BAB 16

Family Completed 36452

“KERETA Zihah bila siap?” soal Eshaan yang sedang memandu.

Sejak semalam dia menjadi pemandu tak bergaji Nazihah kerana kereta gadis itu dimasukkan ke bengkel.

“Entah. Orang tu cakap dah siap nanti dia call.”

“Petang ni abang tak dapat jemput Zihah sebab lepas ni abang kena pergi outstation. So, Zihah kena balik naik teksilah dua tiga hari ni. Tak pun Zihah minta tolong Qasyi hantarkan ke?”

Eshaan mengusik. Dia menjelng sekilas ke sisi.

Nazihah mencebik.

“Nak buat apa suruh dia hantarkan? Dahlah banyak kali Zihah tolak pelawaan dia. Teksi pun banyak, Zihah naik teksi je nanti,” jawabnya.

Dia teringat setiap kali Qasyi mengajaknya keluar, pelbagai alasan yang dia berikan tapi lelaki itu tetap tak jemu mengajaknya sehingga dia naik rimas dengan Qasyi yang asyik mengejarnya.

“Morning, dear…” ucap Qasyi.

Ketika itu dia dan Nazihah berada di dalam perut lif. Hanya mereka berdua saja di dalam.

“Morning,” jawab Nazihah sepatah.

Uwek! Tak payah nak dear sangatlah! Nak muntah hijau aku dengar!

“Awak dah breakfast?” Lembut Qasyi bertanya.

Adess, ni yang tak tahan ni bila dia buat suara macam tu. Sabar, hati… jangan cair kat kasanova ni! Nazihah menarik nafas perlahan.

“Saya puasa hari ni, Encik Qasyi,” bohongnya.

Isy, kenapalah aku pergi tahan lif ni tadi? Kalau aku tahu dia yang ada kat dalam, baik aku naik tangga je!

“Ooo… saya baru je nak ajak awak teman saya breakfast.”

Nada suara Qasyi kedengaran hampa.

Sebaik saja lif terbuka, Nazihah tergesa-gesa keluar. Dia tak mahu berlama-lama dengan Qasyi. Sebaik saja meletakkan beg tangan ke dalam laci meja, dia berkira-kira sama ada mahu ke pantri atau tak. Dia takut terserempak dengan lelaki itu pula nanti.

“Nak pergi, ke tak nak? Nak pergi ke tak nak? Ah, pergi jelah! Dia kan ada PA, mestilah Awin yang buatkan dia air!”

Nazihah bangkit dari kerusi lalu melangkah ke pantri.

Sekotak jus oren dikeluarkan dari peti sejuk. Dia melangkah ke rak yang menempatkan muklantas menuangkan jus oren. Perlahan-lahan dia meneguk.

“Kata puasa?!”

“Uhuk! Uhuk!”

Sergahan Qasyi membuatkan Nazihah tersedak. Tertumpah sedikit jus oren ke baju kurung putih yang dipakainya.

“Awak tipu saya eh? Kalau awak tak sudi kenapa tak berterus terang? Susah sangat ke nak berterus terang?”

Qasyi mencerun garang.

Nazihah membisu. Dia memandang tenang ke wajah Qasyi. Langsung tak ada rasa takut.

“Saya peliklah dengan awak ni. Kenapa setiap kali saya ajak awak pergi mana-mana awak tolak?”

Sebab aku tak nak jatuh cinta pada kaulah! jawabnya dalam hati.

“Sebab saya tak nak kekasih-kekasih Encik Qasyi salah faham. Nanti tak pasal-pasal saya jadi mangsa dera kekasi-kekasi encik tu.”

Qasyi tersengih mendengar jawapan Nazihah. “Ooo, sebab tu rupanya. Awak tak payah risau, saya dah single. Tak akan ada sesiapapun yang marah kalau saya keluar dengan awak,” katanya yang masih lagi tersengih.

“Lagipun, saya dah pencen dengan perangai kasanova. Hati saya cuma kejar awak je.”

Senangnya dia ni. Bila dah jemu, buang! Apa dia ingat perempuan ni kereta ke?! Bila tengok kereta model baharu keluar terus beli. Kereta lama pulak dipinggirkan. Nazihah memang anti dengan lelaki yang suka mempermainkan perasaan perempuan. Sebab itulah dia sering menjauhi Qasyi.

“Temankan saya lunch hari ni?”

Nazihah membisu. Dia telah kehabisan idea untuk menolak. Alasan apa aku nak bagi ni? Inche Idea, tolonglah datang cepat!!!

“Zihah, Dato’ Johan panggil,” ujar Laila yang tiba-tiba muncul di pantri.

Nazihah segera berlalu. Dalam hati dia berterima kasih kepada Laila yang datang tepat pada waktunya.

“Dah sampai. Tak nak turun ke?”

Nazihah tersentak. Suara Eshaan mengembalikannya ke alam nyata. Dia membuka tali pinggang keledar.

“Eh, kejap!” tahan Eshaan apabila Nazihah ingin membuka pintu kereta.

“Kenapa, bang?” Nazihah pelik.

“Cuba tengok tu, Qasyi tengah pandang kita. Zihah duduk diam-diam, biar abang yang bukakkan pintu kereta.”

Matanya memandang Qasyi yang sedang berdiri di depan pintu masuk lobi, memerhatikan mereka.

“Eh, tak payahlah, bang!” tolak Nazihah. Dia tak selesa dengan pandangan Qasyi.

“Zihah duduk, abang saja nak tengok reaksi dia. Firasat abang benar-benar mengatakan yang Qasyi betul-betul suka kat adik abang ni. Bukan seperti yang Zihah fikirkan.”

“Apa yang Zihah fikirkan?” soal Nazihah pura-pura tak mengerti.

“Zihah ingat abang tak tahu? Dalam hati Zihah tu fikir yang Qasyi hanya nak mempermainkan Zihah macam bekas kekasih dia yang lain, kan?”

Usai berkata-kata, Eshaan membuka pintu keretanya laju dia melangkah ke bahagian penumpang lalu membuka pintu untuk Nazihah. Dia memandang Qasyi dengan hujung matanya. Dia dapat melihat api cemburu di muka lelaki itu.

Qasyi yang tak tahan melihat aksi yang dirasakan cukup romantik itu terus melajukan langkahnya masuk ke dalam bangunan Impiana Holdings.

“See… kan betul apa yang abang rasa. Zihah sendiri Nampak muka dia macam mana tadi, kan?” ujar Eshaan setelah Qasyi berlalu.

“Apa-apa jelah, malas nak fikir. Zihah masuk dalam dulu.
Drive carefully, bang…”

Nazihah melangkah masuk ke dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience