BAB 13

Family Completed 36452

NAZIHAH melemparkan pandangan ke sekeliling medan selera di KLCC. Waktu-waktu rehat begini ramai yang mengisi perut. Dia menongkat dagu menunggu Eshan, abang sepupunya yang sedang membeli makanan. Dia menyedut air teh O ais limau yang dibelinya tadi.

“Nasi ayam penyet dah sampai.”

Eshaan meletakkan sepinggan nasi ayam penyet di hadapan Nazihah. Selepas membaca doa, Nazihah mula menyudukan nasi ayam penyet ke mulutnya.

“Apa rancangan Zihah lepas ni?” tanya Eshaan.

“Entahlah, bang. Zihah pun tak pasti lagi. Tapikan... Uncle Johan tu baik sangat dengan Zihah. Ni yang buat Zihah tak sabar nak teruskan misi Zihah ni.”

Nazihah mengukir senyuman apabila terbayangkan wajah Dato’ Johan.

“Zihah perasan tak ada sorang lelaki tu pandang semacam je masa Zihah naik kereta abang tadi?”

“Perasan. Tulah Qasyi Umair, anak sulung Uncle Johan.”

“Ooo, yang tu ke Qasyi? Handsome jugak orangnya. Padanlah ramai perempuan tergila-gilakan dia. Tapi kenapa cara pandangan dia macam tak puas hati je?”

Eshaan mengerut dahi.

“Dia ajak Zihah lunch tapi Zihah tolak.” Nazihah bercerita.

“Kenapa Zihah tolak?” Eshaan mengerut dahi.

“Tak naklah Zihah, nanti dia ingat Zihah syok kat dia pulak.”

“Betul Zihah tak syok kat dia?” Eshaan mengecilkan mata.

“Betul! Lagipun abang pun tahu kan sebab apa Zihah nak masuk ke dalam syarikat tu? Zihah ke situ bukan untuk bercinta. Susah payah Zihah cuba yakinkan Qaleef supaya percayakan Zihah,” jelas Nazihah.

“Tapi macam mana kalau Qasyi betul-betul cintakan Zihah?” Eshaan mengangkat keningnya sedikit.

“Itu tak boleh, bang. Kalau dia cuba nak mendekat, Zihah pulak akan menjauh!” tegas Nazihah.

“Kenapa pulak tak boleh?”

“Sebab dia tu kasanova. Zihah tak nak hidup menderita. Makan hati berulam jantung je Zihah nanti sebab ramai sangat yang berebutkan dia.” Nazihah menyisip minumannya.

“Tapi dia boleh berubah kalau dia betul-betul sukakan Zihah.”

Wajah Nazihah Eshaan tenung tajam cuba menganalisa apa yang tersirat di hati gadis itu. Nampaknya dia gagal. Gadis itu pandai menyembunyikan rahsia hati.

“Dahlah, bang. Zihah tak nak fikir pasal cinta buat masa sekarang. Apa yang penting, macam mana Zihah nak teruskan rancangan Zihah. Itu je yang Zihah perlu fikirkan sekarang. Kalau abang dah habis makan, jom kita balik.”

Eshaan mengeluh perlahan. Zihah… Zihah… dia menggeleng kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience