“PAPA, macam mana dengan Zihah kat ofis?” tanya Qaleef ketika dia, Dato’
Johan dan Qasyi sedang makan malam di rumah.
Suapan Qasyi terhenti apabila mendengar nama Nazihah keluar dari mulut adiknya.
“Hai, dah sebulan lebih dia kat sana baru Qaleef nak tanya?”
“Qaleef kan sibuk dengan quiz and exam? Sekarang baru ada masa nak tanya,” jawab Qaleef.
“Dia okey. Rajin budaknya,” puji Dato’ Johan.
“Qaleef kenal Zihah ke?” Qasyi menyampuk.
“Dia senior Qaleef.”
Jawapan Qalif menarik minat Qasyi untuk terus bertanya.
“Qaleef rapat dengan dia ke?”
“Tak rapat sangat, kenal-kenal gitu je...”
Dato’ Johan memandang Qasyi lama. Dia pelik melihat anak sulungnya bertanya tentang Nazihah.
“Qaleef tak ada rasa sesuatu yang pelik ke kat sini?” soalnya kepada Qaleef
“Apa yang pelik, pa?” soal Qaleef dan Qasyi serentak.
“Ada orang tu bila makan malam je selalu lesap tapi hari ni ada pulak!”
Dato’ Johan tersenyum memandang Qasyi.
“Haah la, pa. Sejak along balik dari outstation sebulan lebih dulu, along dah jarang keluar malam.”
Qaleef mengiakan kata-kata papanya.
“Papa ni mesti nak sindir along la tu. Along dah malaslah nak keluar malam. Penat. Tak larat nak layan kerenah dia orang,” jawab Qasyi malas.
“Ya ke penat? Dulu tak penat pun. Sekarang pulak mengeluh?” giat Dato’ Johan lagi.
Qasyi meneruskan suapannya. Malas dia mahu melayan usikan papanya itu.
“Qaleef nak tahu tak? Papa ada ternampak along cuba nak tackle Zihah tau. Tapi sayangnya, Zihah tak layan,” cerita Dato’
Johan.
Dia teringat kejadian Nazihah menolak ajakan anaknya untukkeluar makan. Ketika itu dia sengaja meronda-ronda untuk melihat anak-anak buahnya berkerja. Ketika dia sampai di bahagian Nazihah diletakkan, dia ternampak kelibat anak sulungnya. Dia bersembunyi untuk melihat perilaku anaknya. Kemudian dia cepat-cepat beredar dari tempat persembunyian apabila melihat kelibat anaknya yang beredar dengan muka yang masam.
“Ya ke, pa? Papa tengok Zihah tu sesuai tak jadi bakal menantu papa?”
Giliran Qaleef pula mengusik Qasyi.
“Sesuaiii... sangat! Oarangnya pun baik, lemah-lembut dan hormat orang tua. Yang paling penting perangai dia tak macam kesemua bekas teman wanita along yang seksi sana, seksa sini, pakai pakaian macam tak cukup kain tu.”
Dalam memuji perangai Nazihah, sempat lagi Dato’ Johan mengutuk perangai bekas teman wanita Qasyi.
Muka Qasyi sudah memerah.
“Along naik atas dululah, pa.” Dia membasuh tangan.
“Eh, sikitnya along makan?” soal Dato’ Johan apabila melihat nasi di pinggan Qasyi yang luak sedikit saja.
“Along dah kenyang,” jawab Qasyi lalu berjalan menuju ke tangga.
“Along malulah tu, pa. Muka pun dah merah. Hahaha...”
Qaleef dan Dato’ Johan ketawa kuat.
Qasyi berdiri di balkoni bilik. Dia termenung jauh.
“Macam mana aku boleh tak perasan papa ada kat situ masa tu? Hesy, buat malu aku je!”
Qasyi menepuk kuat pipinya. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Dia masuk ke dalam bilik lantas mendapatkan telefon pintar yang diletakkan di atas katil. Nama Aleya tertera di situ.
“Tak faham bahasa betullah perempuan ni!”
Dia menonyoh ikon hijau. Telefon dilekapkan ke telinga.
“Qasyi, I tak percaya you nak putuskan perhubungan kita. You gurau je, kan?” Aleya merengek di hujung talian.
“I tak bergurau, Leya! Memang I nak putuskan perhubungankita. You pun memang tahu kan perangai I macam mana? Bila I dah bosan, I akan tinggalkan perempuan tu. You sendiri yang nak jugak menyendeng dekat I kan? Jangan nak salahkan I bila I putuskan hubungan kita.”
“Kenapa you buat macam ni pada I? You dah jumpa orang lainke?” Aleya menangis teresak-esak.
“Yes, I memang dah jumpa orang lain. Tapi kali ni I dah jumpa dengan cinta sejati I yang sebenar-benarnya. Pencuri tulang rusuk I. I harap you takkan ganggu hidup I lagi lepas ni!”
Usai berkata-kata, Qasyi mematikan talian. Dia tak menghiraukan panggilan Aleya di hujung talian. Dia membaringkan dirinya di atas katil. Di ruang matanya hanya terbayangkan wajah Nazihah.
Share this novel