BAB 17

Family Completed 36452

“DAHselesai bancian kau?”

Belum sempat Shazwina duduk, Qasyi terus membentangkan soalan.

“Dah. Sorry sebab dah dekat dua bulan baru aku nak bagi jawapan kat kau. Kau tahu jelah lately ni kita busy sikit dengan projek yang makin banyak masuk,” jelas Shazwina.

“Okey, sekarang aku nak tahu jawapannya.”

Qasyi menyandarkan badannya.

“Daripada bancian yang aku buat, aku dapati Nazihah tu single and dia merupakan anak tunggal.”

Shazwina memberitahu maklumat yang diperoleh daripada Laila.
“Habis tu siapa lelaki yang jemput dia hari tu?”

“Laila cakap lelaki tu cuma sepupu Zihah. Just abang, tak lebih dari itu.”

“Ya ke tak lebih dari seorang abang? Depan mata aku sendiri lelaki tu bukakkan pintu untuk Zihah. Sakit hati aku ni menengoknya!” Qasyi teringat kes pagi kelmarin.

“Yang tu aku tak pasti sebab Laila sendiri yang kata Zihah tu single. Chop… chop... are you jealous?”

Shazwina mengecilkan matanya.

“Kalau aku kata yes?” Qasyi sambil tersenyum.

“Serius ke ni?”

Qasyi mengangguk kepala.

“Syukur alhamdulillah. Akhirnya terbukak jugak hati kawan aku ni untuk bercinta.”
Shazwina gembira.

“Selama ni aku bukan bercinta ke, Cik Shazwina Shamien?” Qasyi buat-buat bodoh.

“Selama ni kau hanya suka-suka je, tak serius pun. Tapi sejak Zihah muncul, aku tengok kau dah lain. Muka kau pulak berseri-seri bila datang ofis. Walaupun banyak kali pelawaan kau ditolak, kau langsung tak berputus asa. Apa yang membuatkan kau terjatuh hati pada dia?” Dia mengorek rahsia.

“Aku pun tak tahu macam mana nak cakap. Pertama kali aku terpandang wajah dia, aku rasa sesuatu kat dalam ni.”

Jari telunjuk dibawa ke dada.

“Dengan dia aku rasa tercabar bila dia asyik tolak pelawaan aku. Aku tengok dia tak sama macam perempuan-perempuan yang selalu aku usung sana sini,” luah Qasyi.

“Tak syak lagi, Qasyi Umair memang dah terkena panahan cinta Aina Nazihah. Bila kau nak confess kat dia?”

“Macam mana aku nak confess, bila aku ajak keluar je dia tolak. Dia nampak aku je dia mengelak.”

Wajah Qasyi berubah kendur.

“Sabarlah. Nanti adalah peluang untuk kau confess kat dia. Kalau dah couple nanti jangan pulak buat dia macam semua bekas kekasih kau tu,” nasihat Shazwina.

“Kali ni aku akan jaga betul-betul. Insya-Allah, kad kahwin aku akan sampai ke tangan kau suatu hari nanti.”

“Okeylah, aku nak pergi sambung kerja. Aja-aja fighting, boss!!!”

Shazwina berlalu dari bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience