BAB 4

Family Completed 36452

“ALONG boleh tolong hantarkan Qaleef ke kuliah tak?”

Qaleef mencedok bihun goreng ke dalam pinggan.

Qasyi terhenti menyuap bihun goreng. Dia mencapai cawan yang berisi teh O yang sudah suam dan menyisip sedikit.

“Kereta Qaleef mana?”

“Qaleef bagi Mar pinjam. Dia nak balik kampung sebab mak dia masuk hospital.”

“Patutlah tak nampak Toyota Vios tu kat garaj. Kenapa dia tak balik kampung naik pengangkutan awam je? Bas dengan teksi kan banyak?”

“Mar memang nak naik bas tapi Qaleef yang tak bagi. Pemandu bas dengan teksi ni bukan boleh percaya sangat. Kat dalam paper tu banyak kes penumpang yang kena rogol. Daripada dia naik bas, lebih baik dia bawak kereta Qaleef tu.”

Qaleef menyuap bihun ke dalam mulut.

“Tak takut kena tipu ke? Manalah tahu dia jual kereta tu ke?”

Qasyi sengaja menakut-nakutkan Qaleef.

“Tak ada maknanyalah dia nak jual kereta tu. Qaleef kenal siapa Zainab Mardhiah. Lagipun, kami dah lima bulan couple. Qaleef sendiri ada dengan dia masa abah dia call. Opss!”

Qaleef menekup mulut apabila terlepas cakap yang dia sedang berkasih dengan Mardhiah.

Adess… boleh terlepas cakaplah pulak!

“Hohoho... senyap-senyap je dah adamakwe eh... pandai simpan rahsia.”

Qasyi tergelak kuat.

“Apa yang digelakkan ni? Rancak bukan main lagi!”

Dato’ Johan mengambil tempat di kepala meja. Tali lehernya yang senget dibetulkan sedikit sebelum menyenduk bihun goreng ke dalam pinggan.

“Along cerita eh, Qaleef?” Qasyi tersenyum nakal.

Qaleef menjegilkan mata memberi amaran agar Qasyi tak membocorkan rahsianya.

“Qaleef ni, pa…”

Qasyi ketawa lagi melihat muka Qaleef yang sudah memerah.

“Along!”

Keras suara Qaleef. Dia mengangkat garfu konon nak cucuk mulut Qasyi dengan garfu.

“Okey… okey… along tak cerita.”

Qasyi meletakkan jari telunjuknya ke bibir.

“Apa yang along dengan Qaleef sorokkan dari papa ni? Baik along cakap. Kalau tak, papa sekat kad kredit along,” ugut Dato’ Johan.

“Alah… mana aci, pa!” Qasyi tak puas hati.

“Aci tak aci, along kena bagitau jugak apa yang kelakar sangat tadi?”

Mata Dato’ Johan merenung tepat ke wajah kedua-dua orang anak bujangnya.

Qasyi memandang adiknya.

“Sorrylah, Qaleef, along terpaksa cerita jugak nampaknya.”

Qaleef menundukkan wajahnya. Wajahnya mula terasa panas.

“Tak lama lagi papa akan dapat menantu. Anak bongsu papa ni dah ada calon…”

Qaleef pantas mengangkat muka.

“Bukan, pa! Mana ada Qaleef nak kahwin. Belajar pun belum habis lagi. Kami cuma berkawan je.”

Mukanya makin memerah. Dato’ Johan tersenyum. Dia tak menyangka anak bongsunya yang ulat buku sudah mempunyai kekasih hati. Dia memandag Qasyi yang masih galak mentertawakan Qaleef.

“Along tu bila nak bawak bakal menantu jumpa papa? Selalu asyik dengar bermacam-macam nama je. Kenalkan tak pernah pulak!”

Usikannya beralih kepada Qasyi. Ketawa Qasyi terhenti.

“Hahaha…”

Kini giliran Qaleef pula yang tersengih mengejek.

“Ehem... ehem...”

Qasyi membetulkan suaranya.

“Papa ni kan, saja je tau! Ke papa yang nak berkenalan dengan bekas aweks along tu? Nak jadikan calon mama tiri kami eh?”

Dia mengecilkan matanya.

“Ek eh, ke situ pulak along ni! Untuk papa nak buat apa, papa ni dah tua. Tak ada orang yang nak pun.”

“Eh, papa jangan tak tahu, lelaki berumur zaman sekarang pun laku lagi tau. Papa tu bukannya tua sangat. Papa tak ada rasa nak cari mama tiri untuk kita orang ke?”

Qasyi tersenyum nakal.

“Dah, kamu tak payah nak ubah topik. Ingat papa tak tahu kamu nak mengelak?”

Qasyi memejam matanya apabila taktiknya tak menjadi.

“Takkanlah dalam banyak-banyak aweks along tu tak ada satu pun yang sangkut?”

Dato’ Johan menggulung-gulung bihun goreng itu dengan garfu sebelum dimasukkan ke mulut.

“Perempuan macam dia orang tu tak layak nak dibuat bini, pa. Tahunya nak menghabiskan duit orang je,” ujar Qasyi bersahaja.

“Habis tu yang along usung dia orang ke sana ke sini tu buat apa?”

Dahi Dato’ Johan berkerut sedikit.

“Saja nak enjoy. Nak hilangkan stress lepas habis kerja.”

“Along tak buat perkara tak senonoh dengan dia orang, kan?” Dato’ Johan merenung tajam ke wajah Qasyi.

“Astaghfirullahalazim, pa... along masih tahu dosa dan pahala. Tak pernah terdetik pun dalam hati along nak rosakkan anak dara orang. Along keluar dengan dia orang pun just makan-makan and shopping je.”

Qasyi membuat pengakuan.

“Baguslah kalau macam tu. Papa percayakan along. Papa tahu along takkan buat benda-benda yang tak senonoh dengan anak dara orang.”

Dato’ Johan tersenyum.

“Thanks,pa sebab percayakan along.”

Qasyi menggenggam tangan papanya.

“Along, cepatlah makan. Nanti lambat pulak Qaleef masuk kelas.”

Qaleef yang sedari tadi diam mula mencelah.

Qasyi mempercepatkan suapannya. Selesai makan, dia mencapai tisu dan mengelap bibirnya.

“Pa, kami pergi dulu.” Qasyi menyalami tangan Dato’ Johan diikui Qaleef.

“Bawak kereta elok-elok.”

BAB 5

“EXCUSE ME…”

Seorang gadis yang berselendang hitam menegur Qaleef yang sedang mengemas buku-buku untuk beredar dari perpustakaan.

Qaleef memandang ke kiri dan kanan. Kemudian dia memandang gadis berselendang hitam itu.

“Saya ke?” Dia menuding ibu jari ke dada takut kalau-kalau gadis itu menegur orang lain, dia pula yang perasan.

“Ya, awak... awak ni Qaleef Haikal anak pemilik syarikat Impiana Holdings, right?” soal gadis berselendang hitam itu.

Qaleef mengerut dahi.

“Macam mana awak tahu nama saya dan nama syarikat papa saya?” soalnya pelik. Rasanya dia tak mengenali gadis itu.

Gadis berselendang hitam itu tersenyum.

“Siapa yang tak kenal dengan syarikat Impiana Holdings yang dah setanding dengan syarikat-syarikat korporat lain. Saya Aina Nazihah, pelajar akaun tahun akhir. Boleh kita berbincang sekejap?”

“Boleh… tapi bukan kat sini. Apa kata kita ke kafe? Saya tengok mak cik library tu dah jeling semacam je. Sebelum dia tegur, baik kita pergi.”

Qaleef melangkah keluar dari perpustakaan diikuti Nazihah.

“Okey, apa yang Cik Aina Nazihah nak bincangkan?”

Dia memulakan soalan sebaik saja mereka duduk di kafe.

“Just call me Zihah.”

Nazihah melemparkan senyuman.

Qaleef membalas senyum dan mengangguk.

“Macam ni… tahun ni merupakan tahun akhir saya. Jadi, saya rasa nak buat praktikal kat syarikat papa awak,” terang Nazihah.

“Buat jelah, apa susah?” Qaleef mengerut dahi. Tak faham apa motif gadis itu memberitahunya.

“Masalahnya sekarang, saya dapat tahu ramai yang memohon kat syarikat tu. Saya takut tak terpilih. Boleh tak awak tolong yakinkan papa awak supaya pilih saya?”

“Kalau dah terlalu ramai, awak boleh pilih syarikat lain, kan? Buat praktikal kat mana-mana pun sama je, Zihah…”

Qaleef menyisip minumannya perlahan.

“Tapi saya kena jugak buat praktikal kat syarikat papa awak tu. Please, Qaleef, I’m begging you. Awak kena jugak tolong saya.”

Nazihah mencemikkan wajah meminta simpati.

“Kenapa awak nak sangat buat praktikal kat syarikat papa saya?” Qaleef curiga.

Benaknya merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan gadis bekulit putih di depannya ini.

“Se... se... sebab...”

Tergagap-gagap dia menjawab. Dalam tengah mencari jawapan, matanya terpaku pada skrin televisyen yang menayangkan filem Idola, lakonan Norman Hakim dan Normala Shamsuddin.

Dia tersenyum dan memandang wajah Qaleef.

“Sebab Dato’ Johan tu idola saya. Saya kagum dengan papa awak yang tabah mengharungi hidup. Dia sanggup bangkit semula lepas syarikatnya muflis,”jawabnya penuh yakin.

“Memang papa seorang yang tabah. Walaupun dia terpaksa bermula dari bawah semula, dia tak pernah merungut. Papa memang mempunyai kesabaran yang tinggi. Akhirnya dia berjaya jugakmembangunkan syarikat kembali.”

Kendur suara Qaleef. Ada nada sedih apabila terbayang kembali pemergian mamanya yang tak sanggup hidup susah bersama mereka.

“So, awak boleh tolong saya tak?”

Nazihah masih lagi menayang muka kesian.

“Hmmm...”

Qaleef diam dan berfikir. Jari telunjuknya diketuk-ketuk ke dagu. Kemudian dia menarik nafas.

“Okey, saya akan cuba berbincang dengan papa tapi apa je keputusan papa, awak kena terima,”putusnya.

Tak salah dia cuba membantu gadis itu.

“Thanks, Qaleef. Boleh saya dapatkan phone number awak? Ni saya punya phone number.”

Dia memberikan sekeping kertas yang mengandungi nombor telefonnya.

Qaleef mengambil kertas lalu mencatatkan nombor telefonnya. Usai menulis, dia menyerahkan kertas itu kepada Nazihah.

“Okeylah, saya pergi dulu ya.”

Dia berlalu dari kawasan kafe dengan hati yang lapang. Alhamdulillah… dia meraup wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience