BAB 10

Romance Completed 11774

“You create a very successful acting.” Puji Haikal apabila melihat Ainul Mardhiah yang bertudung itu.Tidak berkelip matanya memandang kekasihnya itu. Kerana inilah kali pertama dia melihat Ainul Mardhiah sesopan ini.

Ainul Mardhiah hanya mendiamkan diri. Sedikit sebanyak dia terkejut dengan kehadiran Haikal ke pejabatnya ini walaupun memang acap kali lelaki ini bertandang ke pejabatnya ini.

“This is not a game.. This is a reality… I memang dah pakai tudung sekarang.” Dia terlalu menyintai Haikal. Dan dia juga ingin Haikal berada di jalan yang dia jalani sekarang. Inilah erti hidup yang sebenar.

“Are you serious?” Haikal agak tergamam seketika.

“Really serious….”

“Macam mana boleh jadi macam ni? Sepatutnya you yang permainkan dia orang.. Bukan macam ni…” Muka Haikal sedikit berkeruh. Dia pelik… tersangat pelik… Bukankah Ainul Mardhiah sentiasa dikenali dengan perangai keras kepalanya. Mana pergi semua itu?

“Ini adalah jalan yang Allah titipkan kepada I.. I bahagia Haikal.. Dan I lebih bahagia sekiranya you pun beriringan bersama-sama dengan I.” Pujuk Ainul Mardhiah perlahan. Dia tahu Haikal memiliki spesis hati yang sangat lembut. Pantang dipujuk, pasti akan cepat cair.

“Sorry Dhia… I tak boleh terima semua ni.. Kan I pernah warning dengan you… jangan pernah bagi ceramah dekat I pulak. I lebih tahu mana yang terbaik untuk diri I. I tak bersedia nak jadi baik macam You.. Belum bersedia untuk menghadapi perubahan… I masih belum puas nak enjoy dalam hidup ni. Kalau You sayangkan I, You just tinggalkan semua ni dan kembali seperti sedia kala.”

Ainul Mardhiah mengeluh di dalam hati. Bukan kerana perasaaanya telah berbelah bahagi.. Tapi kerana dia tidak berjaya membimbing orang yang dia saying kembali ke pangkal jalan. Dia tidak sanggup membiarkan Haikal terus sesat.

“Kalau macam tu.. kita berpisah jelah.. Sebab I tak akan sesekali membelakangkan agama I.” Haikal mendegus kasar mendengar jawapan Ainul Mardhiah.

“Kepala you memang dah kena basuh habis-habis ke sampai you macam tak boleh berfikir langsung. Berapa lama you kenal I? Berapa lama you belajar agama ni? Tak kan you tak boleh nak pilih I?” Tanya Haikal tidak berpuas hati. Dia tidak pernah menyangka yang dia akan bersaing dengan agama. Kalau lelaki yang lebih hensem dan kaya, boleh juga diterima dek akal. Ini tidak. Ainul Mardhiah ingin meninggalkan dirinya disebankan agama. Tak masuk akal sungguh?

“I dah lama kenal agama ni.. Tapi sayang sebab I terlewat untuk menyintainya.. I pun harap you pun tak terlewat Haikal.. Kita sama-sama ada peluang dan ruang untuk baiki keadaan.” Pujuk Ainul Mardhiah lembut.

“Mengarutlah semua ni!” Sejurus itu, terus Haikal bangun dan keluar dari pejabatnya. Ainul Mardhiah hanya menghantar melalui pandangan mata.

‘Mungkin aku kehilangan kekasih di muka bumi ini.. tapi aku tidak sanggup untuk kehilangan jejak kasih abadi dariNya. Sesungguhnya, hanya padaNya tempat aku berpaut dan bersandar.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience