ALEYA menghempaskan telefon pintarnya di atas katil. Dia geram dengan tindakkan Qasyi yang sesuka hati memutuskan perhubungan mereka. Nasibnya sama saja seperti kesemua bekas teman wanita lelaki itu. Air mata palsunya diseka kasar. Dia mencapai semula telefon pintar yang dicampak tadi. Nama Datuk Halim dicari.
“Helo, Datuk… you free tak hari ni? Boleh temankan I tak malam ni?”
Dia memulakan perbualan apabila taliannya bersambut.
“Okey, I tunggu Datuk kat rumah,” ujarnya manja.
Usai berbual, dia mematikan talian. Telefon pintar itu dilambung-lambungkan.
“Huh! Dia ingat dia sorang je ke banyak duit? Ramai lagilah orang-orang kaya yang nakkan aku! Pangkat Datuk lagi tau! Kalau setakat muka je handsome tapi ajak masuk club pun tak nak, baik tak payah! Saja nak tunjuk alimlah tu! Kalau kau alim, tak adanya kau nak usung perempuan sana sini!”
Aleya mencemuh Qasyi.
Share this novel