BAB 14

Romance Completed 11774

Qaireen jadi sakit hati melihat perempuan yang berada di hadapannya ini. Sekarang mereka telah sah menjadi suami isteri. Kalau ikutkan rasa marahnya, ingin sahaja dia belasah Ainul Mardiah itu. Kerana perempuan tak guna itu, dia terpaksa melupakan cintanya terhadap Batrisya. Jika Batrisya tidak memujuknya, pasti dia tidak akan sesekali menikahi Ainul Mardhiah.

“Saya tak boleh teruskan semua ini?” Beberapa kali diraup wajahnya. Sungguh, dia terlalu sayangkan Batrisya. Dia sudah memberitahu niatnya ini kepada emak di kampung. Namun sekarang, apa sudah jadi?

“Awak boleh Qai…” Halu sahaja suara Batrisya. Kelihatannya, gadis kesayangannya itu sudah mula tenang sendiri. Hanya dirinya yang masih dilambung gelodak rasa angin taufan.

“Saya cintakan awak Sya…” Pujuk Qaireen lagi.

“Saya pun… tapi saya lebih cintakan Allah.” Ucapan itu kedengaran sungguh tulus di pendengaran milik Qaireen.

“Jalan dah terdampar luas Qai… awak hanya perlu berjalan di atasnya..” Batriysa menggunakan bahasa kiasan untuk memahamkan Qaireen yang suratan telah tertulis sebegini rupa. Tidak ada seorang pun yang boleh menidakkan takdirnya.

“Walaupun tanpa rela?” Sinis Qaireen membalas.

“Kerelaan akan muncul kemudian hari Qai.. Awak memang seorang manusia yang paling layak untuk membimbing Dhia..” Pujuk Batrisya lagi. Dia akan sedaya upaya cuba memujuk. Dia terima bahawa takdir tidak menyebelahi mereka untuk bersama.

Usai Batrisya memujuknya, datang pula Haji Azlan. Haji Azlan menawarkan dia saham di syarikat Mega Holdings dan akan menyerahkan 50 peratus harta miliknya di atas nama Qaireen. Semua ini akan jatuh ke dalam tangan Qaireen jika dia mengahwini anaknya.

“Haji macam jual anak sendiri!” Tidak segan-segan dia melahirkan kata. Terlupa bahawa Haji Azlan adalah majikannya. Qaireen perasaan pada perubahan wajah Haji Azlan itu.

“Saya sanggup menjual anak saya untuk lelaki seperti kamu Qai.. Bimbinglah dia selagi terdaya.. Asuhlah dia kerana saya gagal untuk mengasuhnya dengan baik…” Sebak nada suara Haji Azlan tika menyampaikan kata. Dia juga sudah menggelar dirinya sebagai papa.

Kerana simpati pada Haji Azlan yang baik hati itu, dia mula menganggukkan kepalanya. Bersetuju untuk berkahwin. Kerana cintanya pada Batrisya, dia setuju untuk beralah untuk menerima Ainul Mardhiah sebagai isteri yang sah di sisi agama. Namun hatinya penuh dengan dendam. Ainul Mardhiah harus membayar kebahagian yang dia pertaruhkan ini!

Perkahwinan ini juga tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun! Itu syarat yang dikenakan oleh Qaireen sendiri. Keluarganya pun tidak mengetahui perihal ini.

“Kau tak payah menangislah bodoh!” Tengking Qaireen kasar. Sengaja dia membawa Ainul Mardhiah untuk tinggal di rumahnya ini. Dia tidak mahu jika Ainul Mardhiah terus dapat bermanja di rumah sendiri setelah apa yang perempuan itu lakukan terhadap cintanya.

“Kenapa awak nak hukum saya Qai? Bukan ke saya nak minta maaf… Semua ini bukan angkara saya. Memang saya mengaku yang saya pernah berniat jahat tapi itu dulu… sebelum saya kenal Sya dengan lebih baik.. Sebelum saya kenal Islam dengan lebih mendalam.” Luah Ainul Mardhiah dengan linangan air mata. Kenapa susah sangat untuk Qaireen faham dan mengerti yang dia tidak bersalah dalam hal ini!

“Hah, akhirnya kau mengaku jugak yang kau pernah berniat buruk pada kami!” Tengking Qaireen kembali. Entah kenapa, bila hal itu melibatkan Ainul Mardhiah, dia akan cepat marah dan melenting. Kesabarannya tidak pernah wujud untuk Ainul Mardhiah.

“Itu dulu… keadaan dah berubah sekarang.. Tak boleh ke awak maafkan saya? Besar sangat ke salah saya?” Apalah dayanya jika Qaireen terus menerus menolak dirinya. Qaireen harus sedar, dalam dunia ini semua manusia pernah melakukan kesalahan!

“Maaf….” Muka Qaireen sinis. Kakinya melangkah merapati Ainul Mardhiah. Entah kenapa, dia rasa lain macam bila berhadapan dengan Ainul Mardhiah tika ini. Ditarik tudung Ainul Mardhiah yang tersarung kemas itu hingga menguraikan rambut ikal mayangnya.

Qaireen sedikit tergamam. Walaupun dia pernah melihat rambut Ainul Mardhiah sebelum ini, namun malam ini dia terasa lain macam. Wajah Ainul Mardhiah kelihatan cantik sangat di pandangan matanya. Qaireen mula rasa sesuatu.

“Qai.. awak nak buat apa ni?” Ainul Mardhiah sudah mula cuak melihat reaksi pelik Qaireen.

“Bukan ke ini yang kau nak? Bukan ke ini benda yang kau harap sangat bila dapat kahwin dengan aku! Jadi aku akan kotakan permintaan kau tu!” Ainul Mardhiah mula menangis tika Qaireen sudah mendekati.

‘Berdosakah aku jika aku menolak? Namun relakah aku untuk menyerah?’ Akhirnya, malam itu bertandang tanpa kerelaan Ainul Mardhiah sendiri. Adakah ini harga bayaran di atas dosa silamnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience