BAB 3

Romance Completed 11774

“You kenapa datang lambat?” Belum sempat punggungnya melabuh di atas kerusi, Ainul Mardhiah sudah hadir dengan suara yang penuh kemarahan.

“Biasalah kalau petang.. Jalan Jammed sayang…” Pujuk Haiqal lembut. Entah macam manalah dia boleh lekat dengan Ainul Mardhiah. Dia sendiri bingung! Padahal gadis ini penuh dengan kemarahan. Nak bermanja, memang haram sekali!

“Habis tu tak reti nak keluar awal?” Tempelak Ainul Mardhiah lagi.

“Dhia… Kenapa ni? You gaduh dengan officemate You lagi ke?” Serkap Haiqal. Dia sudah kenal lama dengan Ainul Mardhiah. Pasti ada seseorang yang menganggu-gugat perasaannya tika ini.

“Excuse me, bukan officemate but kuli I ok. I ni bakal pemilik Mega Holdings!” Bongkak sungguh tutur katanya.

“Sorry-sorry… So, apa salah dia kali ini?” Tanya Haiqal beralah.

“Dia kutuk I. Dia kata jijik tengok I. Memang kurang ajar sungguh! Kalau suka I pakai seksi, cakap jelah suka.. Macamlah I tak faham sangat perangai lelaki ni.” Ainul Mardhiah mendengus keras. Bengang!

“Releks baby… kalau dia tengok You marah-marah macam ni, dia lagilah bertambah suka nak kenakan You.”

Haiqal main cakap sahaja sebenarnya. Dia sendiri pun kadang-kadang malas hendak mendengar bebelan Ainul Mardhiah. Semua perkara pun tak kena! Semua benda pun salah! Hmm, memang bermasalah!

“I tetap tak berpuas hati dengan dia. Dia memang nak kena dengan I.” Ainul Mardhiah mula mengigit bibir.

“You nak buat apa?” Keningnya diangkat sedikit. Tertanya-tanya juga dia dibuatnya. Setahunya, Ainul Mardhiah memang seorang manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak hatinya.

“Sekarang I tak fikir lagi. Yang penting, I akan ajar dia cukup-cukup!” Itu matlamatnya sekarang. Musnahkah Qaireen adalah matlamat utamanya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience