PROLOG

Family Completed 36452

Aku percaya kasih sayang itu wujud namun tidak pada cinta. Ya aku tahu pandangan aku ini agak kontradiksi kerana tanpa kasih sayang cinta takkan wujud. Tapi tidak bagi aku. Kasih sayang itu sangat meluas manakala cinta pula adalah satu perasaan yang akan kau berikan pada seseorang yang amat berharga dalam hidup kau, seseorang yang kau boleh bercerita tentang A to Z, orang yang kau ‘click’ dalam hidup kau dalam semua sudut, dan orang yang kau nampak indah meski wujud kekurangan dalam diri orang itu serta banyak lagi benda yang membawa kepada maksud cinta itu. Aku faham dan mengerti semua itu namun rasa yang aku rasa ini terlalu perit untuk aku melihat cinta itu sebagai perkara indah yang tuhan berikan. Mungkin aku takut, mungkin aku rasa ia tak penting atau mungkin juga hati aku telah mati…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience