimpa rumah tangga mereka dahulu. Mereka pernah sama-sama pernah tersilap jadi Qaireen tidak mahu tersilap langkah lagi.

Tentang hubungannya dengan Batrisya, awal-awal lagi Qaireen sudah memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan mereka. Batrisya juga tidak boleh menerima Qaireen. Wanita itu sudah menerima hakikatnya yang jodoh mereka, hanya sebagai sahabat. Bukan sebagai suami isteri.

Kemunculan Haiqal yang membawa berbakul rasa serba salah di atas perancangan tangkap khalwat itu membuatkan Haiqal mula rapat dengan Batrisya. Sejak daripada itu, Haiqal sering meminta pandangan tentang Islam melalui Qaireen dan Batrisya. Dan akhirnya, rasa cinta ketika mendalami agama Islam membuatkan Haiqal terpaut pada Batrisya. Akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki. Anak kecil itulah yang dipimpin oleh Qaireen ketika di masjid itu.

Dan pertemuan di masjid itu telah dirancang bersama-sama dengan Rita! Semuanya telah dirancang kemas oleh Qaireen. Namun rancangan manusia ini tidak akan berjalan dengan lancar jika tidak mendapat keizinan daripadaNya. ‘Ya Allah, hebat sungguh perancanganMu!’

“Abang.. kenapa abang masih mahukan Dhia walaupun abang tahu yang Dhia tak boleh mengandungkan zuriat untuk abang?” Dia malu apabila mengenangkan kelemahannya ini. Namun hatinya terlalu tertanya-tanya. Kenapa tidak Qaireen mencari wanita lain sahaja. Wanita yang lebih sempurna.

“Perkahwinan bukan tentang zuriat sahaja Dhia.. perkahwinan itu adalah tentang perjalanan dalam mencari cinta kelas pertama! Cinta pada Allah yang disandarkan pada manusia.. Kalau kita tak mengecapi cinta yang utama, bagaimana kita hendak mula berharap pada manusia sedangkan pengharapan itu adalah milik Dia..

Dalam hal ini, abang yang salah. Semua yang berlaku adalah kerana kata-kata abang. Abanglah yang perlu menangung kifarah dari Allah ini tapi sayangnya sayang juga terkena tempias hukuman ini. Lagipun, buat apa nak anak lagi… kita dah cukup ramai anak di rumah Teratak Umi kan… Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita… Jangan persoalkannya lagi.. Hanya perlu melalui di atas titian itu!” Ainul Mardhiah terharu. Terasa sangat bahagia.

Ainul Mardhiah menjadi lebih malu apabila Qaireen tidak lepas-lepas dari memandangnya. “Eer…. malam ni boleh tak dodoikan Dhia?” Berkerut dahi Qaireen mendengar permintaan isterinya itu. Dia mula tersenyum nakal.

“Hmm,, malam ni tak bolehlah… sebab malam ni abang nak buat overtime! Sayang kena teman abang tau!” Ainul Mardhiah ketawa untuk menahan rasa gundah! Mukanya kebas dibahan rasa malu. Ya Allah, terima kasih dengan rahmat ini.

Cinta kelas pertama adalah apabila kita meletakkan cinta pada kadar yang mencukupi di atas tempat yang sepatutnya! Cinta pada Allah kemudian disandarkan pada seorang manusia yang digelar kekasih. Menghargai dan memiliki dengan penuh keredhaan! Bukan memiliki tapi tidak menghargai hingga membuatkan harga cinta itu menjadi terlalu murah di mata manusia!

Syurga menagih ujian manakala neraka dipagari nikmat! Jangan kau gembira apabila kau menyintai seseorang. Tapi takutlah jika cintamu itu mampu melenyapkan cinta Yang Maha Esa dalam jiwamu. Sesuatu yang kau suka, tidak semestinya akan memberikan kebaikkan kepada dirimu namun sesuatu yang kau benci mungkin mampu mengubah nasibmu ke arah kebaikan.

Orang baik boleh jadi jahat… orang jahat boleh jadi baik… jadi jangan mudah berprasangka buruk terhadap orang jahat dan jangan pula terus berprasangka baik pada orang baik… Sesungguhnya kita perlu mengambil sifat berwaspada… agar sentiasa berhati-hati dalam menjalani karenah dunia yang perlbagai ragam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience