BAB 29

Family Completed 36488

USAI majlis pernikahan antara Dato’ Johan-Khalidah dan Qasyi-Nazihah, mereka berkumpul di ruang tamu beramai-ramai.

“Zihah, thanks sebab kembalikan mama kepada papa. Papa amat menghargai pertolongan Zihah,” ucap Dato’ Johan.

“Tak apa, pa. Itu dah memang tanggungjawab Zihah. Zihah sanggup buat apa saja untuk tengok mama gembira semula. Mama dah banyak hidup menderita di sebabkan arwah ayah Zihah,” kata Nazihah pula.

“Thanks, Zihah… thanks sebab satukan kembali keluarga abang. Kalau Zihah tak muncul kat syarikat papa, mungkin abang masih jadi playboy lagi kot.”

Qasyi menggenggam erat tangan Nazihah.

“Kalau tak disebabkan Qaleef, mesti along tak bertemu dengan kak long tau. Dahsyat betul along ni tau, ma. Sampai berhujan dia merayu kat kak long supaya terima lamaran dia.”

Qaleef mengungkit semula kejadian yang menyebabkan Qasyi demam.

“Yalah. Terima kasih jugak pada Encik Qaleef Haikal kita ni yang dah berjaya pujuk papa supaya pilih Zihah untuk program praktikal kat ofis tu,” kata Qasyi lagi.

Mereka ketawa lagi.

Nazihah bersyukur di dalam hati kerana segala rancangannya berjalan lancar. Sekarang, keluarga suaminya sudah bersatu kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience