“PAPA, hari ni kita sambut hari bapa kat Hotel Hilton eh? Boringlah asyik sambut kat rumah je,” pinta Qaleef.
Semalam dia baru mendapat tahu mengenai mamanya. Qasyi telah menceritakan segala-galanya. Dia juga seperti Qasyi, tak menyangka mamanya telah diugut oleh arwah nenek mereka. Tapi dia tak membenci arwah neneknya kerana neneknya telah tiada. Lagipun, tak baik memaki orang yang sudah tiada.
“Papa rasa malaslah nak keluar hari ni. Kita sambut kat rumah jelah,” ujar Dato’ Johan pula.
“Alah, pa… please...” rayu Qasyi pula.
“Along, Qaleef dan Zihah ada hadiah istimewa untuk papa. Please,pa…”
“Betul ni hadiah istimewa?”
Dato’ Johan teruja mendengarnya. Siapa yang tak nak hadiah, kan...
Kedua-dua mereka mengangguk serentak.
“Okey, kita sambut kat luar!” putus Dato’ Johan.
“Yeay!!!” Mereka bersorak seperti budak kecil.
“Jom kita bersiap sekarang!” Qasyi dan Qaleef menarik tangan Dato’ Johan.
Share this novel