BAB 7

Family Completed 36488

NAZIHAH merebahkan badannya di katil. Sebaik habis kuliah, dia terus pulang ke rumah teres yang disewa bersama dua orang pelajar tahun dua yang kebetulan sedang mencari bilik sewa pada ketika itu. Dia bangkit dari pembaringan lantas melangkah ke almari. Pintu almari dibuka, dia mengeluarkan sebuah kotak sederhana besar dan dibawa ke katil.

Perlahan-lahan penutup kotak itu dibuka. Semua isi di dalam kotak itu dikeluarkan. Dia membelek keratan-keratan akhbar mengenai Dato’ Johan yang dikumpulnya suatu ketika dahulu. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Dia meletakkan kembali keratan tadi ke dalam kotak, kemudian melangkah ke arah pintu dan menguak sedikit pintu itu.

“Kak Zihah, nak pinjam kereta boleh tak? Sofea dengan Aida nak pergi Kinokuniya kejap, nak cari buku,” pinta Sofea.

“Akak ambil kunci kereta kejap.”

Nazihah menutup pintu bilik dan mencapai kunci kereta yang diletakkan di atas meja solek. Kemudian menyerahkan kunci kereta ke tangan Sofea.

“Thanks, Kak Zihah...”

Nazihah menutup pintu biliknya semula lantas mendapatkan katil. Keratan tadi dikeluarkan semula. Dia tersenyum seorang diri.

“Syukur alhamdulillah, plan aku untuk masuk ke dalam syarikat Dato’ Johan dah berjaya. Nasib baik Qaleef percaya alasan aku. Kalau tak, terpaksalah aku guna cara lain.”

Dia menyimpan semula kotak itu ke dalam almari lantas keluar dari biliknya untuk ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience