Faham?” Komander Saten senyum sinis memandang kepada Mustapha tanpa mahu menjawab pertanyaan anak muda itu.
Mustapha semakin keliru dengan kesamaran jawapan yang diberi tetapi dia tidak mahu beratkan kepalanya lalu dia berjalan masuk ke dorm semula.
“IZZANI ! Sini kejap. Ada benda aku nak tanya kau ni.” Mustapha memanggil Izzani sebelum remaja lelaki itu bergerak ke tandas untuk mandi.
Izzani terus menghampiri Mustapha . Tidak jadi hendak melangkah ke tandas. Izzani duduk di hadapan Mustapha sambil berdiri sedangkan Mustapha duduk di tempat Bahar .
“Ada apa kau panggil aku ni?” tanya Izzani sambil mengangkat keningnya.
“Aku nak tanya kau sesuatu ni tapi kau kena jawab dengan jujur.” Serius wajah Mustapha ketika memandang ke arah Izzani .
“Okey. Apa yang kau nak tanya tu? Serius benar.” Izzani tersenyum-senyum memandang Mustapha .
“Aku tak main-mainlah.” Bengang pula Mustapha apabila Izzani seakan mempersendakan dirinya.
“Siapa cakap kau main-main? Aku pun tak kata apa pun.” Izzani juga mempertahankan dirinya.
“Habis, yang kau tersengih-sengih tu kenapa?” tanya Mustapha .
“Tak adalah. Gaya kau tu serius sangat. Kelakar pula aku tengok. Hah, apa yang kau nak tanya aku? Cepat sikit, aku nak mandi ni. Kita kena turun ke dewan lepas sarapan. Aku tak nak terlewat,” ujar Izzani .
“Apa yang kau kata semalam tu betul ke?” Wajah Mustapha sangat tegang pada waktu itu.
“Maksud kau apa?” tanya Izzani kembali.
“Betul ke kem remaja ni berhantu?” Mustapha tidak mahu bermain tarik tali lagi lalu dia berterus-terang bertanya tentang keadaan kem itu kepada Izzani .
Share this novel