BAB 18

Romance Completed 11774

Qaireen menyapu wajahnya beberapa kali. ‘Ya Allah, bagaimana semua ini boleh berlaku? Akulah yang kejam kerana melayan amanah Allah itu dengan penuh hasutan syaitan. Isteri sepatutnya dilindung, bukan diperlakukan dengan kejam!’ Qaireen mula sedar yang semua ini berpunca dari kesalahannya. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor sebentar tadi.

“Maaf… kami tak dapat menyelamatkan kandungan Puan Ainul…” Qaireen terpempam. Terkedu sendiri. Raut wajah Haji Azlan nyata tersangat kecewa mendengar berita dari tuan doktor itu. Tapi jika Haji Azlan mengetahui kisah yang sebenar, pasti bapa Ainul Mardiah itu akan bertambah kecewa.

“Sabarlah Qai… Tak ada rezeki.” Ditepuk bahu menantunya itu beberapa kali.

“Err…. anak perempuan saya okay je kan?” Apabila melihat Qaireen kelu seribu bahasa, Haji Azlan mengambil inisiatif untuk bertanya tentang kondisi satu-satunya anak perempuannya itu.

“Puan Ainul tak ada apa-apa… cuma…” Doktor itu berjeda sedikit.

“Cuma apa?” Qaireen tidak mampu menahan dirinya dari bersabar. Entah kenapa, hatinya diserang kerisauan.

“Rahim Puan Ainul rosak teruk… Jadi kemungkinan besar, kami terpaksa membuang rahim milik isteri encik!” Haji Azlan beristigfar panjang manakala Qaireen terus terduduk di kerusi yang berada berhampiran dengan mereka.

‘Ya Allah, apa yang dah aku buat?’ Kesal sekarang pun sudah tidak berguna. Segala percaturan Allah telah pun ditetapkan. Tapi mampukah manusia menerimanya dengan berlapang dada?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience