BAB 20

Romance Completed 11774

“Sya… terimalah Qai… dia masih cintakan awak!” Pujuk Ainul Mardhiah untuk kesekian kalinnya.

“Antara saya dan Qai, kisah kami dah menemui noktahnya.. Lagipun, saya pasti yang dia sayangkan awak Dhia.. Kalau tak, tak kan dia jaga awak macam nak gila waktu awak berpantang!” Batrisya sedar yang Qaireen sudah mula memberikan perhatian terhadap isterinya. Memang itulah harapannya. Dia berharap yang Allah membahagia rumah tangga Ainul Mardhiah dan Qaireen.

Ainul Mardhiah tersenyum hambar. Sebenarnya ada perjanjian antara mereka. Qaireen sudah berjanji akan melepaskan dirinya selepas sahaja habis tempoh berpantang. Kerana itu dia ingin memujuk Batrisya agar kembali semula kepada Qaireen. Sekurang-kurangnya dia ingin memastikan yang Qaireen mendapat ganti yang lebih baik daripadanya.

“Lagipun kalau dia tak sayang awak, tak adalah sampai awak mengandung kan…” Usikkan Batrisya itu mematahkan senyuman milik Ainul Mardhiah. ‘Kalaulah Sya tahu cara macam mana abang mendekati aku, pasti gadis itu akan bersikap perjudis terhadap abang… tak boleh! Sya tak boleh tahu hakikat yang sebenar.. Biarlah rahsia ini menjadi rahsia kami berdua sahaja! Lagipun, bukankah seorang isteri wajib menjaga maruah seorang suami!’

“Kami dah ambil keputusan untuk berpisah….”

“Hah!” Kuat Batrisya menjerit.

“Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Hanya semata-mata awak tak boleh mengandung, terus dia buang awak macam tu je? Lelaki jenis apa tu? Tak bertanggungjawab langsung!” Marah Batrisya lagi. Sebenarnya Qaireen langsung tidak mengetahui yang dia sedaya upaya memujuk hati Batrisya untuk menerima suaminya itu.

“Saya dah tak boleh mengandung.. Buat apa dia simpan saya lagi.. Lagipun, saya yang minta perpisahan ni…” Betapa sedihnya apabila mengingati kelemahan diri. ‘Bagaimana nasibku di akhirat kelak? Tiada anak-anak yang akan mendoakan kesejahteraan hidupku nanti?’

Ingatannya terjatuh jauh kepada arwah ibunya. Jarang sekali dia membaca surah yasin untuk disedekahkan kepada arwah yang telah pergi. Mungkin ini balasan untuk dirinya pula? Sesungguhnya, kelukaan yang dirasai hari ini adalah seperti hendak membasuh dosa semalam. Apa yang mampu dia lakukan ialah menerima segala ketentuan Allah ini dengan hati yang terbuka.

“Sya… tolong terima Qai… tolong jaga dia….” Batrisya mengeluh mendengar rayuan Ainul Mardhiah itu. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Ainul Mardhiah merenung anak mata milik Batrisya. Mengharapkan sinar kebahagiaan untuk hari esok!

“Jauh termenung….” Teguran itu membuatkan Ainul Mardhiah berpaling. Qaireen sedang berdiri di pintu biliknya.

Hati Qaireen rasa sebak melihat kain milik Ainul Mardhiah yang berada di atas katil itu. Hari ini hari terakhir mereka bergelar suami isteri. Esok, meraka akan melalui prosiding mahkamah berkenaan kes perceraian.

“Banyak lagi nak kemas?” Tanya Qaireen ramah. Ainul Mardhiah sedar yang sejak suaminya itu menjaga dirinya ketika pantang, perangai Qaireen telah berubah seratus peratus. Mungkin inilah orang yang dicintai oleh Batrisya. Walaupun agak terlewat, tapi itu lebih baik dari tidak memilikinya langsung!

“Sikit je lagi..” Baru sahaja Ainul Mardhiah ingin bangun, tiba-tiba tangannya ditarik ke belakang sedikit. Badannya ditarik agar memeluk suaminya itu.

“Maafkan abang….” Kerana dia sudah terlalu banyak menyakiti Ainul Mardhiah, dia mengambil keputusan untuk melepaskan isterinya itu. Kerana dia tidak sanggup untuk melukai isterinya untuk hari yang mendatang. Dia silap dalam mentafsir sikap Ainul Mardhiah.

“Dah banyak kali abang minta maaf… Dhia dah maafkan.. Dhia pun banyak salah dengan abang.. Dhia tahu, dulu Dhia selalu cabar kesabaran abang!” Mula-mula dia sedikit teragak-agak untuk membalas pelukan suaminya itu. Mungkin inilah kali terakhir mereka akan berada dalam keadaan ini. Sedihnya seperti tidak terkira!

‘Ya Allah… kuatkah aku untuk menghadapi perpisahan ini lantaran kasih dan jiwaku telah dirantai oleh cintanya?’

“Dhia… abang….” Qaireen agak ragu-ragu untuk meluahkan rasa cintanya terhadap Ainul Mardhiah! Sebenarnya, dia pernah sukakan Ainul Mardhiah satu ketika dahulu. Sebelum menyintai Batrisya, hatinya terlebih dahulu dijatuhkan pada Ainul Mardhiah. Namun apibila membayangkan penolakan Ainul Mardhiah nanti, terus dia mengajar diri untuk membenci isterinya itu.

“Abang harap kita masih boleh jadi kawan….” Lain yang dirancang, lain pula yang terkeluar dari mulutnya. Hatinya mula mengeluh sendiri.

“Kita akan berkawan sampai bila-bila…” Tutur Ainul Mardhiah pula.

“Sebelum apa-apa yang terjadi pada hari esok, boleh tak abang buat permintaan yang terakhir?”

“Apa dia?” Terasa syahdu apabila mengenangkan perkataan terakhir itu. Ya.. untuk kali yang terakhir…

“Abang nak dodoikan Dhia tidur boleh?” Ainul Mardhiah tergelak mendengar permintaan dari suaminya itu. Sebenarnya Qaireen ada helah yang tersendiri. Apabila Ainul Mardhiah sudah tidur nanti, bolehlah dia menatap wajah isterinya itu sepuas mungkin. Untuk bekalan mengubati rindunya nanti.

“Dhia pun ada satu permintaan jugak…”

“Apa dia?”

“Dhia nak tidur atas riba abang malam ni…” Ya Allah… hanya Allah yang tahu keperitan yang menjalar di kepingan hati. Tanpa menunggu masa lagi, terus Ainul Mardhiah melabuhkan kepalanya di peha milik Qaireen. Matanya dipejamkan rapat. Cuba untuk menghalang air mata dari terus mengalir. Namun Qaireen perasaan pada kelopak mata isterinya yang berair itu.

“Lagu ni khas untuk isteri abang….” Qaireen mula mengawal sebak! Tangannya menepuk lembut bahu Ainul Mardhiah. Mengalirkan rasa cinta yang tidak terhitung banyaknya. Sungguh, dia sudah terlalu banyak melukakan hati Ainul Mardhiah

Dirimu pembakar semangat perwira

Rela berkorban demi agama

Kau jadi taruhan berjuta pemuda

Yang bakal dinobat sebagai syuhada

Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga

Bersemayam di mahligai bahgia

Anggun gayamu wahai seorang puteri

Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri

Untuk melakar satu wacana

Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah

Kau seharum kuntuman di Taman Syurga

Menanti hadirnya seorang lelaki

Untuk menjadi bukti cinta sejati

Ooh! Tuhanku

Bisakah dicari di dunia ini

Seorang wanita bak bidadari

Menghulurkan cinta setulus kasih

‘Sungguh, aku tidak akan mampu untuk mencari isteri sepertinya lagi! Jika Ainul Mardhiah itu digelar bidadari di Syurga, tetapi isterinya ini adalah bidadari yang menemani hatinya. Tidak akan bisa diganti walau diredah segenap pelusuk dunia sekalipun.

“Ainul Mardhiah adalah bidadari hati abang!” Cinta itu memang sudah mekar di dalam hatinya. Cuma biarlah Ainul Mardhiah mencari kebahagiaannya sendiri.

Tanpa sedar, air mata Qaireen jatuh membasahi pipi Ainul Mardhiah! Ainul Mardhiah hanya membenarkan ia hadir tanpa diseka. Sungguh, dia teramat bahagia.. Cukuplah… Dia tidak mahu minta lebih lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience