BAB 26

Family Completed 36452

“MAMA, boleh Zihah masuk?” pinta Nazihah yang sudah berada di depan pintu bilik Khalidah.

“Masuklah. Macam tak biasa pulak Zihah ni.” Khalidah tersenyum.

Nazihah pantas melabuhkan duduk di atas kati di sebelah Khalidah.

“Dah besar anak mama ni. Zihah dah ada special boyfriend ke?” Khalidah mengusap lembut pipi Nazihah.

Nazihah mengangguk. Inilah peluangnya untuk menceritakan rancangannya.

“Siapa lelaki yang berjaya menambat hati anak mama ni?” Khalidah memeluk bahu Nazihah dengan sebelah tangan.

“Nama dia Qasyi.”

Khalidah tergamam mendengar nama itu. Tak mungkin dia. Ramai lagi nama Qasyi. Khalidah cuba menyedapkan hatinya.

Nazihah tahu mamanya terkejut.

“Qasyi Umair Dato’ Johan.” Kali ini Nazihah menyebut nama penuh Qasyi.

Kelihatan peluh memercik di dahi Khalidah. Wajahnya pucat.

“Kenapa, mama? Mama sakit ke?”

“Erk... tak ada apa-apa. Mama okey.”

Khalidah menyeka peluh di dahinya.

“Zihah buat praktikal kat syarikat mana?”

“Impiana Holdings.”
“Ya Allah!”

Jantung Khalidah bergetar kuat.
“Kenapa, ma?”

“Tak ada apa-apa. Zihah, mama mengantuk. Mama nak tidur dulu.”

Khalidah menarik selimut dan ingin membaringkan diri.

“Zihah dah tahu semuanya, ma.”

Kata-kata Nazihah menghentikan perlakuan Khalidah. Dia memandang Nazihah dengan riak terkejut.

“Apa yang Zihah tahu?”

Nazihah senyap. Sengaja mahu buat mamanya tertanya-tanya.

“Zihah…”

Khalidah memegang tangan Nazihah meminta penjelasan.

Sejuk terasa tangan Khalidah. Nazihah menarik nafas perlahan.

“Zihah tahu segalanya pasal kisah silam mama. Mama dipaksa minta cerai, mama terpaksa kahwin dengan ayah Zihah dan mama sangat-sangat merindui keluarga mama.”

“Mana Zihah tahu?”

“Zihah terbaca diari mama. Zihah minta maaf sebab baca diari tu tanpa pengetahuan mama. Sebenarnya Zihah masuk ke Impiana Holdings bersebab.” Nazihah memandang wajah Khalidah yang lencun dibasahi air mata.

Khalidah tersedu-sedan. Matanya terbayang wajah-wajah yang amat dirindui. Dia memegang dadanya. Terasa pedih dadanya menanggung rindu.

“Zihah masuk ke situ untuk kembalikan mama kepada Uncle Johan dan anak-anak mama,” sambung Nazihah lagi.

“Tapi dia orang bencikan mama. Dia orang fikir mama jahat tapi mama terpaksa, Zihah… mama terpaksa.”

“Ma, Zihah tahu mama terpaksa. Bukan kehendak mama pun.”

Nazihah menenangkan Khalidah.

“Mama, sebenarnya Qasyi dah tahu pasal ni. Dia dah maafkan mama.”

“Betul ke dia maafkan mama? Betul ke, Zihah?” Khalidah menggoncang bahu Nazihah.
Nazihah mengangguk.

“Dia teringin sangat nak jumpa mama. Mama nak jumpa dia tak?”

“Nak, Zihah… mama nak jumpa dia. Boleh kita pergi sekarang?”

Khalidah bangkit mahu menukar pakaian. Pintu almari sudah dibuka. Laju tangannya memilih baju.

Nazihah turut bangkit mendapatkan Khalidah.

“Mama, kita bukan nak pergi malam ni. Dah lewat ni. Qasyi mesti dah tidur.”

Terhenti pergerakkan Khalidah. Wajahnya bertukar muram. Perlahan-lahan dia melabuhkan duduk di katil. Air matanya mengalir lagi. Dia benar-benar ingin berjumpa anak-anaknya.

“Mama, janganlah macam ni. Zihah akan bawak mama jumpa dengan dia orang hari Ahad nanti ya? Zihah janji yang keluarga mama akan bersatu semula.”

Khalidah memeluk Nazihah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience