BAB 11

Family Completed 36452

“ENCIK QASYI nak apa?” tanya Laila selepas setengah jam Nazihah keluar dari bilik Qasyi.

“Tak ada apa-apa. Dia cuma nak kenal dengan ahli baru Impiana Holdings je,” jawab Nazihah sambil melemparkan senyuman.

“Hati-hati sikit dengan Encik Qasyi tu, Zihah.”

Laila mengeecilkan matanya.

“Kenapa, kak?” Nazihah mengerut dahi.

“Dia tu pantang tengok perempuan berdahi licin. Semua nak ditacklenya. Nak-nak lagi macam kau ni. Cantik... putih... dah cukup pakej tu!” terang Laila tanpa memandang sekeliling.

“Apa yang dah cukup pakej tu, Kak Laila?!” sergah Qasyi yang tiba-tiba muncul di situ.

“Oh pakej kau cantik kau handsome! Bila mau kahwin? Eh...eh...” latah Laila sambil jari telunjuknya dituding pada Nazihah dan Qasyi. Dia menggaru kepalanya yang di lapik tudung.

Semua pekerja ketawa kuat mendengar latah Laila. Beberapa saat kemudian suasana menjadi sunyi apabila melihat muka Qasyi yang serius tanpa secalit senyuman.

“Sorry, Encik Qasyi. Jangan ambil hati dengan kata-kata saya tadi eh?” ucap Laila takut-takut.

“Tak sangka Kak Laila ni kaki latah.”

Qasyi ketawa dan berpaling untuk berlalu ke biliknya.

“Sorry eh, Zihah? Akak memang tak boleh kena sergah, nanti jadi macam tadilah. Sorry sangat-sangat,” rayu Laila bersungguh-sungguh.

“Itulah Kak Laila, lain kali cakap siang pandang-pandang, malam dengar-dengar. Kan dah kantoi!” Mazlan bersuara.

“Tapi kan… tak pernah-pernah pulak Encik Qasyi tu pantau department ni kan? Ke dia dah tangkap cintan kat Si Zihah ni?” serkap Laila.

“Merepeklah, Kak Laila ni,” pangkas Nazihah.

“Hah Kak Laila, slow sikit suara tu. Kang tak pasal-pasal Encik Qasyi patah balik ke sini, masak Kak Laila,” ujar Farhana pula.

Laila memandang ke belakang. Takut kalau-kalau Qasyi muncul semula.

“Akak nak sambung buat kerjalah.”

Dia beredar ke mejanya. Macam-macam! Nazihah menggeleng kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience